Luahan isterinya semalam membuatkan Luth Amsyar kehilangan kata-kata. Arin Qirana mendekati suaminya yang sedang termenung memandang ikan-ikan di dalam kolam.
"Awak, saya nak keluar kejap"
Luth Amsyar mengangkat wajahnya. Wajah polos isterinya dipandang sepi.
"Nak pergi mana?"
Arin Qirana bermain dengan jarinya.
"Hospital. Ada check up hari ni" ujarnya lalu mengusap perlahan perutnya. Luth Amsyar bertukar ceria.
"Jom lah. Saya ikut sekali" ujarnya.
Arin Qirana hanya mengangguk lalu terus naik ke atas untuk bersiap. Dibiarkan sahaja suaminya ikut bersama untuk sesi pemeriksaan tersebut.
....................................................................
Di dalam kereta
Suasana sepi. Peneman perjalanan hanyalah lagu-lagu yang berkumandang di corong radio. Luth Amsyar memandang isterinya sekilas. Arin Qirana masih leka memandang ke luar tingkap.
Luth Amsyar cuba memecahkan suasana sepi. Dia berpura-pura batuk kecil. Namun, tetap tiada respon dari isterinya.
"Lepas check up kejap lagi, kita pergi lunch eh" ujarnya.
Arin Qirana mengangguk. Luth Amsyar tidak berputus asa untuk membuat isterinya berbicara walaupun sepatah.
"Sayang.. pasal semalam tu.."
Luth Amsyar teragak-agak hendak menyambung ayatnya. Arin Qirana menghembus nafas perlahan.
"Saya minta maaf pasal semalam. Saya tak patut cakap macam tu"
Luth Amsyar tercengang mendengar kata-kata isterinya. Tidak menyangka isterinya akan berkata sedemikian. Hatinya sedikit lega.
To be continued..
Updated on 3/9/2017, 4:20 pm
Share this novel