Sedar atau tidak, dia sudah dalam perjalanan ke Korea. Suami disebelah dikerling. Lelaki itu leka mendengar lagu di mp3 kesayangannya. Arin Qirana mengeluh perlahan.
Dia memerhati manusia di dalam kapal terbang itu, terdiri dari pelbagai negara dan bangsa.Pramugari semuanya cantik belaka. Matanya lalu tertacap pada seorang pramugara. Matanya dikecilkan.
"Macam kenal' monolognya di dalam hati.
Arin Qirana mulai gelabah apabila lelaki itu menyedari tindakannya. Lelaki itu malah mendekatinya. Dia terus menukar arah pandangannya.
"Rin, is it you?" lelaki itu mula menegur.
Arin Qirana tersenyum kelat.
"Ryan eh?" soalnya pula. Lelaki itu mengangguk.
Luth Amsyar menarik earphone dari telinganya.
"Am I miss something?" ujarnya selamba.
Ryan menghulurkan tangannya. Mereka berjabat tangan lalu mulai mengenalkan diri. Mereka hanya sempat berbual sebentar. Namun, Ryan sempat berbisik kepada Arin Qirana sebelum dia berlalu pergi.
"I can smell his jealousy"
Arin Qirana lantas memandang suaminya. Wajah lelaki itu mencuka. Mp3nya tidak lagi digunakan. Pandangannya dilempar ke arah luar tingkap.
Arin Qirana memandang ke arah bertentangan. Seorang pramugari wanita sedang memandang ke arah mereka, lebih tepat ke arah suaminya.Dia mulai panas hati.
Arin Qirana melentokkan kepalanya ke bahu Luth Amsyar. Lelaki itu jelas kaget namun dibiarkan sahaja isterinya berbuat begitu.
Arin Qirana membatukan dirinya.
Luth Amsyar menarik bahu isterinya perlahan, tidak mahu menganggu tidur isterinya. Tangannya melingkar di bahu isterinya. Ditepuk perlahan seperti mendodoikan anak kecil.
Arin Qirana berasa gugup. Masih membatukan dirinya. Hembusan nafas Luth Amsyar meniup wajahnya perlahan, menandakan bahawa jarak mereka adalah sangat dekat.
Luth Amsyar leka menelek wajah isterinya. Tenang melihat wajah itu.
Updated on 10/12/2017
.
.
*SORRY GAIS. MY FINAL EXAM IS JUST AROUND THE CORNER. SELASA NI DA START. HABIS 20 HB. HOPE U GAIS DOAKAN SY BUAT YG TRRBAIK. AND YEAHH, CUTI SEM FOR ONE MONTH (BOLEH UPDATE STORY!!!)
Good news- saya tngah plan utk novel ke- 2. baru siapkan 3 chapter. but of kos, sy akan habiskan utk yg first ni dulu. nantikan tau!!
SAYANG KORANG!!
Share this novel