Perkarangan rumah Arin dipenuhi dengan kereta. Rumahnya dikerumuni oleh rakan-rakan ibubapanya. Upacara pengebumian akan berlangsung pada pukul 12.
Bacaan yasin bergema di rumah itu. Pemergian Encik Razman ditangisi oleh sanak-saudara dan kenalannya.
Arin turut membacakan yasin buat arwah papanya. Wajahnya sugul dan sembab dek terlalu banyak menangis. Jiha, Mardiah dan Nini berada disebelahnya. Puan Roziah hanya mampu menangisi pemergian suaminya yang tercinta.
Sahabat Arin yang lain turut datang mengucapkan takziah. Begitu juga dengan Luth Amsyar dan Emelyn. Apabila Arin menyedari kan kehadiran mereka berdua, dia terus berlari ke biliknya. Dia benci untuk melihat wajah kedua-dua manusia itu.
Jiha, Mardiah dan Nini memandang Luth dengan perasaan meluat. Sungguh jelik mereka melihat Emelyn yang memakai baju tak cukup kain itu. Entah apa yang Luth Amsyar tu suka sangat dengan perempuan sewel tu.
Luth Amsyar mendekati mereka dibuntuti oleh Emelyn. Mereka menyalami tangan Puan Roziah.
"Makcik, takziah ye. Kitorang kawan Arin. Ini Emelyn".
Emelyn cuba menghadiahkan senyuman paling manis buat Puan Roziah. Puan Roziah tersenyum senang.
"Anak ni Luth Amsyar ya? Arin banyak cerita pasal kamu. Terima kasih sebab selalu jaga anak makcik. Makcik terhutang budi dengan kamu".
Luth tersenyum manis. Sungguh dia segan dengan pujian ibu Arin.
"Huh, baik la sangat makcik. Dah banyak kali Arin tu menangis sebab dia ni", gumam Jiha yang geram mendengar pujian Puan Roziah terhadap Luth Amsyar.
Wajah kacak Luth Amsyar merah menahan malu. Mardiah dan Nini menyiku dan mencubit Jiha atas kata-katanya yang agak kasar.
"Boleh saya tahu, apa penyakit arwah papa Arin ye makcik?".
Jiha mencebik. Meluat benar dia dengan sikap acah prihatin Luth Amsyar.
"Papa Arin dah lama ada penyakit jantung. Baru-baru ni makin teruk sebab arwah sibuk betul bekerja. Tapi makcik redha. Dah ajal arwah".
Luth Amsyar kagum dengan ketabahan Puan Roziah. Biarpun dia kelihatan sedih, namun kata-katanya menggambarkan bahawa dia sangat kuat menghadapi dugaan tersebut.
"Makcik, Arin mana ye? Saya langsung tak nampak dia".
Emelyn buat muka meluat saat Luth bertanya mengenai Arin Qirana. Jiha hanya tersenyum sinis.
"Huh, kau ingat Arin nak hadap ke muka kau? Muka orang yang banyak sakitkan hati dia? Muka orang yang siang malam buat dia menangis? Dasar tak sedar diri. Kau jangan haraplah kitorang nak hormat kau macam dulu lagi. Dasar dayus", herdik Jiha.
Luth Amsyar menunduk. Ada benar kata-kata Jiha itu. Dia sedar kesilapannya. Namun, apakan daya. Masa mana mungkin diundurkan.
"Tak apalah makcik. Saya balik dulu ye. Kirim salam saya buat Arin", ujarnya seraya menyalami tangan Puan Roziah sebelum berlalu pergi dengan perasaan sebal dan kecewa.
Arin Qirana hanya memandang lelaki itu berlalu dengan perasaan marah yang masih bersisa. Tambahan pula, di sisinya ialah Emelyn.
Share this novel