Di pejabat (Nars Corp.)
Telefon berdering. Suara Daniel Izman bergema di corong interkom.
"Masuk bilik saya,sekarang!"
Arin Qirana sedikit gentar apabila mendengar suara bossnya yang bernada serius. Langkah longlai dihayun. Pintu bilik diketuk. Sahutannya tidak berjawab. Dia memulas tombol pintu dan melangkah masuk.
"Siapa suruh awak masuk tanpa kebenaran saya?" soal Daniel Izman yang mulai menyinga.
'Tapi tadi boss suruh saya datang bilik boss'
Malangnya kata-kata itu hanya bergema di mindanya. Tidak dapat dilontarkan oleh bibir. Bahunya sedikit terjongket dek terlalu terkejut.
Langkahnya diatur semula ke luar.
Daniel Izman bersuara lagi.
"Saya tak suruh pun awak keluar!"
Arin Qirana mendengus perlahan. Pandangannya mencerlung ke arah Daniel Izman.
"We need to talk but it's some kind of private matter. Have a seat" arah Daniel Izman dengan wajah selambanya.
Arin Qirana mengumam sendiri.
"Apa yang awak bebel tu?"
Arin Qirana tersenyum kelat lalu menggeleng laju.
Daniel Izman hanya memandang dan terus memandang wajah suci milik Arin Qirana.
"Betul ke awak takde apa-apa dengan Mr.Amsyar? Gayanya macam dia rapat sangat dengan awak dulu"
Arin Qirana menelan liurnya.
'Kenapa mesti soalan ini?' jeritnya di dalam hati.
"Saya dan dia memang takde apa-apa hubungan. Kitorang memang kawan rapat dulu,like I said before"
Daniel Izman mengangguk faham.
"Dia takde girlfriend ke dulu? Awak tak suka dia ke?"
Soalan itu bagai menembak tembus ke hatinya. Wajah Daniel Izman dipandang dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Mestilah dia ada girlfriend la dulu. Hot stuff tu" selorohnya.
Daniel Izman tidak sedar bahawa Arin Qirana masih tidak menjawab soalannya.
"Tapi mesti dulu awak dengan dia rapat gila kan? Sebab.. sampai ke makanan favourite awak pun dia still ingat"
Arin Qirana tersenyum kelat. Dia sendiri tidak menyangka bahawa Luth Amsyar masih mengingati tentang dirinya.
"Biasalah. Dulu kitorang memang rajin lepak sekali"
Daniel Izman menghadiahkan senyuman manisnya buat Arin Qirana. Entah kenapa setiap kali dia ingin memarahi gadis itu, niatnya sering terbantut apabila memandang wajah polosnya.
Wajah gadis yang telah mencuri hatinya. Gadis yang telah mengundang resah di hatinya.
Arin Qirana.
Gadis sederhana yang berwatakan amat menarik.
Ceria. Ayu. Peramah.
Hidupnya terasa lebih menyala sejak gadis itu bekerja di Nars Corp. Perasaannya sudah diluahkan. Namun, Arin Qirana masih belum dapat menangkap niat dan perasaannya. Bila dia akan sedar akan hakikat itu? Esok, lusa? Atau mungkin tidak selamanya?
To be continued..
Updated on 21/08/2017, 2:19 am
Share this novel