Pilihan

Romance Completed 69146

Datin Rohaya tergelak melayan menantunya yang sangat nakal dan ceria itu. Dia jatuh suka akan perwatakkan gadis manis itu. Bahkan, hampir setiap hari dia ingin melawat tetapi dihalang oleh suaminya, Dato Azman yang tidak mahu menganggu privasi anak lelaki dan menantunya.

"Mama, jomlah makan tengah hari sekali dengan kitorang hari ni" pelawa Arin Qirana. Senyum manis tidak lekang di bibirnya.

"Aah, Rohaya. Bukan selalu" tambah Puan Roziah.

Datin Rohaya dan Dato Azman tersenyum lalu mengangguk. Luth Amsyar tersenyum melihat kegembiraan di wajah isterinya.
.................................................................................

Di meja makan,

Arin Qirana menyendukkan nasi ke dalam pinggan. Lauk ditambah ke dalam pinggan. Datin Rohaya tersenyum melihat menantunya. Begitu juga dengan Dato Azman.

"Rin, esok dah start masuk office kan?" Datin Rohaya menyoal.

Arin Qirana tersenyum lalu mengangguk.

"Why not Rin berhenti kerja je. Jadi suri rumah sepenuh masa macam mama" Datin Rohaya tersenyum.

Arin Qirana memandang suaminya lalu pandangannya dilarikan ke arah Datin Rohaya. Luth Amsyar dapat menangkap reaksi wajahnya.

"Kitorang memang dah plan dah, Ma. Tapi Luth kasi Rin fikir dulu sebab Luth tahu Rin sayangkan kerja dia. Dah 2 tahun dia berkhidmat di Nars Corp tu" Luth Amsyar cuba mempertahankan isterinya.

Arin Qirana tersenyum kelat. Tiada kata-kata dapat dituturkan buat masa itu.

"Awak.. biarlah diorang decide. Insha allah. Pandailah diorang buat keputusan nanti" Dato Azman mulai bersuara. Datin Rohaya hanya tersenyum mendengar nasihat suaminya.

"Mama faham. Dulu pun mama macam Rin juga. Tapi bila fikir balik, tanggungjawab isteri adalah uruskan rumahtangga. Tambah-tambah lagi kalau korang dah ada anak nanti, mesti lagi susah kan? Mama kasi cadangan je tau, Rin. Jangan kecil hati ye" tambah Datin Rohaya lagi.

Arin Qirana mengangguk perlahan. Nasi yang disuap ke dalam mulut tiba-tiba terasa pahit. Luth Amsyar memandang isterinya dengan perasaan simpati.

To be continued..
Updated on 01/09/2017, 1:05 am

**SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA BUAT SEMUA UMAT ISLAM ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience