Bab 16

Action Series 24670

     Telefon bimbitnya berdering kuat, Mikayla yang baru bersiap terus mencapai telefon bimbit miliknya itu. Dahinya berkerut melihat private number yang tertera di skrin.

     Teragak-agak dia menjawab panggilan tersebut, risau tercetusnya perbalahan seperti malam semalam. Hezrick tidak habis-habis hendak mengawal hidupnya. Semua gerak-geri yang dilakukan perlu dimaklumkan pada Hezrick terlebih dahulu termasuklah mengangkat call di telefon. Mengapa ya?

     "Kau dah siap?"

     "Sa... saya dah, Amira je belum," jawab Mikayla tergagap-gagap. Dia sangat mengenali suara Hezrick.

     "Aku hantar kau dengan Amira pergi kolej hari ni, aku tunggu dekat parking."

     "Aik? Bukannya awak cakap ada meeting ke pagi ni?" Dahi Mikayla berkerut. Semalam cakap lain, hari ni lain pula yang jadinya.

     "Bukannya tiga hari tiga malam pun hantar kau dua orang dua, cepat sikit." Kata Hezrick sebelum talian diputuskan.

     "Selamat pagi awak," sapa Mikayla mesra setelah melihat kelibat Amira yang sedang menutup pintu bilik.

     Sapaan Mikayla diendahkan, gadis itu terus meluru ke arah ruang tamu sebelum punggungnya dilabuhkan ke atas sofa. Wajah Amira nampak muram saja seperti gadis itu sedang menanggung beribu-ribu beban masalah.

     "Amira, awak okay?"

     Amira menggeleng perlahan-lahan.

     "Tak nak share dengan saya?" Mikayla mula mengambil tempat di sebelah Amira.

     Dengan mata yang berkaca-kaca dia membalas renungan Mikayla sebelum tubuh gadis itu dipeluk erat. Mikayla tergamam mendengar esakan dari Amira, sebelum ini dia langsung tidak pernah melihat atau mendengar gadis itu menangis mahupun bersedih.

     "Awak kenapa ni Amira?" Mikayla mula risau. Belakang tubuh Amira diusap lembut.

     "Zack... Zack isk... ad... ada perempuan lain..." Jawab Amira dengan esak tangisannya yang semakin kuat.

     "Awak ada bukti?"

     Tanpa banyak kata, Amira terus menekan-nekan telefon bimbit bagi menunjukkan gambar yang baru saja diterimanya daripada nombor yang tidak dikenali sebentar tadi. Mata Mikayla membulat besar melihat gambar seorang lelaki dan juga seorang wanita sedang tidur dalam keadaan berpelukan terpapar. Lelaki itu adalah Zack!

     "Kenapa dia buat saya macam ni Kayla?" Amira menekup wajahnya menggunakan kedua-dua belah tapak tangan.

     Mikayla sudah tidak tahu ingin berkata apa, sungguh dia tidak sangka Zack adalah seorang playboy! Tangannya menarik lengan Amira ke bawah, air mata gadis itu diseka lembut.

     Pertama kali dia melihat gadis ini menangis selama mereka bersahabat. Di luar nampak ganas serta mempunyai keyakinan yang tinggi, tetapi di dalam? Hanya dirinya saja yang tahu.

     "Jangan menangis lagi, awak perlu berbincang dengan dia sebaik mungkin tentang hal ni..." Mikayla cuba memujuk sahabatnya.

     "Dia tak patut buat saya macam ni, saya benci dan menyesal kenal dengan Zack..." Amira menunduk.

     "Dah, okay? Jangan serabutkan kepala, tak cantiklah sedih-sedih macam ni, kan first day kita pergi kolej. Hezrick dah tunggu kita kat bawah..." Mikayla mengusap belakang bahu Amira.

     "Baguslah, boleh saya kirim semua barang-barang yang Zack beri pada saya." Amira terus bangun menuju ke bilik.

     Beg tangan, minyak wangi, kipas kecil, rantai serta cincin yang diberi Zack diletakkan ke dalam kotak. Dia akan melupakan lelaki itu, mana mungkin dia ingin membina kehidupan bersama seorang buaya darat? Dia tidak mahu menanggung sebarang risiko di masa hadapan.

     Sudah 30 minit Hezrick dan Herith tunggu di dalam kereta, dia mengambil keputusan untuk menjenguk gadis-gadis itu di atas.

     Terbuka sahaja pintu lif, muncullah dua orang gadis yang ditunggunya melangkah keluar. Senyuman manis dihadiahkan pada Mikayla sebelum pandangannya melekat pada wajah sembab Amira.

     "Dah kenapa dengan kau ni?" Dahi Hezrick berkerut.

     "You bagi benda-benda bodoh ni pada kawan you yang tak guna tu," Amira menghulurkan sebuah kotak bersaiz sederhana besar ke arah Hezrick.

     "Herith, Freddy atau Enrique? Kawan-kawan aku semua tak guna," Hezrick menyambut huluran itu.

     "Zack, Zack Farhan." Jawab Amira bersama mimik muka yang menyampah, rasa meluat sangat menyebut nama lelaki itu.

     "But why? Apa yang dia dah buat pada kau?"

     Amira menjulingkan bebola matanya ke atas. Soalan Hezrick dibiar sepi.

     "Kau cemburu dia bercinta dengan kereta-kereta dekat bengkel dia tu ke? Seriouslah?" Hezrick tersenyum kecil. Ada juga ya perangai perempuan seperti ini?

     "Jangan cakap fasal dia depan I sebab I dah benci dia!" Jerit Amira kegeraman tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya.

     "Tapi dia tu ba..." Kata-kata Hezrick terhenti di situ setelah merasakan pinggangnya dicubit Mikayla.

     "Auch! Sakitlah, nak gaduh ke?" Hezrick mengecilkan memandang Mikayla.

     "Awak jangan macam-macam. Jalan cepat, kita orang dah lambat ni." Mikayla menolak kuat tubuh tegap lelaki itu, Hezrick tergelak kecil, suka benar dia melihat wajah Mikayla ketika sedang marah.

     "Ingat, jangan nakal-nakal dan jangan layan lelaki lain yang cuba nak dekat-dekat dengan kau..." Kata Hezrick sebaik sahaja kereta dipakir di hadapan pintu utama kolej itu.

     Mikayla hanya mampu mengangguk bersama mimik muka menyampah. Termasuk ini, sudah lapan kali lelaki itu mengulangi pesanan dan ayat yang sama. Di dalam kereta tadi tidak habis mengajar dirinya cara-cara mengenalpasti wajah orang jahat dan orang baik. Risau betul dirinya tersalah memilih rakan di dalam kelas.

     "Sakitlah! Apa masalah awak ni?" Soal Mikayla bernada kasar setelah merasakan pahanya dicubit.

     "Dengar tak apa yang aku cakap?"

     "Biar sayalah nak buat apa, jari saya tangan saya dan otak saya, tak ada kena mengena dengan awak pun." Mikayla menjeling tajam wajah Hezrick.

     Pipi Mikayla diusap lembut menggunakan ibu jari kanannya, senyuman manis ditayangkan buat gadis itu. Belakang tapak tangan gadis itu dikucup.

     "Take care sayang, balik nanti Herith jemput naik kereta ni," kata Hezrick yang mula bernada lembut.

     "Eee gelilah babi. Pesan macam-macam siap sebut nama aku pulak tu, tak malu betul." Celah Herith yang duduk di seat belakang.

     "Love you..." Ucap Hezrick yang sengaja ingin memanaskan hati adiknya.

     "Eee pergi matilah sial. Ricky bodoh!" Herith melangkah keluar dari perut kereta kerana tidak tahan mendengar kata-kata bodoh yang diucap Hezrick terhadap Mikayla.

     "Handsomenya!" Jerit gadis-gadis gedik itu serentak. Masing-masing teruja melihat lelaki barat yang kacak itu.

     "Aku memang kacak, kau je yang buruk." Kata Herith bersahaja. Matanya terpandangkan Amira yang duduk di bangku, gadis itu masih menunggu Mikayla.

     Langkahnya diaturkan ke arah gadis itu. Wajah muram Amira direnung dalam-dalam. Ada masalah besar perempuan ni.

     "Hezrick memang macam tu, dia sayang sangat kat Mikayla, sebab tu yang susah nak lepas." Kata Herith tanpa nada.

     Di dalam kereta tadi, walaupun Amira duduk di sebelahnya, gadis itu hanya diam sahaja tanpa berkutik. Jelaslah bahawa gadis itu benar-benar tiada mood.

     "Kau datang bulan ke?" Soal Herith tanpa ada rasa malu, matanya masih merenung sisi wajah Amira.

     Amira menoleh ke arah Herith setelah mendengar soalan yang pelik keluar dari mulut lelaki itu. Herith menutup mulut menahan tawa, wajah Amira yang nampak pucat tadi sudah mula berona merah.

     "Pervert." Kata Amira sepatah. Herith membulatkan matanya, apa yang pervert? Dia tanya saja kan? Apa masalahnya?

     "Kalau aku pervert, aku tarik kau masuk tandas lepas tu aku raba-raba badan kau dekat situ, nak?" Kata-kata Herith membuatkan Amira terus berdiri.

     "You dengan Zack sama aje! Hanya tahu nak mempermainkan perempuan! You cakap dekat Mikayla, I tunggu dia kat dalam." Amira terus beredar dari situ meninggalkan Herith bersendirian.

     "Betullah tu bendera merah. At least jawab dulu soalan aku, barulah aku tak kacau. Bukannya aku hamak pun nak berbual dengan dia..." Bebel Herith sendirian seperti orang gila. Matanya merenung tajam kereta milik Hezrick.

     "Babi dua ekor ni memang nak masuk nerakalah." Sambungnya bernada bengang.

     "Tak boleh jadi ni, aku tengah-tengah mengantuk boleh pulak dia orang berasmaradana dalam kereta. Dia fikir aku ni apa?" Kaki terus dihayunkan ke arah kereta itu. Pintu kereta penumpang hadapan dibuka.

     "Kawan kau dah menangis teruk tu, hampir bunuh diri tadi sebab terlalu tertekan. Baik kau pergi cari dia sebelum terlambat." Kata Herith bernada biasa.

     "Okay saya pergi dulu..." Pamit Mikayla seraya melangkah keluar dari perut kereta.

     "Perlu ke buat aku tertunggu-tunggu? Aku bukan hamba kau sial." Kata Herith tanpa nada.

     "Kau bukan hamba tapi anjing belaan aku, jangan jadi liar kalau tak nak aku humban kau dalam paya." Hezrick memulakan pemanduannya.

     "Ustaz dah cakap, kau kena kurangkan jumpa perempuan tu, kau ni memang tak reti bahasa, kan? Dah tak sabar nak masuk neraka ke?" Soal Herith bernada sinis.

     "Aku cuma risau tentang keselamatan dia, tu je." Jawab Hezrick tenang tanpa menoleh ke arah lelaki itu.

     "Kalau risau pun tak perlu sampai nak bercium dalam kereta." Herith masih dengan sinisnya.

     "Mana ada aku cium dia!" Jujur Hezrick.

     "Aku tak percaya kau ni, lelaki sekarang ramai yang tak guna,"

     "Termasuk kau." Pantas saja Hezrick menjawab.

     "Adik tak berguna tak apa, kalau abang yang tak berguna? Rosaklah sesebuah keluarga tu." Herith cuba berfikiran matang tapi tetap nampak bodoh di situ.

     "Kau jangan lupa ambik dua orang tu," Hezrick mengendahkan kata-kata sial yang keluar dari mulut adiknya.

     "Malas."

     "Kau tak ambik, sumpah aku tarik rambut kau," ugut Hezrick.

     "Rambut tak payah mainlah! Aku pantang betul!" Marah Herith bengang, sikit-sikit ugut nak tarik rambut. Dah tak ada modal lain ke?

     Hezrick hanya mampu menghela nafas, resah di hati masih belum hilang. Terlepas pandang, nyawa Mikayla akan tergadai begitu saja. Ya allah, selamatkan gadis itu. Hezrick hanya mampu berdo'a di dalam hati. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience