Jiha menceritakan kepada Mardiah dan Nini mengenai khabar angin yang didengarinya. Mereka semua amat terkejut dan tidak menyangka semudah itu Emelyn meninggalkan Luth Amsyar.
"Kawan baik si Emelyn tu lah,Hanis yang cerita kat aku. Katanya, Lyn tu permainkan Abang Luth je. Dia bertaruh dengan kawan-kawan dia. Kalau dia berjaya dapatkan Luth, diorang kasi dia RM5000".
"So macam mana sekarang Abang Luth tu? Frust menonggeng ke camne?" soal Nini berbaur jejaka.
"Haha, yang tu aku tak tahu. Tapi aku rasa ya kot. Mana taknya, aku tengok diorang kemain berkepit je sejak haritu. Tup tup jadi macam ni pulak. Agaknya karma kot sebab dia buat Arin malu besar haritu" sambung Jiha.
Mardiah mengeluh kecil. Tiba-tiba sahaja dia teringat akan kenangan bersama Arin Qirana. Gelak tawanya. Gurau sendanya. Jiha yang perasan akan perubahan riak wajah Mardiah terus menegurnya,
"Kau kenapa Mar, rindu Arin lah tu ".
"Mestilah. Dah lama tak jumpa dia kan? Jauh betul dia lari sebab kecewa dengan apa yang jadi. Aku menyesal sebab suruh dia berterus-terang dengan Abang Amsyar haritu. Kalau tak, mesti kita boleh borak-borak macam dulu", ujar Mardiah dengan perasaan kesal.
Nini dan Jiha saling berpandangan.
"Alah,Mar. Sudah lah. Jangan dikenang benda yang lepas. Arin sendiri pun tak salahkan kau", pujuk Nini.
Ting!
Umpama satu mentol menyala di atas kepala Jiha. Dia mendapat satu idea.
"Korang, apa kata kita skype je dengan Arin. Lebih kurang je macam face to face. Amacam?".
Wajah Mardiah terus bersinar. Sungguh dia gembira dengan idea bijak Jiha.
Nini membuka laptopnya dan terus menekan aplikasi Skype. Nama Arin Qirana dicari dan.....
"YES! Dia online lah. Cunnnn !!! " jerit Nini
"Haaa, cepatlah. Tak sabar ni".
1
2
3
Wajah Arin muncul di skrin laptop Nini. Mereka bertiga terus menjerit kerana terlampau excited. Arin buat muka terkejut.
"Guys, terkejut lah aku dengar korang menjerit".
"Arin, asal kau makin berseri-seri ni? Apa rahsia? Kongsi lah", getus Jiha.
Arin ketawa kecil. Wajah ketiga-tiga sahabatnya dipandang dengan penuh kasih sayang.
"Wehhhh, rindu korang gila-gila ni".
"Rindu lah sangat. Kalau kitorang tak Skype kau, mana nak nampaknya" ujar Mardiah yang sedikit merajuk.
"Alolololo, tak baik cakap macam tu. Aku busy sikit. Berserabut, malas la Skype korang dengan muka macam zombi. Kang terkejut beruk pulak" gurau Arin.
Mereka semua ketawa.
"Kau bila nak datang sini? Tak rindu ke orang kat sini? Intern pun dah habis,apa mau tunggu lagi? " getus Nini
"Mmm, nanti aku fikirkan ye. Aku pun dah rindu sangat dengan ibu dan adik aku tu. Dah lama tak ziarah kubur arwah papa".
"Haaa, cepat-cepatlah balik. Kitorang ada gosip hangat nak kongsi dengan kau. Yang ni memang confirm hangat" ujar Jiha.
"Haha, macam-macam lah korang ni. Kerja gosip je eh. Yelah, insha allah nanti aku balik".
Perbualan mereka terhenti selepas hampir 30 minit bersembang di Skype.
Share this novel