Arin Qirana menggosok mata. Jam di telefon bimbit menunjukkan pukul 8 pagi. Dahinya ditampar perlahan. Mungkin terlalu penat hinggakan dia tertidur selepas solat subuh. Tubuh suaminya tiada di sisi.
Sekuntum tulip berwarna putih dan sekeping nota kecil sangat menarik perhatiannya. Tulip putih. Dia tahu itu maknanya kemaafan. Nota kecil dibeleknya. Hatinya menguntum senyum membaca setiap kata-kata yang tertulis.
'Good morning my sayang. Pergi mandi dulu ye. Abang tunggu kat bawah. 143 muahh'
Langkahnya diatur ke bilik air. Usai membersihkan diri, dia baru sedar tuala yang tidak dibawa. Pintu bilik air dikuak sedikit. Matanya terbuntang apabila melihat suaminya yang sedang mengemas katil.
"Psttt. Awak.."
Luth Amsyar menoleh kemudian berpura-pura tidak dengar. Senyuman nakal terukir di bibirnya.
"Sayang.. mana sayang abang pegi ni?" ujar Luth Amsyar.
Arin Qirana mengetap giginya.
"Abang.." panggilnya perlahan.
Luth Amsyar segera menoleh.
"Lah, sayang abang ni baru mandi eh? Kenapa? Nak ajak abang mandi sekali eh?" Luth Amsyar mulai mengenakan isterinya. Pipinya membahang.
"Ambilkan Rin tuala. Tertinggal"
Luth Amsyar mengambil tuala dan menghulurkannya dari jauh. Arin Qirana cuba menggapai namun gagal. Luth Amsyar tersengih nakal.
"Tak sampai eh sayang? Sayang dekat la sikit"
Arin Qirana tahu agenda nakal suaminya.
"Tak nak kasi sudah"
Luth Amsyar semakin mendekat.
"Alaa, abang dah mandi awal lagi. Kalau tak boleh join sayang. Hehe" gumam Luth Amsyar. Tuala dihulurkan di muka pintu bilik air. Arin Qirana pantas menyambar. Suaminya tergelak.
"Gatal!" jeritnya kepada si suami.
Gelak Luth Amsyar semakin galak. Arin Qirana tersenyum malu. Pipinya yang makin merah ditatap melalui cermin.
To be continued..
Updated on 4/9/2017, 2:43 pm
Share this novel