Semakin hari, hubungan Arin dan Luth semakin rapat. Arin senang dengan kehadiran Luth. Luth bagaikan sifu buat Arin. Mereka selalu belajar di library ditemani Jiha,Mardiah dan Nini.
Suatu hari, Arin kebosanan dan dia melihat instagramnya yang sudah lama berhabuk. Dia usya timeline dan gambar-gambar yang diupload oleh followersnya. Lalu dia ternampak gambar Emelyn, gadis cantik yang satu batch dengannya. Sungguh cantik. Ayu. Manis. Tinggi lampai. Berkulit putih. Siapa yang melihat pasti saja tergoda. Ketika asyik stalk instagram Emelyn, dia terlihat satu komen dari seseorang yang mungkin dikenalinya.
@luth_amsyar02
Dia meneruskan aktiviti stalk itu lagi. Kesemua gambar milik Emelyn dilihatnya satu persatu. Komen-komen ditelitinya.
Sesudah itu, Arin mengeluh sendiri. Hatinya gusar. Hampir disetiap gambar Emelyn, ada komen oleh Luth. Arin mulai mengesyaki sesuatu. Sungguh dia tidak suka akan perasaan begitu.
Hatinya sudah suka pada Luth Amsyar. Tetapi, belum pernah dia meluahkan perasaannya itu terhadap Luth. Dia takut. Takut kemesraan dan keakraban mereka akan retak jika dia meluahkan isi hatinya.
Gambar Emelyn dilihatnya kembali. Sungguh hatinya luluh. Pedih. Kecewa.
Tiba-tiba, Jiha datang menyapa.
"Kau stalk siapa tu? Emelyn? Weh, tadi aku nampak Abang Luth kau tu kat library dengan Emelyn lah. Nampak kemain mesra. Diorang ada apa-apa eh?".
Hati Arin panas mendengar semua itu. Dia terkejut tetapi riaknya cuba dikawal.
"Lah yeke? Entah lah, dia tak pernah bagitau aku pun. Selalu ke kau nampak diorang berdua?".
"Tak adalah sampai diorang berkepit je. Tapi selalu lah jugak aku nampak. Cuma aku terlupa bagitau kau je. Aku fikir kau tau".
Arin masih cuba mengawal senyumannya. Mardiah yang mendengar perbualan itu terus mendekati Arin sebaik sahaja Jiha berlalu pergi.
"Arin, aku tau kau sukakan dia. Why not kau try berterus-terang. Maybe dia pun sukakan kau. Tak baik pendam lama-lama perasaan kau tu. Sekarang kita dah Semester 7. Dah nak habis belajar, nak tunggu berapa lama lagi? Tak salah pun kalau kau yang mulakan dulu". Arin hanya tersenyum mendengar nasihat dari Mardiah.
"Tapi Mar, aku takut. Aku takut dia tak suka aku. Aku takut hilang dia".
Mardiah tersenyum mendengar kata-katanya Arin.
"Abang Luth kau tu baiklah. Kalau pun dia tak terima kau, takkan dia nak tinggalkan kau pulak".
"Tapi dia bukan abang aku. Aku tak anggap dia abang aku",bantah Arin.
"Ye..aku faham. So,why not kau cuba je?".
Arin mengangguk. Sungguh bijak Mardiah memujuk hatinya.
Arin nekad. Dia harus berterus-terang dengan Luth. Dia sudah penat memendam perasaan ini. Lagipun, sudah hampir seminggu dia tidak bersua muka dengan Luth Amsyar kerana kesibukkan Luth.
Share this novel