Manik-manik kecil melurut di sekitar dahi. Nafasnya dihembus berkali-kali. Kesakitan yang dia rasai sekarang, membuatkan dia teringat akan suaminya. Pastinya kesakitan itu akan berkurang jika suaminya ada di sisi ketika itu.
Pintu labor room terbuka, muncul seorang lelaki yang amat dirindui Arin Qirana.
Arin Qirana menghembus nafas lega di dalam diam. Suaminya menggenggam tangannya untuk menyalurkan kekuatan. Wajahnya penuh kerisauan. Senyuman dihadiahkan buat isterinya yang sedang bertarung nyawa, melahirkan anak sulung mereka.
Setelah hampir setengah jam berlalu, suara jeritan bayi jelas kedengaran. Puan Roziah, Qisya dan Arman mulai memanjatkan rasa syukur. Mereka terus mendapatkan Luth Amsyar yang baru keluar dari muka pintu bersama seorang doktor.
"Alhamdulillah, Puan Arin dan bayinya selamat. Setakat ni Puan Arin stabil, cuma dia perlukan rehat yang cukup. Itu sahaja" ujar doktor yang berusia lingkungan 40-an itu.
"Alhamdulillah, terima kasih doktor" balas Puan Roziah
Doktor itu tersenyum manis lalu membalas,
"Sama-sama. By the way, tahniah sebab Puan Arin melahirkan..."
Belum sempat doktor itu menghabiskan ayatnya,Luth Amsyar segera memintas.
"Kalau keluarga Arin nak melawat sekejap boleh? Diorang dah tak sabar nak tengok baby" ujar Luth Amsyar.
Doktor itu tergelak kecil. Cuba mencerna apa yang ingin disampaikan oleh Luth Amsyar.
"Oh, boleh. 5 minit sahaja ya sebab Puan Arin perlu rehat yang cukup"
Puan Roziah dan anak-anaknya yang lain mengangguk faham. Masing-masing tidak sabar melihat wajah anak kecil yang baru melihat dunia itu.
To be continued..
Updated on 21/11/2017
Share this novel