Sabar

Romance Completed 69146

Puan Roziah juga terkesan apabila menantunya bertindak meninggalkan anaknya yang masih dalam kandungan itu, namun marahnya mulai surut sejak Luth Amsyar kembali.

Menurut Luth Amsyar, Arin Qirana langsung tidak mahu bercakap dengannya. Hati ibu mana yang tidak gundah apabila rumahtangga anaknya mulai bergelora.

Bubur nasi yang masih panas itu dihulurkan kepada menantunya. Dia bukan tidak mahu melawat anak dan cucunya, tetapi dia ingin memberi ruang kepada anak dan menantunya.

....................................................................

Di hospital

Arin Qirana memandang ke arah pintu yang terkuak. Wajah Luth Amsyar menjamah pandangannya. Terus dia memaling muka ke arah luar tingkap. Lalu dia mendengus perlahan.

Luth Amsyar melabuhkan punggungnya. Dia memandang isterinya. Sungguh dia rindu pada Arin Qirana yang periang.

"Tadi abang pergi rumah ibu. Ibu tapaukan bubur nasi untuk sayang" ujar Luth Amsyar.

Arin Qirana hanya berdiam. Menanah telinganya mendengar perkataan 'sayang'.

"Petang ni dah boleh keluar kan? Ibu dah tak sabar nak jumpa cucu dia lagi" tambahnya lagi.

"Sayang, dah ada nama untuk anak-anak kita?"

Kesemua soalan dibiarkan tak berjawab. Terdiam kaku bak patung cendana.

"Sayang.. meh makan sikit bubur yang ibu tapaukan ni"

Arin Qirana memandang suaminya dengan penuh kemarahan.

"Stop calling me sayang! Saya menyampah dengar, awak faham tak!" bentaknya kasar.

Luth Amsyar agak terkejut dengan reaksi isterinya namun dia tersenyum saja.

"Tak apa lah. Saya keluar belikan awak air ye. Makanlah dulu bubur ni" ujar Luth Amsyar. Selamba.

Tidak mahu melayan kemarahan isterinya. Dia takut dia juga hilang sabar.

"You should just get lost" tambah Arin Qirana.

Sengaja mahu mengundang api kemarahan suaminya. Luth Amsyar melangkah pergi dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.

Arin Qirana mendengus kasar. Dia belum puas mencabar kesabaran suaminya.

Updated on 24/11/2017

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience