Arin Qirana bertemankan air mata. Sungguh dia kecewa dengan apa yang terjadi. Luluh. Hatinya hancur. Impiannya untuk menjadi seorang ibu ranap begitu sahaja.
Kandungannya yang baru mencecah 3 bulan telah gugur. Kesakitan yang dirasainya tidak dapat mengalahkan rasa kecewanya. Luth Amsyar tidak mampu mengungkapkan kata-katanya. Dia juga turut bersedih dengan kehilangan anak yang masih di dalam kandungan isterinya.
Menurut doktor, kandungan isterinya gugur akibat minuman yang diminumnya. Luth Amsyar syak hal itu adalah khianat orang. Dia bersumpah akan mengorek hal tersebut hingga bertemu dengan si pelakunya.
Puan Roziah setia memeluk erat anaknya. Arman dan Qisya turut bersedih mengenangkan nasib saudara mereka.
Datin Rohaya dan Dato Azman yang baru sahaja sampai terus mendapatkan anak dan menantunya. Datin Rohaya terus memeluk menantunya. Air mata Arin Qirana makin deras.
"Rin sabar ye. Bukan rezeki Rin untuk jadi ibu lagi. Rin kena kuat" Datin Rohaya cuba menyundik kata-kata semangat buat menantunya.
Dato Azman menepuk perlahan bahu anaknya yang masih menundukkan wajah.
"Semua ni salah Luth, ma. Kalau Luth jaga Arin baik-baik, semua ni takkan jadi" Wajah Luth Amsyar mulai lencun dengan air mata.
"Luth, semua ni takdir. Tak baik kamu cakap macam tu" ujar Dato Azman.
"Luth takkan maafkan orang yang buat Arin macam ni. Luth akan pastikan dia dapat balasan setimpal". Tangannya mula mengepal penumbuk. Wajahnya mulai bengis. Dia nekad. Nekad mencari tahu siapa dalang di sebalik hal tersebut.
To be continued..
Updated 3/9/2017, 8:37 pm
Share this novel