Kejutan

Romance Completed 69146

Arin Qirana malu untuk bertentang mata dengan bossnya yang makin hari makin pelik. Layanannya terhadap gadis itu makin luar biasa. Arin selalu diusik oleh rakan-rakan sekerja. Dia tidak senang begitu. Dia tidak suka dilabel perempuan murahan. Apatah lagi, abangnya kerap memberi arahan agar dia tidak terlalu rapat dengan lelaki itu kerana dia sedar darjat mereka yang tidak setaraf.

Arin Qirana langsung tidak memberontak. Dia sedar akan kebenaran dan kewajaran itu. Sungguhpun, dia tidak menyimpan perasaan terhadap Daniel Izman.

Mesyuarat yang bakal berlangsung setengah jam lagi itu sangat mendebarkan buat Arin Qirana. Mana tidaknya, mesyuarat itu bukan hanya melibatkan Nars Corp. namun juga dihadiri oleh pemilik syarikat Indera Corp.

Khabarnya pemilik syarikat itu adalah seorang jejaka muda yang mewarisi syarikat ayahnya. Namun, dia langsung tidak berminat untuk mengetahui siapakah gerangan lelaki itu kerana yang lebih penting baginya ialah, dia melakukan yang terbaik bagi pihak Nars Corp.

30 minit berlalu begitu pantas apabila semua telah memenuhi bilik mesyuarat. Dahinya yang berpeluh itu dilap dengan sapu tangan kecil. Daniel Izman memandang dengan senyuman di hujung bibirnya.

"Rin, dont take it too serious. Just handle things properly and comfort yourself with your words. I know you can do it! ". Daniel Izman cuba menyuntik semangat buat gadis itu.

Arin Qirana tersenyum kelat lalu mengangguk perlahan. Wajahnya yang gusar amat jelas kelihatan.

"Thanks boss. Insha allah saya akan buat yang terbaik" ujar Arin Qirana.

Dia mulai memandang abangnya.

Arman menguntum senyum lalu meramas perlahan tangan adiknya. Dia tahu Arin gementar namun, dia juga yakin adiknya mampu melakukan yang terbaik.

Sesuatu yang dirahsiakan daripada adiknya itu belum dibongkarkan. Dia tidak mahu Arin terganggu jika hal itu dibongkarkan.

"Just relax, Rin. Mr. Amsyar tu tak makan orang pun lah " seloroh Daniel Izman.

Mata Arman terbelalak.

'Nooo, kantoilah nanti. Ok rilek. Arin tak perasan kot'

Wajah terkejut Arman ditatap oleh Arin Qirana.

"Lah, kenapa abang terkejut sangat tu? " soal Arin sambil mengerutkan keningnya.

Arman menggeleng laju.

"Eh tak ada apa-apa lah. Hehe".

Perbualan mereka terhenti apabila pintu bilik mesyuarat itu dikuak dan muncullah wakil-wakil dan pemilik syarikat Indera Corp.

Semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu mulai berdiri tanda menghormati kedatangan mereka yang hadir. Arin memandang jejaka yang berkaca mata hitam itu.

'Eh, macam kenal je. Tapi kat mana eh? ' monolognya di dalam hati.

Jejaka berkulit cerah itu berjabat tangan dengan bossnya, Daniel Izman. Kaca mata hitamnya dibuka dan digantung di kocek baju kemejanya.

Wajah kacak itu ditatap.

Arin Qirana menarik nafas laju. Sungguh dia terkejut melihat jejaka itu.

Mereka bertatapan. Mata Arin Qirana terbelalak. Tangannya dipekup ke mulut kerana terlalu terkejut.

Daniel Izman dan Arman memandang Arin Qirana yang mulai menitiskan air mata dengan wajah terkejut.

"Arin, what's wrong? " soal Daniel Izman yang kerisauan.

Arin Qirana memandang lelaki itu dan Daniel Izman silih berganti. Lelaki itu juga jelas amat terkejut dengan kehadiran gadis di hadapannya. Gadis yang melarikan diri hampir 2 tahun. Gadis itu yang dirinduinya.

Pandangan Arin Qirana mulai kabur dan kelam. Tubuhnya mulai longlai namun sempat dirangkul oleh Arman.

Luth Amsyar berlari mendapatkan gadis di hadapannya yang telah rebah itu.

Ya!

Pemilik syarikat Indera Corp. adalah Luth Amsyar, satu-satunya waris kepada Dato Azman.

Sungguh dia tidak menyangka dapat bertemu dengan Arin Qirana di syarikat ini. Wajahnya yang risau ditatap oleh Daniel Izman.

To be continued..
Updated on 24/07/2017, 2:33 am

**Jeng³. Akhirnya Luth Amsyar datang balik kan? Tapi.. agak² korang suka Daniel ke Luth?

Kalau admin..admin suka Luth. Hehehe.

Btw, teruskan membaca ya..? Sebab.. lebih banyak kejutan menanti anda (cewahhh. HAHAHA).

Thank korang. Muah cikedd.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience