Arin Qirana pantas menekan aplikasi whatsapp saat handphonenya bergetar kuat.
Pesanan daripada Luth Amsyar!
Arin teragak-agak untuk membaca pesanan daripada lelaki itu tetapi niatnya diteruskan juga.
'Awak dah tido'- Luth Amsyar
Arin mengeluh perlahan. Jarinya pantas menaip sesuatu. Butang hijau ditekan.
'Nak apa?' - Arin Qirana
'Nak awak, boleh? **wink - Luth Amsyar
'Gila'- Arin Qirana
'Gilakan awak,my dearest'- Luth Amsyar
Arin Qirana terdiam. Makin dilayan makin naik gila. Luth Amsyar masih online. Menunggu balasan daripada Arin Qirana.
Beberapa minit kemudian, handphonenya bergetar lagi.
'Bluetick je?' - Luth Amsyar
Arin Qirana pantas menaip.
'I dont have time for your jokes'- Arin Qirana
Arin mencampak perlahan handphonenya. Kepalanya disandarkan di kepala katil.
Deringan handphone mematikan niatnya untuk terus terlelap.
Panggilan daripada Luth Amsyar? Entah apa lagi lelaki itu mahu daripadanya.
Butang hijau diseret ke kanan. Handphone didekatkan ke telinganya.
"Assalamualaikum. Ada apa-apa hal penting?" ujar Arin Qirana dengan nada tegasnya.
"Waalaikumussalam. Amboi, why so serious huh? Tak manis lah nanti" seloroh Luth Amsyar.
"Like I said just now, I dont have time for your jokes Mr.Luth Amsyar! " jerit Arin perlahan.
"Well, im not a clown"
Arin menyambung lagi
"Haha, then im the one lah. Betul la kot. Sebab dulu saya bodoh. Sibuk hiburkan hati orang tapi apa orang balas kat saya? Saya dimalukan depan orang ramai. Is'nt it enough?" ujar Arin Qirana dengan penuh emosi
Luth Amsyar mulai rasa bersalah. Dia bergurau pada waktu yang salah.
"Rin, bukan itu saya maksudkan. Pasal yang lepas tu janganlah diungkit lagi. Saya tahu tu semua salah saya. I can fix it. Please, just give me a chance" ujarnya separuh merayu.
Kolam mata Arin Qirana mulai pecah. Laju tangannya menyeka air mata yang gugur di pipi.
"No! Semua tu terlalu menyakitkan. Awak tak berada di tempat saya. Awak tak rasa macam mana sakitnya bila dimalukan depan orang ramai. Betapa malunya saya waktu tu. Awak hancurkan kepercayaan saya terhadap awak and semua tu hanya disebabkan perempuan yang awak sayang. I will never forget it! "
Luth Amysar terkedu saat terdengar tangis Arin Qirana. Hatinya terasa sayu.
Talian dimatikan.
Arin Qirana menangis semahu-mahunya. Handphonenya yang bergetar kuat itu dibiarkan sahaja. Akhirnya dia tertidur dalam tangis yang masih tersisa.
To be continued..
Updated on 16/08/2017, 6:31 pm
.................................................................................
**Korangggg !!
Thanks yg masih sudi baca nukilan saya.
Saya agak sibuk tapi insha allah saya akan cuba update jugak. dont worry..idea mmg dh ada. tp just waktu kurang mengizinkan.
Apa² pun thanks sbb sudi support penulis amateur macam saya ni.
Till we meet again.
Salam sayang dari Miss A
Share this novel