Dingin

Romance Completed 69146

Puan Roziah tersenyum bahagia melihat kedua orang cucunya yang baru melihat dunia. Begitu juga Arman, Qisya dan semestinya Luth Amsyar. Sungguh besar kejutan buat mereka hari ini. Patutlah menantunya beria memotong ayat doktor sebentar tadi.

"Cucu ibu ni, sorang ikut muka Rin. Sorang lagi ikut muka Luth. Sama-sama comel" Puan Roziah melemparkan pujian buat anak dan menantunya.

Luth Amsyar tergelak kecil. Begitu juga Arin Qirana, namun senyumnya tampak lebih sarkastik. Wajah suaminya langsung tidak dipandang sejak tadi. Dia panas hati melihat wajah selamba suaminya.

"Angah, doktor ada cakap tak bila boleh keluar ward?" soal Qisya dengan wajah teruja

Arman mencubit lengan adik bongsunya itu. Qisya mengaduh kecil.

"Eleh, dia pulak yang excited" sindir Arman. Puan Roziah dan Arin Qirana tergelak mendengar coleteh mereka berdua.

"Yelah. Qisya tak sabar nak main dengan dorang. Well, Qisya kan dah upgrade jadi aunty" tambah Qisya lagi.

Mereka semua meledak ketawa.

Luth Amsyar mengelus lembut tangan isterinya. Riak wajah Arin Qirana berubah, namun cuba dikawal di hadapan keluarganya.

Tangan suaminya ditolak lembut. Luth Amsyar terkejut. Dipandang wajah isterinya lama.

Arin Qirana sedar pandangan suaminya, namun dia berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.

Lima minit kemudian, mereka semua mulai beredar dan hanya tinggal Luth Amsyar menemani isterinya. Ruang bilik itu sepi. Tiada sahutan dari kedua-dua mereka. Sama-sama terdiam.

Arin Qirana melemparkan pandangannya ke arah tingkap. Suaminya duduk di atas sofa di sebelah pintu masuk ward tersebut. Sengaja dia berbuat demikian, dia tidak mahu memandang suaminya.

Bunyi derapan tapak kaki menandakan seseorang mendekatinya. Pasti saja Luth Amsyar.

Arin Qirana masih mengekalkan posisinya. Pandangannya masih ke arah luar tingkap sedangkan tiada apa yang menarik untuk ditatap.

Luth Amsyar melabuhkan punggungnya di atas kerusi, di sisi Arin Qirana. Dia berura-ura mahu menyentuh pipi isterinya, namun Arin Qirana laju sahaja memalingkan wajahnya.

Luth Amsyar terdiam.

Dia tahu Arin Qirana marah dengan apa yang telah dilakukannya. Dia berjanji pada dirinya, dia akan menebus kembali silapnya. Biarpun harus berbuat apa sahaja. Dia tidak mahu kehilangan isteri dan anak-anaknya. Dia tidak sanggup lagi berjauhan. Tersiksanya ketika harus menahan peritnya rindu itu, hanya Allah sahaja yang tahu.

Updated on 24/11/2017

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience