ARIN's POV
Sungguh aku benci berada di sini. Semuanya baru. Orang baru. Keadaan baru. Aku benci berjauhan dari keluargaku. Ya, aku memang sudah besar. Sudah berusia 19 tahun. Tapi, semua ini terlalu sukar, sukar untuk aku terima. Sesi orientasi di sini terlalu membosankan. 5 hari yang aku lalu disini, langsung tidak mengembirakan hati yang asyik meronta.
Aku suka akan kawan-kawan aku di sini. Roommates baru aku semuanya mesra. Ada yang dari Pahang, Negeri Sembilan dan juga Kelantan. Aku pula dari Kedah.
Handphone Samsung Note 3 aku tenung lama. Wallpaper handphoneku kembali membawa fikiranku terhadap keluargaku. Gambar yang sempat ditangkap ketika Hari Raya tahun lepas. Aku tersenyum nipis.
Teguran dari Mardiah sedikit memeranjatkan aku, "apa yang kau menungkan tu? Teringat orang jauh ke? ".
Aku sambut tegurannya dengan senyuman manis lalu berkata,
"mesti la Mar, siapa je yang tak rindu family. Jauh di mata, dekat di hati".
Mardiah tergelak halus.
"Amboi kau.. alah, biasalah tu. Kitorang semua pun rindu family, rilek lah. Kitorg kan ada ni. Boleh je kau nak peluk cium selalu".
Aku tergelak dengan jenakanya. Begitu juga dengan Jiha dan Nini. Sungguh aku bersyukur mendapat kawan baru yang semesra mereka.
"Peluk cium selalu eh? Haaa, tunggu kau. Jangan lari aku nak cium ni ".
Mardiah lari seperti lipas kudung saat aku bangun untuk mengejarnya. Jiha dan Nini ketawa mengekek melihat telatah kami berdua.
Esok kelas akan bermula. Aku berazam untuk fokus pada kelas tersebut. Semangatku kini berkobar-kobar setelah memikirkan kepayahan ibubapaku menghantar aku ke sini. Ya, aku akan buat mereka bangga dan senang selepas ni. Aku yakin aku boleh harungi semua ni. Kau boleh, Arin!
Share this novel