Langkahnya dihayun perlahan ke arah bilik Daniel Izman. Arin Qirana gugup berhadapan dengan lelaki itu. Namun, dia nekad. Untuk apa dia takut? Untuk apa dia menipu? Semua itu tidak memberi faedah kepadanya. Pintu bilik itu diketuknya perlahan.
"Masuk!" ujar lelaki itu dengan wajah serius. Matanya tidak henti melihat gadis di hadapannya itu.
Arin Qirana belagak tenang. Wajahnya diangkat. Senyuman kelat dihadiahkan buat lelaki itu.
"Boss, yang pasal tadi tu.."
Belum sempat Arin menghabiskan kata-katanya, Daniel Izman terlebih dahulu memintas.
"We are not talking about work. It's personal matter. Just called me Daniel! " arahnya.
Arin Qirana menelan air liurnya yang tiba-tiba sahaja terasa kelat. Nafasnya dihembus perlahan.
"Sorry, but what I'm gonna talk is something related to work and we are here! Office. You are still my boss" dengan berani Arin menolak arahan Daniel Izman.
"Okay, it's up to you my dear".
Arin Qirana terasa seram sejuk apabila lelaki itu menyebut perkataan 'my dear'.
"Sebenarnya, apa yang Mr.Luth Amsyar cakap tadi tu semua tak betul"
"Umm. Then? What is the truth?"
"Saya dan dia memang satu universiti. Tapi saya bukan ex dia. Ya, kitorang memang rapat dulu tapi tak ada lah sampai couple pun".
Daniel Izman tersenyum segaris.
"Oh, tadi tu? Kenapa sampai awak pengsan bila tengok dia?"
Otak Arin Qirana ligat mencari idea.
"Alaa, tadi kan doktor dah cakap. Saya pengsan sebab tak sarapan. Perut saya masuk angin. Tu je"
Daniel Izman kembali berwajah serius. Kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Ish, tu lah awak. Tak baik tau tinggal sarapan. Tengok apa dah jadi kat awak tadi tu" bebel Daniel Izman.
Arin Qirana tertawa halus. Daniel Izman terpana!
"Ye lah. Saya terlupa nak sarapan sebab gugup sangat pasal mesyuarat tadi"
Daniel Izman tersenyum nakal. Idea untuk mengusik gadis manis itu tiba-tiba menjengah di fikirannya.
"Oh, terlupa nak sarapan? Jangan sampai nanti lupa saya pulak ye".
Daniel Izman ketawa mengekek melihat wajah cemberut gadis itu.
Arin Qirana mulai mengangkat punggungnya. Dia menjelir lidahnya kepada Daniel Izman.
'Eiii, comel betul Arin ni'.
Tubuh genit yang mulai melangkah pergi itu dipandangnya dengan perasaan berbunga. Sungguh dia lega mendengar penjelasan daripada gadis itu. Mana tidaknya, jika dibandingkan dirinya dengan Luth Amsyar.. dia lebih segak. Berbadan tegap. Berkulit putih. Sentiasa kemas. Jika dia berjalan di mana-mana, pasti ada sahaja mata yang mencuri pandang. Bukan sahaja lelaki tetapi juga wanita.
To be continued ...
Updated on 25/07/2017, 3:31 pm
**Sorry korang. Saya agak tak sihat kebelakangan ni. Maaf ye lambat update.
Share this novel