Bab 17

Action Series 24670

     Enrique merenung lama skrin tv besar miliknya bersama riak wajah biasa, tangannya menongkat dagu. Keluhan kecil dihela keluar setelah melihat seorang lelaki yang berada di dalam pemerhatiannya sejak dua bulan yang lalu.

     Hairan juga, puas dia mencari menggunakan pelbagai cara bagi mendapatkan identiti sebenar lelaki itu. Yang dia peroleh hanyalah satu nama ringkasan iaitu A.H dan nama itu langsung tidak memberikan sebarang petanda kepadanya.

     "Sejenis babi yang jarang dijumpai. Semak sial! Kenapa aku kena buat kerja bodoh ni, eak?" Soal Enrique bersama riak wajah bengang.

     "Bro! Biar betul kau ni?" Soal Herith yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik lelaki itu.

     "Aku memang selalu betul, apahal kau?" Kening Enrique dijongketkan sebelah.

     "Hari-hari kau buat perangai gila, tak serik-serik ke?"

     "Ricky takkan berani sentuh aku, dia tu lelaki lembab." Kata Enrique bernada biasa.

     "Kau atau aku yang lembab? Kerja yang aku suruh buat dah siap ke belum?" Soal Hezrick bernada tenang. Lengannya disilang ke bawah dada, mata merenung tajam wajah Enrique.

     "Eh? Si lembab ada kat sinilah. Duduk meh sayang," Enrique menayangkan senyuman manis, ruang sofa di sebelahnya ditepuk beberapa kali.

     Hezrick menjeling tajam wajah Enrique, lelaki itu memang sudah lupa cara-cara untuk menghormati orang lain. Pandangannya dilarikan ke arah skrin televisyen yang besar.

     Gambar seorang lelaki yang duduk tidak jauh dari Mikayla dan Amira dilihat bersama dahi yang berkerut. Siapa pula lelaki itu? Apa yang lelaki itu inginkan daripada Mikayla atau Amira? Renungan lelaki itu bukanlah satu renungan yang biasa. Bebola matanya diputarkan pula ke arah Enrique, Enrique juga membalas renungannya.

     "Siapa lelaki ni? Kau sengaja tak nak bagitahu atau kau memang tak tahu?" Soal Hezrick tanpa nada.

     "Jangan cakap yang otak kau makin kecik." Celah Herith.

     "Aku dah cuba tapi tak jumpa, kalau nak suruh aku buat lebih-lebih tu bayarlah dulu," Enrique kembali menghadap skrin televisyen.

     "Habis tu selama ni aku tak bayar kau ke?" Soal Hezrick kasar.

     "Kau kena bayar setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut aku," Enrique mengetuk-ngetuk jarinya di atas meja.

     "Susah jugak bercakap dengan orang gila duit macam kau ni. Bodoh apa sikit-sikit duit, habislah bankcrupt syarikat kawan sendiri." Sampuk Herith bersahaja.

     "Aku gurau ajelah. Takkan aku nak buat orang yang aku sayang macam tu, fikirlah sikit. Jangan sanjung sangat otak yang lembab tu," ujar Enrique lagi, tangannya mula menekan-nekan keyboard.

     "Kau dengan bodoh langsung tak boleh berpisah. Tunjuk cctv semasa kolej Kayla," arah Hezrick tanpa nada.

     "Lalala~ aku pekak aku pekak. Eh? Apa yang Fred buat kat situ? Dah gila ke tak pergi office?" Dahi Enrique tiba-tiba berkerut.

     Kelihatan Freddy sedang berbual bersama seorang lelaki di kafe, Herith melepaskan tawa kecil melihat wajah ketat Freddy. Apa yang mereka bincangkan ya?

     Hezrick merenung Mikayla dan Amira yang bangun dari tempat duduk sebelum mereka beredar dari cafeteria itu. Rasa tidak puas hati di dalam diri melihat sepasang mata lelaki yang berhadapan dengan Freddy masih tidak lepas dari merenung Mikayla.

      "Dia tengah buat kerja. Aku rasa lelaki tu ada kaitan dengan Kayla. Aku nak identity dia secepat mungkin." Kata Hezrick bernada tenang.

     "Sepantas kilat aku cari. Ad, 22 tahun dan tempat asal dia banyak. Mungkin masa ibu dia nak lahirkan dia dulu sempat lagi naik kapal terbang pergi melancong banyak negara sampai tak tertahan sangat dan akhirnya terberanak." Enrique mula merepek, dia penat hendak serious sepanjang hari.

     "Woo woo hal privacy mak dia jangan cerita kat sini bro sebab kita orang tak nak tahu," Herith menggeleng kecil. Pertama kali melihat Herith matang sebegini.

     "So, apa kaitan dia dengan Kayla?" Soal Hezrick setelah beberapa minit dia berfikir.

     "Manalah aku tahu, bukannya aku kawan dia yang selalu teman dia berak dalam tandas," Enrique menilik kuku-kukunya.

     "Oh habis tu semua fasal aku kau tahulah, kan? Kau selalu teman aku berak." Herith menayangkan senyuman lebar.

     "Geli bodoh! Masa bila aku selalu teman kau? Entah-entah tu setan. Elok sikit Herith, karang ada perempuan berambut panjang yang tiba-tiba mintak nak tolong basuh berak kau nanti." Enrique mula membuat nada seram.

     "Janganlah macam ni. Aku takut, sumpah takut," Herith mula bergerak mendekati Enrique.

     "Apa benda yang kau orang merepek ni? Taiklah, beraklah, dua-dua bermasalah." Hezrick terus melangkah keluar dari bilik itu. Semak nak mampus duduk dengan dua orang lelaki tak matang itu.

     Mikayla membelek-belek file miliknya sambil berjalan menuju ke tandas. Sedang dia berjalan, tiba-tiba namanya dipanggil satu suara garau membuatkan langkahnya terus terhenti.

     "Kayla!"

     Mikayla berpaling ke belakang, dahinya berkerut melihat seraut wajah yang dia kenal.

     "Fred? Apa yang awak buat kat sini?" Soal Mikayla dengan penuh rasa ingin tahu.

     "Saja nak sambung study." Jawab Freddy tenang sebelum dia tersenyum nipis.

     "Eh? Bukannya awak kerja ke?"

     "I kerja part time ajelah," jawab Freddy laju. Mikayla mengangguk kecil tanda mengerti.

     "You nak pergi mana ni? Nak I temankan tak?" Sambung Freddy lagi.

     "Saya ada sesuatu nak tanya awak, awak tunggu kejap boleh? Saya nak pergi tandas dulu," ujar Mikayla, matanya dan juga sepasang mata bewarna biru bersinar di hadapannya itu bersambung tepat.  

     "Sure, I tunggu kat bangku sana." Freddy terus membuka langkah meluru ke arah sebuah bangku yang tidak jauh dari mereka.

     Setelah beberapa minit menunggu, muncullah Mikayla. Gadis itu terus mengambil tempat di sebelahnya.

     "Tentang kawan awak, Zack Farhan," Mikayla memulakan perbualan mereka.

     "Why? Apa yang dia dah buat?" Dahi Freddy berkerut. Zack? Apa kena pula dengan lelaki itu?

     "Dia playboy ya? Sebab Amira ada terima mesej pagi tadi, gambar Zack dengan seorang perempuan sedang tidur,"

     "Pfft... what?" Freddy sudah tidak tertahan, tawanya dilepaskan tanpa menghiraukan sesiapa sahaja yang melalui kawasan itu.

     "Kenapa awak gelak? Awak cuba nak bela kawan awak ya? Jangan macam-macam Fred,"

     "Zack mana pernah bercinta dengan perempuan lain selain Amira apatah lagi nak tidur dengan perempuan. Selama ni dia tidur dengan kereta rosak adalah," jujur Freddy bernada biasa.

     "Habis, gambar tu?" Mata bulat Mikayla memandang wajah kacak Freddy.

     "Imposible. Tapi memang muka dia ke?"

     "Sini biar I tengok," Freddy menghulurkan tangan kanannya meminta telefon bimbit Mikayla.

     "Ada dekat Amira la..."

     "Uhuk! I rasa ada orang sebut-sebut nama I," celah Amira yang sejak dari tadi memerhati mereka berdua itu dari jauh.

     "I nak tengok gambar Zack dengan perempuan tu," minta Freddy.

     "Already deleted, tak penting pun untuk I simpan gambar lelaki tak guna tu," jawab Amira dengan penuh rasa menyampah dan benci.

     Tanpa banyak kata, Freddy merampas telefon bimbit milik Amira membuatkan mata gadis itu membulat besar. Lebih terkejut apabila melihat Freddy menekan password tanpa ada patah perkataan yang tertinggal pun, semuanya tepat!

     "Mana you tahu password I huh?" Dahi Amira berkerut.

     "Manalah tahu. I teka je," jawab Freddy tenang. Dahinya berkerut teruk melihat gambar yang dikatakan Mikayla sebentar tadi.

      Memang wajah itu adalah Zack, mana mungkin seorang gay sudah bertukar menjadi kasanova seperti ini?

     Freddy memindahkan gambar itu ke dalam telefon bimbit miliknya. Nombor Zack Farhan didail menggunakan telefon Amira tanpa rasa bersalah. Amira cuba merampas kembali telefon itu tetapi terbatas dek jarak ketinggian mereka yang terlalu berbeza.

     "Hey sayang, I'm busy right now, I'll call you later, okay?" Zack yang sedang memegang beberapa jenis skru memulakan perbualan mereka. Hairan, mengapa Amira menghalakan kamera pada lantai?

     "Hai sayang, you curang dengan I! You memang jantan tak guna," Freddy membuat suara terkepit-kepit.

     "Huh? Who are you? Where is my fiancè?" Nada Zack berbaur kerisauan. Risau kerana nama contact yang telah menelefonnya itu kepunyaan buah hatinya, tetapi suara ayam tercekik dedak pula yang keluar?

     "You tidur dengan perempuan lain di belakang I? Habis tu I ni macam mana? I bukan seluar dalam you yang jenis pakai buang!" Kata Freddy sebelum dia menekup mulut menahan tawa.  

     Mulut Amira terlopong luas setelah melihat talian itu diputuskan Zack. Semua yang terjadi ini adalah benar? Zack memutuskan talian kerana dirinya takut disoal dengan pelbagai jenis persoalan?

     Freddy mengembalikan telefon bimbit itu pada Amira. Nafasnya dihela setelah melihat air mata Amira yang mengalir di pipi. Gadis ini masih tidak tahu keikhlasan hati Zack mencintainya.

     "You patut percayakan boyfriend you lebih daripada orang lain. Yang hantar mesej macam tu dekat you mungkin dia sengaja nak merosakkan hubungan you dan mungkin jugak sebab dia dah lama on crush dengan you. Syaitan sekarang makin bertambah, you kena banyak bersabar." Freddy cuba menenangkan Amira yang nampak panas dengan situasi ini.

     "Correction ex-boyfriend," Amira menjeling tajam wajah Freddy.

     "Chill, dia tu lelaki baik," kata Freddy.

     Amira menghulurkan kembali telefon bimbitnya kepada Freddy setelah merasakan telefon bimbit itu bergetar menandakan panggilan masuk. Freddy terus menyambut lalu menekan punat hijau sebelum kamera dihalakan pada Amira.

     "Sayang, tadi I dengar bunyi suara lain, you sakit tekak ke? Kenapa menangis ni? Ada orang buli you dalam kelas?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan Zack kepada Amira.

     "Bro! Awek kau lawa, bagi aku sikit." Bisik Freddy pada telefon itu.

     Mikayla menarik lengan baju Freddy bagi menghentikan lelaki itu dari terus menganggu Zack. Freddy tersenyum nakal melihat wajah Amira yang mula berona merah, jari telunjuk diletakkan pada bibir menyuruh Mikayla diam. Mikayla menjulingkan bebola matanya ke atas tanda menyampah.

     "Kau siapa? Jangan berani nak ganggu tunang aku. Apahal handphone dia ada pada kau? Sayang, siapa lelaki ni?" Zack merenung wajah Amira yang langsung tidak membalas pandangannya, telefon pun orang lain yang pegang.

     "Siapa lelaki ni tak penting, yang penting sekarang I nak putus, I tak nak hidup dengan lelaki berhidung belang macam you." Jawab Amira mendatar. Setitik demi setitik air matanya mengalir di pipi.

     "But why? I ada buat salah? Okay I mintak maaf sebab sibuk dua tiga hari ni sampai tak call you. Sumpah I balik aje rumah terus I tidur. I'm tired sayang, kereta banyak kat bengkel," terang Zack panjang.

     Pedih hati Zack melihat Amira benar-benar menangis pada kali ini, dia langsung tidak tahu mengapa tiba-tiba sahaja Amira ingin memutuskan hubungan mereka. Ya, dia tahu salahnya kerana telah mengabaikan Amira, tetapi selama ini gadis itu okay saja.

     "Please don't cry dear," nada Zack mula mengendur.

     "Zack, nanti Amira call awak." Mikayla mula munculkan diri di hadapan kamera, Amira yang sedang menangis teresak-esak itu dipeluknya erat, belakang bahu gadis itu diusap perlahan.

     "Bro! Aku masih kat sini pegang kamera tau. Geram pulak aku tengok tunang kau sedih macam ni hahaha..." Ujar Freddy yang masih lagi tidak puas menyakat Zack. Freddy menekan punat merah, memutuskan video call mereka.

     Zack menggosok kasar rambutnya, sungguh dia rasa cukup berserabut ketika ini. Siapa lelaki tadi? Mengapa Amira tiba-tiba sahaja mahu memutuskan hubungan mereka? Kenapa gadis itu nampak begitu sedih?

     "Argh! Sial, lah!" Sport rim kereta yang berada berhampiran dengannya disepak geram.

     Kang!

     "Auch!" Dahinya berkerut-kerut memegang hujung kasut hadapannya, terasa seperti hendak patah saja ibu jari kaki kanannya itu. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience