Kandungannya tepat berusia 8 bulan. Arin Qirana tersenyum sambil mengusap perutnya lembut. Jam di tangan dibelek, menunjukkan pukul 2:30 petang. Daniel Izman ingin berjumpa dengannya. Memandangkan keadaannya yang tidak mengizinkan, dia menjemput lelaki itu ke rumahnya.
Puan Roziah datang dari dapur dengan sedulang minuman dan kuih. Punggungnya dihenyak. Arin Qirana memandang kuih yang dibawa oleh ibunya dengan penuh berselera. Tangan mulai menggapai kuih karipap yang baru digoreng itu, tetapi Puan Roziah pantas menampar perlahan lengan anaknya.
Arin Qirana mencebikkan bibirnya seperti anak kecil. Puan Roziah tergelak kecil.
"Tunggu la Izman sampai dulu, tak menyempat betul kalau nak makan" bebel Puan Roziah.
Arin Qirana tersengih.
Bunyi deruan kereta kedengaran. Puan Roziah mengintai di balik tingkap lalu melangkah ke arah pintu.
Arin Qirana mengukir senyum saat wajah Daniel Izman menjamah pandangannya. Dia cuba untuk berdiri. Keningnya berkerut dek menahan sakit di bahagian ari-arinya. Puan Roziah dan Daniel Izman segera mendekati Arin Qirana.
"Ibu, sakit.." ujar Arin Qirana. Matanya terpejam, menanggung kesakitan yang dirasainya.
Puan Roziah memandang lantai. Cecair putih terlihat di situ.
"Dah sampai masa ni..Izman..jom bawa Arin ke hospital" arah Puan Roziah.
Daniel Izman mengangguk. Puan Roziah memapah anaknya. Kedua-duanya muali menggelabah.
Qisya yang baru pulang dari sekolah, terus mencampak beg sekolahnya. Dia berlari mendapatkan ibu dan kakaknya.
"Ibu, kenapa dengan Angah?" soalnya sambil memandang wajah Arin Qirana.
"Angah dah nak bersalin ni. Adik cepat call Along!" arah Puan Roziah kepada anak bongsunya.
Qisya mengangguk lalu segera mendail nombor abangnya. Setelah itu, dia terus membuat panggilan ke nombor abang iparnya, Luth Amsyar.
To be continued...
Updated on 20/11/2017
Share this novel