Hati oh hati

Romance Completed 69146

Ketika Luth Amsyar mulai melangkah masuk, dia ternampak Daniel Izman di sisi isterinya. Mereka kelihatan sedang rancak berbual. Pintu dikuak.

Daniel Izman memusingkan kepalanya. Senyuman dilemparkan ke arah lelaki itu.

"Kenapa sayang tak makan lagi?" ujar Luth Amsyar.

Arin Qirana terus terdiam.

Daniel Izman mengambil bubur nasi diatas meja itu lalu dihulurkan kepada Arin Qirana.

Pintu terkuak lagi. Puan Roziah menjengah di muka pintu.

"Eh ibu. Tadi cakap tak nak datang" ujar Luth Amsyar.

Daniel Izman dan Luth Amsyar menyalami tangan Puan Roziah.

"Eh tak makan lagi bubur ibu masakkan?" soal Puan Roziah. Arin Qiran tersengih.

"Entah si Izman ni. Dia pegang je bubur tu, tak nak suapkan kot" ujar Arin Qirana. Sengaja mengundang cemburu buat suaminya.

Daniel Izman memandang Luth Amsyar. Lelaki itu mengangguk sahaja tanda membenarkan dia berbuat sedemikian.

Bubur nasi itu disuap ke mulut Arin Qirana. Dia tersenyum manis. Luth Amsyar sedikit cemburu. Andainya senyuman itu buatnya.

"Luth pergi selesaikan bil hospital dulu ye. Kejap lagi, Luth datang balik" ujar Luth Amsyar. Tidak sanggup terus melihat adegan di depan matanya.

Puan Roziah mengangguk perlahan. Dia tahu menantunya terkesan dengan tindakan anaknya.

Updated on 24/11/2017

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience