"Adik nak ke mana ya?"
Si pemandu teksi melihat Arin Qirana dengan wajah kehairanan. Arin Qirana diam sahaja. Dibiar soalan itu tanpa berjawab. Fikirannya menerawang akan peristiwa sebentar tadi. Hatinya terguris lagi. Lukanya makin dalam. Benar terkilan dengan reaksi suaminya.
Butiran jernih mengalir di tubir matanya. Segera diseka pabila tersedar dari lamunan. Wajahnya diangkat.
"Pak cik tanya apa tadi?" soalnya kembali. Lelaki berusia lingkungan 50 tahun itu tersenyum manis. Tangannya menggapai kotak tisu di atas dashboard, lalu diserahkan kepada Arin Qirana.
"Menangislah. Pak cik mungkin tak faham apa yang kamu lalui. Kamu kena kuat, kesiankan anak kamu. Dia perlukan kekuatan dari ibunya"
Arin Qirana terdiam. Pandangannya dilempar ke luar tingkap.
"Suami saya tinggalkan saya pak cik. Dia tinggalkan saya yang tengah sarat mengandung. Macam mana saya nak kuat pak cik? Dia kekuatan saya. Saya betul-betul sayangkan dia" balasnya.
Lelaki tua itu tekun mendengar namun masih fokus dengan pemanduannya.
"Semua tu qada dan qadar Allah. Kamu kena teruskan hidup. Kalau dah tertulis jodoh kamu berpanjangan dengan suami kamu, insha allah.. dia pasti akan sedar kesilapan dia. Kamu kena kuat demi anak kamu" sambungnya lagi.
Arin Qirana mencerna nasihat daripada pemandu teksi itu. Dia mengusap perlahan perutnya. Senyuman terukir di bibirnya.
To be continued..
Updated on 20/11/17
*SORI KORANG. SAYA BUSY. NI SAYA CUBA CURI2 MASA UTK MENULIS. INSHA ALLAH SY CUBA. INSHA ALLAH WEEKEND SY UPDATE LAGI. SORI BUAT KORANG TERTUNGGU2.
Share this novel