No title ;(

Romance Completed 69146

Arin Qirana menyorong troli. Ditemani oleh Jiha dan Mardiah untuk membeli barang dapur. Troli yang disorong hampir penuh. Semuanya berisi makanan. Dia tersenyum sahaja. Sudah biasa melayan kerenah sahabatnya.

Dia menoleh ke belakang. Terasa diperhatikan.

Jiha dan Mardiah pantas mendekatinya.

“Kenapa,Rin?” kata Jiha

Arin Qirana menggeleng.

“Tak ada lah. Cuma aku rasa macam ada orang perhatikan aku” jawabnya.

Jiha dan Mardiah memandang sekeliling. Hanya kelibat mereka yang turut membeli-belah di situ. Tiada apa yang mencurigakan.

“Nothing kot. Perasaan kau je tu” tambah Jiha lagi. Mardiah turut mengangguk. Arin Qirana tersenyum manis lalu terus menyorong troli. Jiha dan Mardiah mengekori.

Disebalik rak makanan, Luth Amsyar memandang isterinya dengan perasaan hiba. Sungguh dia teringin berada di sisi isterinya.
…………………………………………………………………………

Daniel Izman menghirup air teh di hadapannya. Senyuman manis dilemparkan kepada Luth Amsyar. Senyumannya berbalas.

“Sampai bila kau nak macam ni? Sampai bila kau sanggup nak biarkan dia terkontang-kanting sorang diri?” persoal Daniel Izman yang jelas sedikit tidak berpuas hati dengan tindakan Luth Amsyar.

Luth Amsyar menghembus nafas perlahan. Rambutnya dikuak ke belakang.

“Kau tak faham. Aku tak mahu keruhkan lagi hubungan kami. Aku tak nak rumahtangga aku hancur. Hati aku remuk bila dia sebut pasal cerai, aku tak nak semua tu jadi. That’s why aku perlu jauh dari dia” ujarnya. Cuba mempertahankan keputusan yang telah dibuat.

Daniel Izman mengerutkan keningnya.

“Okay,fine. Aku faham part tu. Tapi Rin memang perlukan kau di sisi dia. Aku yakin tak ada sesiapa dapat gantikan kau di sisi dia. Dia cari kau merata tempat” tambahnya lagi.

“Kau tak perlu risau, sampai masanya nanti aku akan pulang. Aku tengah kikis perangai baran aku. Aku tak nak dia sakit hati sebab aku lagi” ujar Luth Amsyar. Jelas riak kekesalan di matanya.

Daniel Izman mengangguk perlahan. Dia harus menghormati keputusan lelaki itu.

“Kau tolong tengokkan dia untuk aku,ya?”

Daniel Izman tergelak kecil.

“Tak cemburu pulak?” Daniel Izman cuba menyakat Luth Amsyar. Lelaki itu menumbuk perlahan bahunya.

“Aku suruh tengokkan je. Kau jangan lebih-lebih” balas Luth Amsyar sebelum berlalu pergi.

Daniel Izman tergelak lagi. Pemergian lelaki itu disusuli dari hujung matanya. Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Langkahnya diatur. Enjin kereta dihidupkan. Keretanya meluncur laju mengekori Luth Amsyar.

To be continued..
Updated on 26/9/2017

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience