Luth Amsyar mendekati Arin Qirana yang sedang menikmati makan tengah hari bersendirian di kafe. Dia geram.
Geram apabila mengetahui bahawa gadis itu benar-benar serius dengan kata-katanya. Mujur sahaja dia terserempak dengan Arman. Arman yang menceritakan perangai pelik adiknya kepada lelaki itu.
Mungkin semua ini juga berpunca daripada dirinya sendiri.
Punggung dihenyak di atas kerusi. Gadis itu terkejut. Suapannya terhenti. Kening berkerut. Wajahnya berubah masam.
"You spoil my appetite"
Luth Amsyar tertawa sinis. Rambutnya dikuak kasar. Dia mulai memandang sekililing. Gusar jika orang ramai mendengar perbualan mereka.
"You spoil my day"
Arin Qirana buat muka keliru. Wajah selamba lelaki itu dipandang tanpa henti.
"Saya spoilkan hari awak? Apa saya buat?"
"Awak dah gila!"
Arin Qirana meneguk minumannya dengan perasaan geram. Mana tidaknya, diserang tiba-tiba.
"Saya gila ke awak yang gila? Tak ada angin tak ada ribut, datang cakap orang gila" nadanya naik satu oktaf.
"Yang awak desperate sangat nak kahwin tu apasal?"
Arin Qirana menelan liurnya. Mana lelaki itu tahu rancangannya?
"Awak tak perlu masuk campur dalam urusan peribadi saya!"
"I dont care. The thing now is.. ur stupid plan!"
Senyuman sinis dihadiahkan buat lelaki di hadapannya itu. Dadanya naik turun cuba menahan marah. Ya, Luth Amsyar marah!
"I am serious when I'm talking" marah Arin. Dia cuba mempertahankan keputusannya.
"Then? Nak kahwin dengan calon pilihan ibu awak? Awak hidup zaman batu ke apa?"
"Terpulanglah awak nak cakap apa pun. Zaman komunis ke zaman batu ke.. the thing is I'm getting married soon. Awak yang cabar saya!"
"Oh, awak pantang dicabar eh? Fine! Saya cabar awak kahwin dengan lelaki pilihan mak awak, tapi awak tak boleh tahu identiti dia" ujar Luth Amsyar.
Matanya tajam memanah pandangan gadis itu. Saling berbalas senyum sinis
Arin Qirana diam seketika sebelum menyambung kata-katanya.
"Fine! Saya terima cabaran awak. Well, saya yakin pilihan ibu saya adalah yang terbaik"
"We will see"
Luth Amsyar berlalu pergi. Arin Qirana menghembus nafas lega. Tiba-tiba fikirannya mulai menerawang kepada perbualan tadi.
'Betul ke apa aku buat ni? Kahwin dengan orang yang aku tak tahu identitinya?'
Nafasnya dihela lagi. Malas hendak difikirkan tentang hal tersebut, dia menuju pulang ke office.
To be continued...
Updated on 27/08/2017, 12:53 am
Share this novel