Kecewa

Romance Completed 69146

Di cafeteria, 2PM

Arin menghayun langkahnya perlahan menuju masuk ke cafeteria. Ketika wajahnya menengah masuk, dia terlihat Luth Amsyar melambai kepadanya. Hatinya meronta. Sungguh dia rindu kepada lelaki itu. Namun, apa yang mengecewakan dia ialah apabila melihat Emelyn turut berada di situ. Di sisi Luth.

Wajahnya terus menjadi tegang. Punggungnya dihenyak. Dia hanya berdiam. Langsung tidak dipandangnya wajah Emelyn. Bukanlah kerana benci, tetapi kerana cemburu.

"Arin, we need to discuss about this. Jangan berdiam je". Luth memandang wajah Arin.

"Yeah, sure. Thats why I am here".

Luth bertindak memulakan perbincangan manakala Emelyn hanya memandang dan berdiam.
"Arin, tentang apa yang Arin cakap semalam tu.. bukan abang tak sayang Arin. Tapi kita dah macam adik-beradik. Bahkan macam kawan".

Hati Arin hancur saat perkataan itu diucapkan oleh Luth Amsyar. Matanya berkaca menahan tangis. Tekaknya tiba-tiba terasa kosong. Air liur yang ditelan terasa sangat pahit. Pandangannya dikalih ke arah Emelyn.

"I am your friend and awak anggap saya macam adik? Then, siapa perempuan ni?",soal Arin separuh menjerit.

Semua yang berada di situ memandang ke arah mereka.

"Abang,semua orang pandang sini lah. Lyn malu. Kita tak sepatutnya settle hal ni kat sini". Akhirnya Emelyn bersuara. Luth Amsyar memandang Arin dengan pandangan berapi namun tidak sedikit pun mengundang ketakutan buat seorang gadis bernama Arin Qirana.

"Hey perempuan. Kalau kau malu, buat apa kau ikut sekali? Tak tau malu, rampas hak orang !!".

Luth Amsyar sudah tidak tahan mendengar cacian Arin terhadap Emelyn.

"Untuk pengetahuan Arin, Lyn tak pernah rampas hak Arin. Bukan salah dia pun kalau abang suka dia. Kalau Arin nak marah, marah abang", herdik Luth Amsyar.

Dadanya naik turun menahan marah. Hati Arin makin panas apabila melihat Emelyn tanpa segan silu menarik lengan Luth Amsyar dan paling mengecewakannya ialah apabila Luth langsung tidak menolak.

"Memang salah awak sebab awak yang gatal. Mudah-mudah je kena goda dengan perempuan sundal ni !".

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi Arin Qirana. Air mata yang ditahannya terus menitis tanpa dapat ditahan. Jiha dan Mardiah yang melihat insiden tersebut, terus berlari mendapatkan Arin yang masih kaku disitu. Semua orang memandang mereka.

Emelyn tersenyum puas.

"Kau jaga mulut kau sikit eh. Aku dah lama sabar layan perangai kau".

"Abang tak patut tampar kawan kitorang macam ni. Memang dia kurang ajar, tapi sepatutnya abang nasihat dia dengan cara yang elok". Sesudah meluahkan rasa tidak puas hati, Jiha dan Mardiah membawa Arin pergi.

Luth Amsyar kembali sedar. Dia memandang sekeliling dan berasa malu dengan kelakuannya sebentar tadi. Dia terduduk. Sungguh dia tidak percaya apa yang telah dilakukannya terhadap Arin. Emelyn memaut lengan Luth untuk menenangkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience