Arin Qirana mengenakan skirt labuh bercorak bunga kecil dan blouse chiffon berwarna kuning cair. Shawl yang dililit di kepala menambahkan keayuaanya. Simple and nice.
Luth Amsyar menguntum senyuman saat melihat isterinya mengorak langkah ke arahnya. Isterinya kelihatan sungguh manis berpakaian begitu.
Arin Qirana membalas senyuman suaminya.
"Sayang...kenapa cantik sangat ni" ujar Luth Amsyar.
Wajah Arin Qirana merona merah. Malu dengan pujian suaminya sendiri.
"Eh, jomlah. Rin dah lapar ni"
Luth Amsyar masih ralit melihat wajah isterinya. Arin Qirana tergelak halus.
Luth Amsyar tersengih bak kambing.
Pintu kereta dibuka buat isterinya. Arin Qirana masuk ke dalam perut kereta. Arin Qirana perasan bahawa suaminya asyik memandang dirinya. Dia berpura-pura memandang ke arah lain. Senyuman tergaris di bibirnya.
Mereka sampai di sebuah restoren setelah hampir 15 minit di dalam kereta.
Arin Qirana kagum melihat dekorasi restoren itu. Sangat high-class. Suasana sangat romantik. Rata-rata kelihatan ramai pasangan lain sedang menikmati makan malam mereka.
Seorang pelayan lelaki datang menjengah.
"Miss, table 32. Let me show you".
Arin Qirana memandang sekeliling. Mulai panik apabila sedar suaminya tiada di sisi.
"Wait, I need to find my husband"
Pelayan lelaki itu tersenyum.
"Your husband is Mr.Amsyar, right? He is in the toilet. Dont worry. He will be back soon. So please take a sit first" ujar lelaki korea itu tanpa pelat.
Arin Qirana kagum dalam diam. Dia mengekori lelaki itu.
Punggungnya dilabuhkan.
Cahaya lilin di atas meja mewujudkan suasana romantik. Pandangannya dikalihkan. Melihat dada langit yang dipenuhi jutaan bintang. Dia tersenyum.
Petikkan gitar menarik perhatiannya. Keningnya berkerut memandang kumpulan pemuzik yang mengalunkan irama ost winter sonata.
Ramai orang mulai memandangnya. Ketika dia mahu mengangkat punggungnya, lengannya ditarik oleh Luth Amsyar.
Arin Qirana memandang dengan wajah bingung.
Luth Amsyar merangkul tubuh isterinya. Tubuh kecil itu dipeluknya kemas. Terasa tenang. Arin Qirana terdiam. Aneh dengan sikap suaminya.
Rangkulan dilepaskan. Kot hitamnya dilucutkan lalu disarungkan ke tubuh isterinya. Arin Qirana malu sendiri saat tepukan mulai bergema.
"Apa semua ni?"ujar Arin Qirana yang masih kebingungan.
"It's your birthday sayang. Lupa?"
Arin Qirana menampar dahinya perlahan.
"Ya allah. Sumpah Rin tak perasan"
Luth Amsyar tersenyum manis. Dahi isterinya dikucup.
"Happy birthday sayang. Abang minta maaf atas semua salah dan silap abang. Izinkan abang jadikan sayang yang terakhir dalam hidup abang. Takkan ada yang lain dalam hati abang, melainkan sayang".
Kolam air matanya pecah. Air mata melorot jatuh.
Luth Amsyar pantas menyeka.
"Dont cry baby. You deserve happiness. Maafkan abang. Lupakan segala derita yang lalu. Izinkan abang ubati luka tu. Abang janji takkan tinggalkan sayang lagi" sambungnya lagi apabila Arin Qirana masih membisu.
"Rin maafkan abang. Rin tak sanggup hidup tanpa abang. Dont leave me anymore. Promise me!"balas Arin Qirana.
"Promise, darling"
Tubuh kecil itu dipeluknya lagi.
Adegan itu mendapat perhatian ramai. Tepukan bergema.
"Saranghaeyo"
Dibentuk mini love menggunakan dua jarinya.
"Ish abang ni. Tak habis-habis".
Mereka ketawa. Mereka bahagia. Semua dengan izin-NYA.
Share this novel