Arin Qirana mengerling jam tangannya. Sudah pukul 7:15 petang. Langkahnya dipercepatkan. Pintu rumah ditutup. Langkahnya diatur namun terhenti apabila melihat wajah serius suaminya. Liurnya ditelan.
Diberanikan dirinya untuk terus melangkah. Dia belagak selamba. Luth Amsyar memaut lengan isterinya.
"Pergi mana?"
Arin Qirana hanya berdiam. Nafasnya dihembus perlahan.
"Sunway Pyramid" jawabnya ringkas.
Lengannya cuba ditarik. Luth Amsyar masih setia memaut lengannya. Malah semakin kuat.
"Awak keluar pukul 12 tengah hari. Sekarang pukul 7 baru tau nak balik? Ingat dah tak tahu jalan balik" sindirnya.
"Sakitlah"
"Sakit? Lagi sakit mata saya bila nampak awak bergelak ketawa dengan lelaki lain. Bila dengan saya? Nak senyum? Pandang muka pun tak nak" ujar Luth Amsyar. Arin Qirana mulai kecut perut. Tidak tahu dari mana suaminya tahu tentang hal tersebut.
Arin Qirana berjaya melarikan dirinya. Luth Amsyar mulai bengang. Dikejar isterinya.
"Sampai bila awak nak lari dari saya? Besar sangat ke salah saya? Sampai bila awak tak nak pandang suami awak sendiri?" jeritnya. Bahu Arin Qirana terjongket kerana terkejut.
"Awak milik saya sorang je. Senyuman awak, untuk saya sorang je"
Tubuh isterinya didakap dari belakang. Arin Qirana cuba meloloskan diri namun tidak berjaya. Dada bidang suaminya ditumbuk berkali-kali. Namun sedikit pun tidak membuatkan Luth Amsyar berganjak. Telinganya menangkap bunyi tangisan.
"Abang rindu masakan sayang. Abang rindu nak tidur bertemankan sayang. Abang rindu nak dengar sayang membebel. Walaupun penat, tetap abang layankan. Sayang tak pernah kurang di mata abang. Memang silap abang sebab menduakan sayang. Tapi abang dah sedar. Abang perlukan sayang sorang je. Bila abang dengan Lyn dulu, abang tak pernah lupakan sayang. Abang tak pernah sentuh Lyn sebab abang menyesal lepas akad nikah dengan dia. Tapi apa abang boleh buat, sayang terus jauhkan diri dari abang"
Arin Qirana sebak. Kolam matanya terasa panas. Wajahnya diangkat. Dipandang suaminya yang sudah lencun dengan air mata. Tangannya perlahan menyeka air mata suaminya.
"Rin perlukan masa. Semua ni terlalu menyakitkan" ujarnya kepada si suami.
"Ambil lah berapa banyak masa yang sayang nak, tapi jangan jauh dari abang" .
Arin Qirana menundukkan wajahnya. Luth Amsyar memeluk erat isterinya. Sungguh dia rindu pada isterinya.
To be continued..
Updated on 4/9/2017, 2:27 am
Share this novel
.