Bab 66

Action Series 24641

     Seketul batu bersaiz sederhana besar dilempar Herith ke dalam sungai. Lelaki itu mula bosan. Sudah lebih 30 minit mereka berada di dalam hutan belakang rumah moyang Zack bagi mencari barang yang telah disembunyikan mereka beberapa bulan lepas.

     Amira dan Mikayla turut serta memasuki hutan walaupun telah dilarang dan ditakut-takutkan dengan pelbagai jenis haiwan liar yang berada di dalam hutan ini.

     Mereka semua menoleh ke arah Herith yang memanggil. Lelaki itu ingin menunjuk sesuatu. Hezrick pantas menarik lengan isterinya meluru ke arah Herith.

     "Tengok ni." Herith menunjuk ke arah akar pokok kayu yang menjalar.

     Apa yang ditunjuk benar-benar merosakkan mood Hezrick. Bukan benda ini yang mereka cari. Herith bercangkung di hadapan 'benda' yang ditunjuknya tadi.

     Pak!

     Hezrick memukul kepala Herith membuatkan lelaki itu hampir jatuh tersembam di atas tanah, hampir saja. Enrique menjeling wajah Hezrick, tangannya menggosok-gosok kepala Herith yang sakit.

     "Kesian dia. Kau sebagai abang perlu ajar adik kau dengan cara yang macam ni." Enrique terus memukul kepala Herith di tempat yang sama. 

     Pak!

     "Pukulan kasih sayang dari aku ni akan mencerahkan lagi otak kau yang gelap dan kelam tu. Jom ikut aku pergi sana." Enrique menarik lengan Herith yang hanya diam menerima pukulan tersebut.

     "Kau sorok kat mana sebenarnya? Macam tak ada benda je kat sini." Freddy menghela nafas kasar. Penat!

     "Aku tak ingat kat mana tapi betullah belakang rumah moyang aku ni," ujar Zack bernada biasa. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu.

     "Buat penat je cari benda yang tak tahu letak kat mana. Cuti-cuti ni tidur lagi bagus." Freddy menyepak batu di atas tanah. 

     Hezrick menoleh ke arah Mikayla yang sedang bergelak tawa bersama Amira. Matanya dikecilkan setelah melihat gadis itu mula melangkah. 

     "Woi woi jangan buat-buat berani nak pergi jauh dari aku." Hezrick mengingatkan gadis itu.

     Mikayla mencebik. Wajahnya menunduk memandang kaki yang tersepak sebuah kotak besi kecil. Kecil sahaja kotak itu, lebih kurang besar kotak baldu cincin tetapi jenis besi. Dia mengambil kotak besi itu untuk dilihat dengan lebih jelas.

     "Apa benda pulak yang kau pegang tu?" soal Freddy pada Enrique yang sedang duduk bercangkung di atas rumput.

     "Alat pengesanlah. Kita hidup di zaman moden sekarang ni. Teknologi tu penting untuk kita manfaatkan sebaiknya. Orang otak sempit macam Ricky je tak fikir luar kotak." Enrique menjawab dalam pada masa yang sama, dia sempat mengutuk Hezrick.

     "Asal kau tak cakap awal-awal yang kau ada alat tu? Menyusahkan betullah. Dah tahu otak tu lembab, tanam lagi merata-rata tanpa letak apa-apa tanda. Penat betul buat kerja macam ni. Dengan lensnya semua tak pakai, semaklah!" Freddy melabuhkan punggungnya di atas sebatang pokok tumbang. 

     "Yelah kita orang kan lembab macam lembu. Kau je yang laju macam kilat." Herith menarik riak menyampah.

     "Aku penat nak dengar benda-benda bodoh yang datang dari mulut dan kepala otak kau. Bagi akulah buat!" Freddy merampas alat pengesan berbentuk telefon bimbit itu sebelum dia berjalan melintasi Hezrick dan Mikayla untuk mengesan di kawasan lain.

     Tet! Tet! Tet! Tet! Tet!

     Bunyi dari alat pengesan itu membuatkan mereka terdiam. Freddy berhenti berjalan, dia berundur selangkah demi selangkah. Bunyi itu kedengaran semakin laju.

     Tetetetetetetetetetetete!

     Skrin alat pengesan itu dilihat. Anak panah pada skrin itu menunjukkan sisi kirinya iaitu tepat ke arah Mikayla. Wajah Mikayla direnung hairan sebelum alat pengesan itu didekatkan pada tubuh Mikayla.

     'Congratulations! You found it!'

     Kedengaran suara seorang gadis robot keluar dari alat itu. Freddy sengaja ingin menguji alat itu dengan cara dijauhkan dari Mikayla, alat itu kembali berbunyi dan apabila dia mendekatkan kembali dengan gadis itu, suara perempuan robot tadi pula kedengaran. Hezrick merenung wajah pucat isterinya.

     "Kenapa kau nampak takut? Relaks Kayla, kau bukannya barang yang kami carilah." Herith menggeleng kecil bersama senyuman nipis memandang wajah gadis itu.

     "Barang tu petak kecil je. You besar gedabak, jauh sangat beza." Zack pula bersuara ingin menyedapkan hati Mikayla.

     "Aku punya alat tak pernah menipu sesiapa." Enrique mendekati Mikayla bersama wajah serius.

     "Kau ada sorok apa-apa ke?"soal Hezrick sambil memegang kedua-dua belah bahu Mikayla.

     "Huh? Tak ada pun." Mikayla menggeleng pantas. Riak wajah sedikit cuak apabila menjadi suspek dalam hal ini.

     "Kakak, boleh tak jangan menipu? Muka kakak tu kelakarlah bila tak jawab dengan jujur. Adik penat dah ni, dengan perutnya lapar. Rasa macam nak balik rumah dah." Herith menggosok-gosok perutnya yang berlapikan baju.

     "You ni memang gila, first time I dengar you panggil Kayla kakak." Amira mentertawakan Herith.

     "Spot check dia Ricky." Enrique memberi arahan kepada Hezrick. Iyalah tak akan dia pula perlu lakukan pemeriksaan ke atas gadis itu. 

     Bahagian betis isterinya diraba sehingga ke atas secara perlahan. Tangannya berhenti betul-betul di bahagian kocek seluar sebelah kanan gadis itu. Okey dah jumpa!

     "Guys." Hezrick berdiri sambil mengangkat sekotak besi kecil itu.

     "Yeah! Dah boleh balik dan pergi makan!" Herith berjalan di hadapan mendahului mereka.

     "Kenapa tak cakap benda yang awak cari tu kotak besi? Saya dengar macam cari cip..." Mikayla memandang suaminya. 

     "Cip tu melekat kat dalam ni." Hezrick menunjuk bahagian bawah kotak besi itu pada isterinya. 

     Mikayla mengangguk tanda mengerti. Tapi perlukah cip dilekatkan pada kotak besi seperti itu? Mungkin cip itu terlalu penting buat mereka atau mungkin juga berbahaya?

*****

     Masing-masing melangkah keluar dari kereta lalu terus menuju ke arah sebuah gerai tepi jalan yang terletak tidak jauh dari pantai. Terlalu banyak gerai-gerai makan di terengganu ini. Gerai yang menjual air batu campur menjadi pilihan mereka pada waktu panas seperti sekarang.

     Pelanggan lain memandang aneh ke arah mereka semua. Mungkin pelik kerana melihat lelaki-lelaki barat itu makan di gerai tepi jalan. Mereka hanya buat tidak tahu dengan mata-mata yang memandang. Hezrick menarik kerusi buat Mikayla.

     "Sakit kepala." Enrique meletakkan kepalanya ke atas meja kayu.

     "Tidur jelah. Biar senyap sikit hari ni." Freddy yang duduk di sebelahnya mula bersuara.

     "Tak boleh, aku tak boleh senyap. Kerja ni perlu disiapkan sebelum kita balik KL." Enrique terus mengangkat kepala lalu membetulkan cara duduknya. Laptop dibuka, tangannya menaip sesuatu di keyboard.

     "Buat kerja guna tangan dengan otak je sudahlah. Mulut tu jangan bergerak sekali." Zack pula berbunyi. Enrique menjeling Zack tanpa berkata-kata.

     "Nak nasi lemak dengan laksa. Abang makan nasi ayam tau. Yang paling penting saya nak abca," ujar Mikayla.

     "Apa benda abca?" Herith mengerutkan dahi.

     "Singkatan bagi air batu campur aiskrim," jawab Mikayla tenang.

     "Nak jugak." Herith memandang pekerja yang berdiri di sisi meja mereka.

     "Abang tak makan nasi ayam," kata Hezrick pada isterinya.

     "Abang ni semua tak makan. Patutlah badan tak naik-naik, makan pun memilih." Mikayla membebel kecil.

     "Ricky cuma tahu makan bubur ayam, nasi putih, apa lagi eak?" soal Zack yang seperti sedang berfikir.

     "Lauk paku, skru, spanar dan dumbell." Freddy pula mencelah.

     "Itu kau!" kata Enrique yang masih melihat skrin laptop.

     "Itu saja. Kalau ada apa-apa tertinggal nanti saya order dekat kaunter. Terima kasih..." ujar Amira kepada pelayan perempuan yang sejak tadi berdiri di tepi meja mereka.

     "Rumah dah settle ke belum?" soal Freddy pada Hezrick.

     "Baru siap semalam. Dah boleh nak angkut barang-barang kesayangan dari rumah lama tu masuk rumah baru," jawab Hezrick bernada biasa.

     "Suruh Ejatlah bawak lori untuk angkut barang," sampuk Herith. Hezrick dan Freddy mengangguk kecil.

     "Kenapa kita kena pindah rumah?" soal Mikayla, wajah lelaki-lelaki itu dipandang bersilih ganti.

     "Rumah lama ramai sangat orang mati. Risau nanti kena ganggu dengan roh-roh yang tak tenang pulak. Lagipun rumah baru kita kecik sikit maklumlah Ricky dah bankcrupt." Enrique bersuara dengan nada tenang tanpa menoleh ke arah mereka. Mikayla membulatkan mata tanda terkejut. Tidak kisahlah tentang bankcrupt, tetapi mati? Siapa yang mati?

     Sedang mereka menjamu selera, tiba-tiba datang seorang gadis berpakaian selekeh berdiri di tepi meja mereka. Gadis itu menghulurkan tangan ke arah Freddy meminta sesuatu dari lelaki itu.

     "Apa benda pulak ni?" Freddy mengerutkan dahi memandang gadis comot itu.

     "Saya nak mintak sedekah, dapat cukup-cukup untuk saya dengan adik makan pun jadilah awak..." Gadis itu masih tidak menarik tangannya.

     "Mana adik kau?" soal Freddy.

     "Tengah duduk kat pantai sana tu. Tolonglah abang comel, saya betul-betul lapar ni..." Gadis itu seakan-akan merayu pada Freddy.

     Freddy terus mengeluarkan beberapa not RM100 dari wallet lalu diletakkan ke atas tangan gadis itu. Mata gadis itu bersinar-sinar melihat wang dengan jumlah yang besar di dalam tangannya.

     "Terima kasih sangat-sangat! Semoga rezeki abang dimurahkan selalu!" Gadis comot yang ceria itu terus menunduk lalu mencium sekilas pipi Freddy sebelum dia beredar bersama senyuman lebar. 

     "Kau nampak tak? Dia cium aku sial! Babilah!" Freddy mengelap pipinya menggunakan baju. Terasa jijik dicium gadis yang entah datang dari mana itu. Kurang ajar betul.

     "Apa bendalah. Bagi duit tapi dapat hadiah ciuman hahahahaha..." Herith mentertawakan Freddy yang masih berusaha menghilangkan kesan ciuman pada pipinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience