Arin menghela nafas lega. Perjalanannya selama 5 jam itu sangat berbaloi. Kini dia di hadapan rumahnya. Pintu rumah diketuk perlahan. Hatinya berbunga riang. Sungguh dia rindu akan ibu,along dan adiknya, Qisya.
"Assalamualaikum,bu. Angah dah sampai ni ".
Pintu rumahnya terbuka dan wajah ibunya terpacul di hadapan pintu. Arin Qirana terus memeluk tubuh genit itu. Air matanya menitis. Begitu juga dengan Puan Roziah.
Qisya yang baru sahaja turun dari bilik terus memerli,
"Amboi, sakan betul peluk. Meh peluk Qisya pulak. Bawak ole-ole tak? Kalau tak bawak, Qisya merajuk 2 jam".
Arin melepaskan pelukan ibunya seraya tersenyum kambing.
"Eleh, itu pun nak jeles ke? Nak sangat peluk Angah. Kang Angah tak lepas dah baru padan muka".
Puan Roziah ketawa diiringi ketawa kecil Qisya.
"Jom Arin, ibu dah masakkan masakan favourite kamu" ujar Puan Roziah dengan wajah bahagia.
"Jom,bu. Ehh Qisya. Meh angkat beg Angah. Kalau tak nak, Angah tak nak kasi ole-ole" gertak Arin.
Laju saja langkah Qisya ke arah kakaknya.
"Ehhh, siapa cakap tak nak? Baik boss! ".
Puan Roziah dan Arin Qirana ketawa dengan telatah Qisya. Dalam diam, Arim bersyukur dengan sikap periang adiknya. Tidaklah ibunya kesunyian di rumah memandangkan Alongnya yang selalu busy bekerja di pejabat.
Di meja makan.
"Ibu, Along dah tahu ke Arin dah balik ni? "
Puan Roziah mengangguk.
"Dah, tadi ibu dah telefon Along. Tak tahu lah dia balik ke tak. Kamu faham-faham je lah kan kerja Along kamu tu. Kerja PA ni memang busy, sama busy dengan boss".
Arin tersenyum. Ya, dia mengerti semua itu.
"Hey, tengok siapa dah balik tu. My beautiful sister lah", terjah Arman secara tiba-tiba.
Arin Qirana terus menoleh dan berlari mendapatkan si empunya suara. Tubuh sasa itu dipeluknya.
"Along, rindunya", getus Arin.
"Lah rindu Along ke? Along tak rindu Arin pun", gurau Arman.
Arin melepaskan pelukannya lalu menarik muka. Wajah cemberut adiknya ditatap dengan penuh kasih sayang. Hujung hidung adiknya disentuh. Sebaris senyuman terukir di wajah Arman. Arin sungguh comel apabila merajuk.
"Alah, itu pun nak merajuk. Mestilah Along rindu adik Along yang kuat merajuk, yang cantik, yang comel ni. Tak hilang lagi eh perangai kuat merajuk tu? "
Arin Qirana ketawa mengekek.
"Ish, along ni. Yang cantik, yang comel tu betullah. Tapi yang kuat merajuk tu salah tau. Tu, Qisya lagi kuat merajuk".
Arin menjelirkan lidahnya kepada Qisya. Puan Roziah dan Arman ketawa sahaja.
"Eh,sudah. Jom makan. Penat tau ibu masak semua ni. Semua untuk anak-anak kesayangan ibu ni".
Arman dan Arin terus ke meja makan setelah terhidu bau masakan ibu mereka. Sungguh menyelerakan. Air liurnya ditelan. Sudah lama dia tidak merasa air tangan ibunya. Mesti sedap seperti dulu.
Share this novel