Matanya mencari kelibat Luth Amsyar. Di hujung cafe, sebatang tubuh melambai ke arahnya. Arin Qirana menghayun langkah ke arah lelaki itu. Punggungnya diheyak di atas kerusi. Wajahnya serius memandang lelaki di hadapannya itu.
'Cehh, ingat handsome lah tu pakai shades. Porahhhh! ' kutuk Arin Qirana di dalam hati.
Arin Qirana mengangkat keningnya apabila suasana sunyi tanpa sebarang perbualan antara mereka.
"I am sorry for taking your time, my precious"
Arin Qirana terasa geli-geleman mendengar ayat terakhir lelaki itu.
"You are wearing shades. Quite inappropriate to have a conversation together" ujarnya.
Luth Amsyar tersenyum senget. Shadesnya ditanggalkan lalu digantung di hujung poket kemejanya.
"Now? Shall we start?"
"Sure"
Kedua-dua mereka belagak selamba.
"Wait. Kalau awak nak cakap pasal hal semalam, you better not to do so" ujar Arin Qirana.
Luth Amsyar tersenyum nipis. Tidak dia sangka gadis itu seperti dapat membaca fikirannya.
"Rin, sampai bila kita nak jadi macam ni? I want the old of you" ujarnya sayu.
Arin Qirana sedikit terusik mendengar kata-kata yang meniti keluar dari bibir lelaki itu. Dia masih belagak selamba.
"The old of me? Ni lah saya. Tak ada yang lain"
Luth Amsyar mengeluh. Wajah polos gadis itu ditatap penuh sayu.
"Rin, dulu awak cakap awak dah maafkan saya. Tapi kenapa sekarang awak macam masih marahkan saya?"
Luth Amsyar menanti jawapan gadis itu.
"Come on. Forgiving is simple but healing the scar will take so much time"
Luth Amsyar mendengus perlahan. Rambutnya dikuak ke belakang. Nafas dihembus perlahan.
"Oookey, but one thing I want to let you know.. saya tetap akan tunggu awak selagi awak belum milik sesiapa"
Arin Qirana hampir terjerit. Orang sekeliling mulai memandangnya. Dia malu sendiri.
"What?! Saya dah tak sukakan awak lah. What you waiting for? Banyak lagi perempuan nakkan orang yang berduit macam awak" ujar Arin Qirana.
"Sorry but I will still waiting. Selagi awak belum bertukar status, selagi tu saya tetap akan kejar awak"
Arin Qirana seperti tidak percaya akan kata-kata yang dituturkan lelaki itu.
'Apa semua ni'
"Awak gila ke apa?"
Luth Amsyar tertawa kecil.
"Tak salah gilakan awak. Awak bukan isteri sesiapa. Tak salah pun"
Arin Qirana mengetap giginya. Geram. Lelaki itu seperti mahu mencabarnya. Kesabarannya mulai memuncak.
"Fine! You will stop chasing me soon. Just wait and see" ujar Arin Qirana lalu menapak pergi.
Luth Amsyar mengiringi pemergian gadis itu dari matanya.
'Lets play the game,my sweety' ,Luth Amsyar bermonolog sendirian.
To be continued...
Updated on 23/08/2017, 2:08 am
Share this novel