Melampau

Romance Completed 69146

Hari ini Emelyn dan Luth Amsyar akan keluar ke shopping mall. Luth Amsyar menuruti sahaja kerana penat melayan rengekkan bak anak kecil itu. Arin Qirana menolak secara lembut pelawaan suaminya untuk ikut bersama kerana dia ada halnya tersendiri.

Sudah lama dia tidak mendandankan rambutnya di salon. Mardiah yang mengajaknya bersama kerana pemilik salon tersebut merupakan ibu saudaranya.

Wajahnya dihias. Tampak lebih berseri. Dia diajar cara-cara make up yang simple namun sangat menawan. Arin Qirana tersenyum melihat wajahnya sendiri. Rambutnya sudah dipotong pendek dan kemas kerana sejak kebelakangan ini, dia berasa tidak selesa dengan rambutnya yang makin panjang.
....................................................................

Di rumah

Luth Amsyar menanti isterinya pulang di ruang tamu. Emelyn turut menemani. Jam di pergelangan tangan dilihat berkali-kali. Sudah hampir pukul 6 petang, Arin Qirana masih belum menampakkan batang hidungnya.

Helaan nafas dihembus saat kereta Honda Civic memarkir di depan pintu pagar rumah. Wajah isterinya ditatap tanpa berkedip. Emelyn juga terkejut melihat wajah Arin Qirana yang kelihatan lebih menawan daripada sebelumnya.

"Lain kali jangan balik lewat sangat. Bahaya!" ujar Luth Amsyar dengan wajah risau.

Arin Qirana mendengus perlahan.

"Saya tahu. Tadi tayar kereta Mardiah pancit, sebab tu lambat" ujarnya untuk mempertahankan diri. Langkahnya diteruskan. Anak tangga didaki dengan berhati-hati.

Luth Amsyar mengekori isterinya. Emelyn yang melihat terus mendengus kasar. Arin Qirana membuka lilitan shawl di kepalanya. Rambutnya dibiarkan tidak berikat. Lebih selesa dengan potongan paras bahu itu. Luth Amsyar mendekati isterinya dengan wajah begis.

"Siapa suruh awak potong rambut? Siapa izinkan?" ujarnya. Dadanya turun naik menahan marah.

"Emm. Saya rimas, sebab tu saya potong je" balasnya ringkas. Sedikit gentar melihat wajah begis suaminya.

"Ni conteng-conteng muka semua. Cantik sangat lah ya? Potong rambut macam tu? Dah rasa cukup cantik lah?" suara Luth Amsyar naik satu oktaf.

Air mata melurut jatuh dari kolam air matanya. Sungguh dia tidak percaya kata-kata itu keluar dari bibir suaminya. Tangannya pantas menyeka. Pipinya dikesat dengan kuat. Bibirnya ditekan dengan belakang tapak tangan. Habis comot mukanya dengan sisa make up yang masih bersisa.

"Dah habis? Kalau dah, awak boleh keluar. Terima kasih atas 'pujian' awak"

Perkataan 'pujian' itu sengaja ditekannya. Emelyn yang mendengar di luar bilik hanya tersenyum sinis. Hatinya melonjak gembira.

To be continued..
Updated on 2/9/2017, 2:23 am

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience