LUTH's POV
Ish, mana si Riz ni. Tak nampak batang hidung pun. Tadi kemain cakap..jangan lambat bagai. Sekarang ni dia yang lambat.
Aku memandang sekeliling. Tiba-tiba ternampak gadis manis yang di cafe sebentar tadi. Dia berjalan seorang saja. Bila teringatkan insiden tadi,aku ingin saja ketawa guling-guling. Mana taknya, mukanya yang merah menahan malu amat melucukan. Dia tak tau, aku tau nama dia kerana tertera nama Arin Qirana di beg galasnya. Alahai, naif betul.
Tiba-tiba Arin menoleh. Matanya terlopong apabila menyedari Luth memerhatikannya sambil tersenyum.
Alamak kantoi! Matilah aku,kang dia cakap aku ni pervert pulak. Yang aku pun satu, usya sampai kantoi.
Luth tak henti-henti mengutuk dirinya sendiri.
Oh noooo!! Tu mamat yang kat cafe tadi. Tapi, kenapa dia tengok aku pulak? Entah-entah dia nak aku bayar hutang tadi kot. Tapi..tadi kan dia cakap dia belanja. Eleh,perasanlah Arin. Dia kenal kau pun tak, inikan nak belanja pulak. Tapiiiii.. macam mana dia tau nama aku? Gosh, misteri gila.
Arin berjalan menuju ke arah Luth. Luth buat tidak tahu. Dia memandang ke arah lain. Cehh, acah cool konon. Dia terkejut saat melihat gadis bertubuh kecil itu sudahpun berada di hadapannya. Dia tersenyum kelat. Riaknya cuba dikawal sebaik yang mungkin.
Arin membalas senyumannya lalu berkata,
"Awak yang 'tolong' saya tadi kan?". Sengaja perkataan tolong itu ditekan sedikit.
"Ye saya. Awak budak baru kan? Sebab tak pernah nampak pun sebelum ni".
Arin mengangguk seraya menghulurkan not RM5 kepada Luth. Luth tercenggang.
"Eh, apa ni? Oooo..ni kes tadi eh? Tak payah lah,kan tadi saya cakap saya belanja",ujarnya sambil ketawa kecil.
"Mana boleh, tadi tu awak tolong cover saya je. Belanja apanya, saya pun awak tak kenal. Konon je tadi gitau makcik tu saya ni kawan awak". Kata-kata Arin menimbulkan perasaan geli hati buat Luth Amsyar.
"Apa pulak saya tak kenal awak. Awak nama Arin Qirana kan? Haaa,kenal la tu".
Arin membuat muka keliru. Luth ketawa lagi.
"Hahaha,takdelahh. Kan tadi saya berdiri belakang awak, so saya ternampaklah nama awak kat beg galas awak tu".
Arin menepuk dahinya.
"Aah kan? Asal lah saya tak perasaan semua tu. Tapiiii, hutang tetap hutang. Nahh".
Luth mengeluh kecil.
"Saya Luth Amsyar. Anggap je 'pertolongan' saya tadi tuuu, tanda perkenalan kita. Bye, got to go! ".
Luth kemudian berlari anak ke seberang jalan menuju ke arah Riz. Arin hanya memandang.
"Awak,terima kasih",jerit Arin kepada Luth.
Luth mengangkat tangan tanda sama-sama dan melambai ke arah Arin. Arin tersenyum tanpa disedarinya.
"Luth Amsyar. Nice name. Nice guy".
Gumamnya sendiri.
Share this novel