Dua tahun berlalu dengan pantas. Arin dan keluarganya telah berpindah ke Kuantan,Pahang kerana abangnya yang telah ditukarkan ke sana. Kehidupannya lebih tenang. Tidaklah terlalu sunyi kerana Jiha selalu mengunjunginya. Jiha tinggal berdekatan rumahnya. Sungguh tidak disangka bahawa rumah mereka hanya selang beberapa buah sahaja.
Arin Qirana sedang sudah bekerja di Nars Corp. ,syarikat dimana abangnya berkerja. Mujurlah abangnya bijak memanfaatkan, hasilnya Arin berjaya mendapat tempat di bahagian marketing. Yang lebih mengembirakan Arin ialah tempat doa berkerja berdekatan tempat Jiha berkerja. Bolehlah keluar lunch sama-sama.
Arin Qirana tersentak apabila meja kerjanya dihentak perlahan. Dia mulai gelabah apabila melihat wajah bossnya yang serius itu.
Daniel Izman!
Nama itu cukup gah. Wajah kacaknya tapi sengaja disembunyikan dengan riak sombong dan seriusnya.
Gadis yang terperanjat itu ditatapnya dengan wajah serius padahal dalam hati dia sudah ketawa kerana terhibur melihat reaksi terkejut pekerjanya itu. Pipi gadis itu mulai merah menahan malu. Mungkin malu kerana ditangkap sedang asyik termenung.
Daniel Izman batuk kecil lalu berkata,
"Saya bayar awak bukan untuk termenung. Saya report kat abang awak, baru tau" gertaknya.
Mata Arin Qirana terbungkam. Senyuman kelat dikuntum buat lelaki di hadapannya itu.
Daniel Izman terpana. Jantungnya berdegup laju.
'Eh aku ni dah kenapa' monolognya di dalam hati.
"Jangan boss. Nanti saya kena bebel dengan abang saya. Pleaseeeee " pujuk Arin Qirana dengan wajah comel.
Daniel Izman menelan air liurnya.
'Eiii, dah kenapa comel sangat ni. Kang aku cubit jugak budak ni ' getusnya di dalam hati.
"Hah, tau takut. Buatlah kerja, bukan termenung je. Nak saya potong gaji? "
Wajah Arin Qirana cemberut. Jam di tangannya dikilas sebentar.
"Boss.. sekarangkan lunch hour" ujar Arin dengan nada tidak puas hati. Wajah bossnya itu dipandang.
"Lah, yeke? Dah tu, awak buat apa kat sini? Tak reti nak makan? Ke diet? "
"Ehh, tak lah. Saya puasa hari ni" ujar Arin sambil tersengih.
Tiba-tiba Daniel Izman terfikirkan idea nakal untuk mengenakan pekerjanya itu.
'Eh, boss aku ni dah kenapa sengih sorang-sorang' gumam Arin Qirana.
"Oh, puasa. Puasa apa? Puasa ganti eh?" ujarnya lalu meledakkan ketawa.
Wajah Arin Qirana kembali cemberut. Pipinya terasa berbahang. Malu diusik begitu.
"Ish, boss ni. Dah lah, pergi lunch. Ada-ada je nak mengusik saya".
Arin Qirana mengemas mejanya. Wajah bossnya kembali ditatap.
"Oh awak halau saya eh?".
Arin Qirana tertawa halus lalu menyambung.
"Tak lah. Mana ada halau. Cuma.. tak manis kalau pekerja lain nampak".
Daniel Izman menunduk malu. Dia lupa dengan siapa dia bercakap. Gadis yang benar-benar menjaga ikhtilatnya.
"Oh, betul juga tu. Okey lah, saya pergi dulu" ujar Daniel Izman seraya melangkah pergi. Arin Qirana mengangguk perlahan tanpa menghormati bossnya.
To be continued..
Updated on 23/07/2017, 1:35 pm
**Korang rasa korg suka siapa? Daniel Izman ke Luth Amsyar?
Emm. ada lagi watak yang belum muncul. Tunggu tauu. Love u olls.
Share this novel