Hati

Romance Completed 69146

Arin Qirana perasan akan perubah bossnya, Daniel Izman. Sejak hari Suraya dan Shahir mengusiknya, Daniel Izman berubah menjadi lebih serius. Setiap hari, ada saja pekerja yang dimaki dan dimarahnya. Arin pun naik cuak. Takut hendak dipandang wajah kelat bossnya itu.

Daniel Izman berjalan masuk ke dalam office. Pandangannya melurut ke arah Arin Qirana yang sedang memandangnya. Namun apabila kantoi, Arin terus menunduk. Sedikit mengundang tawa Daniel Izman di dalam hati.

"Awak, jumpa saya kat dalam. Now! " ujarnya berbentuk arahan.

Arin Qirana mengangguk lalu bangun dari kerusinya. Langkahnya dihayun dengan perlahan. Sedikit gentar. Otaknya ligat memikirkan apa salahnya kerana setiap pekerja yang diarah masuk ke bilik Daniel Izman pasti akan di'torture' sekeras-kerasnya.

Pintu diketuk perlahan.

"Masuk! "

Arin hanya menunduk. Dia takut untuk memandang wajah lelaki itu padahal jika difikir logik, dia tidak membuat apa-apa kesalahan.

"Duduk, I have something to talk with you" arah Daniel Izman.

Arin Qirana sedikit gementar. Punggungnya dihenyak. Kepalanya masih menunduk. Jarinya bermain dengan baju yang dipakai.

"Rin, could you please look at me? Saya tak cukup hensem ke? " selorohnya.

Dia cuba untuk menceriakan perbualan itu. Arin Qirana mengangkat wajahnya. Wajah lelaki di hadapannya itu tidak lagi serius seperti tadi.

"Memang tak hensem pun. Lagi-lagi kalau buat muka serius tu" guraunya.

"Oh, patut lah awak tak suka saya eh? " ujar Daniel Izman perlahan.

'Eh, boss dengar ke aku sembang dengan dorang haritu? Oh nooo! ' jerit Arin Qirana di dalam hati.

Wajah Daniel Izman ditatap. Nafasnya dihembus perlahan. Senyuman cuba diukir dibibirnya.

"Emm, I thought you heard it all right? Saya minta maaf boss. Saya tak.. "

Belum sempat Arin menghabiskan ayatnya, Daniel Izman terlebih dahulu memintas.

"It's okay lah. At least saya sedar..rupanya ada jugak orang yang tak minat saya ni kan? Alahaii.." ujarnya. Dia cuba untuk tidak membuat gadis itu berasa bersalah.

Arin Qirana menelan air liurnya.

"By the way, kalau kita tak bercakap pasal kerja.. you can just called me Daniel. No need to be too formal" ujarnya dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir.

Arin Qirana tersenyum kelat. Andai sahaja fikiran lelaki itu dapat dibacanya.

"Umm, tu je eh boss nak cakap? Kalau tak ada apa-apa, saya sambung kerja dulu eh.."

Daniel Izman mengangguk. Tubuh genit yang sedang berjalan ke arah pintu itu dipandang.

"Arin.."

"Ye, boss. Anything else? "

"No, I just miss you". Senyuman manis dikulum lagi. Hatinya berbunga melihat wajah Arin Qirana yang mulai kemerahan.

"Saya pergi dulu, boss"

Arin Qirana segan. Pipinya membahang. Lain benar bossnya hari ini.

'Alamak, dah kenapa dengan boss aku? Alahaii'

To be continued...
Updated on 23/07/2017, 9:11 pm

**Alamak, Daniel Izman dah jatuh hati dengan Arin lah. Mana lah si Luth ni. Hehe. Just wait n see tau.
#bukanbonekamu
#thankskorang
#keepsupport
#LuthAmsyar
#ArinQirana
#DanielIzman
#Emelyn

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience