Pertemuan

Romance Completed 69146

"Abang, Kimi dengar Arin dah balik dari Johor. Abang dah tahu ke belum? " soal Hakimi yang merupakan sepupu Luth Amsyar dan juga classmate Arin Qirana.

Luth Amsyar sungguh terkejut dengan perkhabaran itu. Matanya terbelalak. Senyuman tiba-tiba terukir di wajahnya yang sugul. Sejak Emelyn meninggalkan Luth, dirinya kian berserabut. Penampilan tidak lagi menjadi kepentingann kepadanya. Hari demi hari, Luth mulai sedar kesilapan besarnya. Dia tergamak memalukan Arin Qirana di khalayak ramai. Mesti sahaja gadis itu menyimpan dendam terhadapnya.

Pelbagai cara telah diikhtiarnya untuk meminta maaf kepada Arin, namun tiada langsung yang mendapat respon. Melalui Instagram, Twitter, Whatsapp mahupun Fac, semua cara telah dicubanya, tetapi Arin hanya berdiam tanpa balasan. Nombor telefon juga ditukar. Pernah sekali selepas pemergian arwah ayah Arin, dia menelefon gadis itu. Ayat keramat yang masih terngiang-ngiang di telinganya ialah I HATE YOU. DONT YOU EVER DREAM TO HAVE MY FORGIVENESS. NEVER !

Semuanya terlalu pedih dan perit namun pastinya lagi memedihkan buat gadis bernama Arin Qirana itu. Sesudah dia dimalukan sebegitu, dia diduga lagi dengan pemergian papanya. Lamunannya terhenti apabila Kimi melambai-lambai tangannya di hadapan wajah Luth Amsyar.

"Abang dengar tak saya cakap tadi tu? "

Luth Amsyar mengangguk. Senyuman terukir di bibirnya.

"Abang dengar Kimi. Terima kasih sebab bagitahu abang" ujar Luth Amsyar.

Fikirannya kembali menerawang memikirkan cara untuk menemui Arin Qirana.

Di Aeon Setiawangsa

Farisha menarik lengan Arin Qirana ke arah sebuah kedai pakaian. Farisha merupakan buah hati kepada Hakimi. Farisha dan Hakimi telah berkomplot dengan Luth Amsyar. Farisha hanya mengikut sahaja rancangan tersebut kerana dia juga kasihan melihat wajah Luth Amsyar yang seolah-olah merayu.

Farisha berpura-pura memilih pakaian. Dia memegang sepasang dress labuh berwarna kuning cair lalu ditunjukkan kepada Arin Qirana.

"Arin, lawa tak? Sesuai tak dengan aku? "

Arin terpesona melihat dress labuh yang dipegang Farisha lalu dia mengangguk laju.

"Haa, aku try dululah. Kau tunggu sini tau "

Arin mengangguk lagi. Dia sedikit teruja untuk melihat Farisha mengenakan dress berwarna kuning cair itu. Sesekali dia membetulkan shawlnya yang agak senget di bahu. Tiba-tiba lengannya dipegang oleh seseorang. Arin tidak terus menepis kerana dia fikir orang itu ialah jurujual di situ. Pandangannya dikalih ke arah orang di belakangnya. Apabila melihat wajah tersebut, dia terus menepis dengan wajah bengis.

Luth Amsyar!

Lelaki yang telah menghancurlumatkan hatinya. Wajah sugul lelaki itu mengundang perubahan pada riak wajahnya. Perasaan kasihan mulai menjalar di hatinya namun, cepat sahaja ditepis.

Luth Amsyar menatap wajah gadis yang dirinduinya itu. Sungguh manis Arin Qirana bertudung. Manis. Ayu.

"Kenapa Arin tak jawab semua text dari abang? "

Arin Qirana mendengus kasar. Pandangannya dikalih ke arah lain. Luth Amsyar meneruskan kata-katanya.

"Arin makin cantik sekarang. Manis Arin bertudung", getusnya dengan senyuman manis.

"Cantik atau tak, it's none of your business! " ujar Arin Qirana tanpa memandang wajah lelaki itu.

Luth Amsyar tersenyum kelat.

"Arin, we need to talk. Abang boleh jelaskan semuanya"

"For a million times, dont called yourself abang. Saya tak ada abang melainkan abang kandung saya", ujarnya separuh menjerit.

Luth Amsyar menundukkan pandangannya. Dia sedar, gadis yang di hadapannya ini bukan lagi Arin Qirana yang selembut dulu.

Arin Qirana meninggal Farisha yang terpisat-pisat memandangnya. Dia yakin pertemuan ini sudah dirancang. Patutlah dia berasa berat hati untuk menemani Farisha ke sini. Rupanya ada udang di sebalik mee. Dia melangkah meninggalkan Luth Amsyar. Farisha menepuk dahinya lalu menggerakkan tangan supaya Luth Amsyar mengejar Arin Qirana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience