Bab 68

Action Series 24670

     Seiringan dengan ketawa itu, topeng getah yang melekat di wajahnya ditarik kasar. Susah untuknya mempermainkan The Demonio Dentro kerana mereka semua begitu bijak dan licik.

     Topeng itu dilempar lalu mendarat tepat di hadapan kaki Puan Qamaria. Wajahnya yang sebenar mempunyai tattoo berbentuk diamond berwarna merah hati menunjukkan dia adalah sebahagian daripada ahli sebuah kumpulan kongsi gelap Mabruce Lee!

     "Oh orang tua ni rupanya. Kenal-kenal. Ada sesiapa yang tak perasan kulit silikon dengan suara Encik Anuar yang tak sama langsung ke?" Herith memandang mereka bersilih ganti.

     Puan Qamaria terus jatuh pengsan di atas lantai. Dia begitu terkejut melihat lelaki yang menyamar sebagai suaminya. Begitu tidak disangka hal seperti ini akan terjadi!

     "Ibu!" Mikayla melutut di atas lantai menggoncang-goncang tubuh Puan Qamaria yang sudah terbaring kaku.

     Tet! Tet! Tet!

     Jam tangan Enrique berbunyi memberi amaran polis akan tiba dalam masa terdekat. Hezrick memberi arahan pada Zack untuk mengangkat tubuh Puan Qamaria memasuki kereta.

     Hezrick pantas menembak kaki Mabruce Lee yang ingin melarikan diri. Lelaki tua itu jatuh tersungkur di atas lantai namun masih berusaha sedaya upaya untuk bangun dan bergerak keluar dari rumah.

      Pak!

     Wajah lelaki itu disepak Freddy sehingga terandas ke belakang. Darah yang pekat mula keluar dari hidung lalu menitik di atas lantai. Enrique duduk bercangkung di hadapan wajah lelaki tua yang nampak lemah itu.

     "Kalau dah sedar yang diri tu tua bangka, lemah, cara nak guna akal pun dah lupa dan tulang-temulang semua dah rapuh bawak-bawaklah bertaubat, apalah kau! Aku ni jenis hormat orang tua tapi bila dengan kau? Tengok muka je aku rasa nak maki, tahu tak?!" bebel Enrique panjang lebar. Dahi anak buah Mabruce Lee itu ditunjal geram.

     Lelaki itu hanya diam duduk dan bersandar lemah pada dinding. Tangannya memegang hidung yang mengeluarkan darah.

     "Kau dengar tak? Haih kau ni, dahlah bodoh lepas tu pekak pulak, bala sungguh!" Enrique berdiri sebelum kakinya dilayangkan mengenai perut lelaki itu.

     "Sudah-sudah. Belasah dekat lainlah. Polis dah dekat..." Hezrick bertindak mengheret tubuh lelaki tua itu keluar dari rumah.

     Enrique yang sudah berada di dalam kereta menekan pedal minyak tanpa melepaskan handbreak. Kereta itu berbunyi kuat.

     Vroom! Vroom!

     Senyuman jahat terukir di bibirnya sebaik sahaja melihat tubuh anak buah musuhnya berada di tengah-tengah jalan. Nampaknya lelaki itu sedang mengesot untuk ke sisi jalan.

     "Enrique, no!" Freddy mengangkat sebelah tangannya mengarahkan Enrique berhenti. Dia seperti dapat membaca apa yang hendak dilakukan lelaki itu. 

     Handbreak diturunkan, kereta itu terus bergerak dengan tahap kelajuan tinggi. Kedua-dua belah kaki lelaki itu dilanggar tanpa rasa belas kasihan.

     "Oh shit!" carut Herith sambil menutup wajahnya.

     "Relaks bro, aku tak langgar dia punlah hahahah... Kenapa nak takut sangat?" Enrique mentertawakan Herith yang masih berdiri dengan wajah yang ditutup menggunakan tapak tangan.

     "Tipu! Aku nampak badan dia bergerak tadi!" jerit Herith.

     "Hahahahaha bodohnyalah budak mafia ni. Masuk cepat!" Enrique terus menaikkan tingkap kereta tanpa menunggu balasan dari Herith.

     Anak buah musuhnya mengerang kesakitan. Tidak lama kemudian, sebuah kereta mewah bewarna biru gelap berhenti tepat di sebelah musuh yang terbaring di atas jalan berturap. Musuh mereka hilang dibawa kereta mewah itu.

     "Kenapa kita tak tamatkan dekat sini je?" Freddy memandang Hezrick.

     "Aku nak ketua dia, bukannya si sial tadi. Biarkan dia lari. Kita tetap akan tamatkan semuanya dalam masa yang terdekat."

     "Alright bos." Freddy akur dan terus menurunkan handbreak.

*****

     Tubuhnya direbahkan ke atas katil sebaik sahaja dia memasuki bilik tidur. Penat menunggu Enrique mematikan semua sistem pengesan polis sehingga dia mula berasa mengantuk. Anak-anak buahnya masih bising di ruang tamu, jika dilayan, semakin menggila perangai mereka.

     "Abang..." Mikayla melabuhkan punggung di birai katil.

     Hatinya resah memikirkan di mana keberadaan Anuar ketika ini. Adakah ayahnya sudah makan? Adakah ayahnya mendapat tempat tidur yang selesa? Sungguh tidak disangka bahawa lelaki tua itu telah diculik anak-anak buah Mabruce Lee sejak seminggu yang lepas.

     Mereka masih tidak tahu punca sebenar Encik Anuar diculik namun mereka pasti, segala yang berlaku ini mempunyai kaitan dengan perjanjian yang telah Encik Anuar putuskan bersama Mabruce Lee. 

     "Tidurlah, jangan fikirkan sangat. Ibu dah selamatkan?" Hezrick mengesot merapati isterinya.

     "Tapi sekarang saya risaukan ayah..." Linangan air mata itu dibiarkan menitis di atas pahanya.

     "Abang akan usaha untuk selamatkan dia. Dengarkan apa yang Firaz pesan tadi? Kandungan sayang masih di tahap awal, tak boleh tertekan macam ni, bahaya." Hezrick menyeka air mata gadis itu.

     "Tapi kat mana ayah sekarang ni?" Mikayla mula memeluk tubuh tegap Hezrick yang duduk di sebelahnya.

     "Ayah masih hidupkan?" Soalan itu membuatkan Hezrick terdiam.

     Dia termati kata, sungguh dia sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku kepada Encik Anuar. Rambut isterinya diusap, air mata yang masih mengalir diseka lembut.

     "Tidur dulu. Dapat apa-apa berita nanti abang terus beritahu sayang," ujar Hezrick lembut. Bibirnya menayangkan senyuman manis buat gadis itu, berharap agar senyumannya dapat menyalurkan sedikit kekuatan pada isterinya.

*****

    Tersedar dari lena yang panjang, Mikayla bangun dan duduk. Wajah lena suaminya direnung lama sebelum dia bediri dan terus melangkah keluar dari bilik. Suis lampu ditekan, lampu yang malap bertukar menjadi terang. Sunyi sepi rumah besar itu, rasa seram untuk turun ke bawah.

    Perutnya mula berkeroncong minta diisi. Setiap malam dia mengganggu Hezrick yang sedang berehat supaya menemaninya makan tetapi hari ini, dia kasihan terhadap lelaki itu. Biarlah lelaki itu menghabiskan waktu rehatnya.

     Mikayla membuat keputusan untuk turun ke dapur. Dia mula melangkah menuruni anak tangga. Dia tersentak mendengar suara yang menegurnya di hadapan.

     Dada yang berombak kencang diusap lembut. Dari awal lagi sudah rasa seram sejuk, tiba-tiba mata terpandangkan susuk tubuh Hezrick berdiri di tengah-tengah tangga. Hairan, bukankah suaminya masih tidur di dalam bilik?

     "Nak turun makanlah tu." Hezrick melangkah merapati isterinya tetapi gadis itu berundur seperti takut akan dirinya.

     "Kenapa sayang? Pelik je abang tengok. Jomlah pergi dapur. Biar abang temankan sayang." Hezrick berhenti melangkah lalu menghulurkan tangan kanan.

     "Ttt... Tak, tolong jangan dekat." Tergagap-gagap dia menyuruh lelaki itu berhenti daripada terus meniti anak tangga. Siapa lelaki itu?

     "Kenapa ni? Abang keluar berbual dengan Enrique dekat bawah tadi. Abang tak nak ganggu sayang tidur sebab tu abang tak kejut." Tangan gadis itu diraih lembut.

     Beberapa minit lepas, lampu yang terpasang dari atas membuat dia berasa hairan dan terus membuka langkah untuk naik tetapi tiba di tangga, dia ternampak Mikayla sedang berdiri seperti sedang memikirkan sesuatu.

     "Le... Lepas! Abang! Tolong sa..." Mulutnya pantas ditekup tapak tangan Hezrick.

     "Kenapa terjerit-jerit ni? Tolong apa sayang? Cakap pada abang, apa yang jadi?" Hezrick merenung ke dalam anak mata Mikayla. 

     Pasti ada sesuatu yang berlaku sehingga membuatkan Mikayla berada di dalam ketakutan. Mikayla meronta-ronta minta dilepaskan, dia tidak mempercayai lelaki yang berada di hadapannya ini adalah Hezrick yang sebenar kerana suaminya masih tidur di dalam bilik.

     "Hey, sayang ni kenapa? Sini ikut abang." Hezrick menarik lengan gadis itu meniti anak tangga untuk ke bilik mereka tetapi Mikayla merentap kasar pegangan Hezrick itu sehingga dia hampir terjatuh ke belakang.

     Hezrick sempat memegang lengan Mikayla. Dadanya hampir terloncat keluar melihat gadis itu hampir jatuh tangga. Tubuh isterinya dilepaskan setelah melihat gadis itu berdiri dengan betul lalu dicempungnya tubuh gadis itu tanpa sebarang kata.

     Tubuh Mikayla diletakkan ke atas katil. Dia mula menangis teresak-esak. Hezrick tidak tahu apa masalah gadis ini. Terkejutkan hantukah?

     "Siapa yang saya nampak tadi?" Dalam sedu tangis, dia bertanya.

     "Sayang nampak apa?"

     Hezrick mengatur langkah ke arah balkoni. Pintu balkoni itu masih berkunci. Dia berlalu pula ke arah tingkap, tingkap juga masih berkunci. Tiada perkara yang mencurigakan di dalam bilik ini. Jadi, apa yang telah dilihat isterinya?

     "Saya nampak abang tidur di sebelah saya. Saya turun dan nampak abang jugak, saya tak tahu mana yang betul dan mana yang salah... Saya keliru... Isk..." Teresak-esak dia menangis memikirkan tentang hal tadi. 

     "Sayang ada sentuh abang yang tidur tu tak?" soal Hezrick. 

     Mikayla menggeleng kecil.

     "Nasib baik."

     "Kenapa?"

     "Abang jealous nanti sayang jugak yang susah." Hezrick mengusap kepala isterinya. 

     "Abang ada bela hantu raya ke?"

     "Hantu raya apa pulanya. Jangan nak merepek. Mari turun makan." Hezrick menarik lengan isterinya. 

*****

     Kertas-kertas yang memaparkan gambar kawasan sebuah bangunan disusun di atas meja secara lurus. Gambar itu dilihat dengan riak tenang sebelum wajah Enrique yang berdiri bertentangan dengannya direnung tajam.

     "Ada apa-apa nak cerita tak?" Hezrick mula bersuara.

     "Oh tadi Fred cakap dia nak masak untuk malam ni. Kita tak payah makan kat luar, jimat sikit duit. Bagus betul ada jantan yang macam tu atas dunia ni. Bertuah bini dia nanti." Enrique bercerita bersama senyuman lebar sehingga menampakkan sebaris gigi putih bersihnya.

     "Cerita lain?" Soalan dari Hezrick membuatkan Enrique mengerutkan dahi. Cerita apa pula Hezrick ni?

     "Tak ada." Enrique menggeleng perlahan.

     "Betul ni?" Hezrick mengangkat kedua-dua belah keningnya. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

     "Haa! Herith tuang tiga botol pewangi baju dalam kolam ikan tadi. Dia cakap kolam tu busuk bau hanyir. Tak percaya pergilah tengok sendiri." Enrique menunjuk tingkap menyuruh lelaki itu lihat sendiri apa yang telah berlaku di kolam ikan sisi rumah baru mereka.

     "Apa kata kau cerita tentang apa yang kau dah buat pada bini aku pagi tadi?" Hezrick menyilangkan kedua-dua belah lengan ke dada. 

     "Kenapa? Alat pemancar hologram aku tu berfungsi ke?!" Enrique memegang kedua-dua belah pipinya. Dia kelihatan teruja.

     "Jangan nak berlakon, bini aku hampir jatuh tangga disebabkan kau." 

     Enrique terus meluru ke arah pintu yang ditolak seseorang lalu dipeluknya tubuh si gerangan itu. Disangkakan itu adalah Herith, dia ingin berkongsi kejayaannya bersama Herith yang telah banyak membantu dalam mencipta pemancar hologramnya tersendiri.

     "Alololo rindu aku jugak ya?" Freddy membalas pelukan erat Enrique. Enrique terus menolak tubuh Freddy dengan kasar.

     "Siapa rindu kau?! Kau kongsi perfume dengan Herith ke? Serius bau sama!" Enrique mendekatkan wajah pada tubuh Freddy untuk memastikan yang hidungnya tidak salah. 

     Freddy mengangguk kecil.

     "Herith! Herith! Binatang ni guna barang kau!" Enrique menjerit memanggil Herith sambil melangkah keluar dari bilik komputer itu.

     "Dia buat hal lagi ke?" soal Freddy pada Hezrick yang masih berdiri di sisi meja.

     "Aku tak tahulah siapa yang mampu hilangkan perangai setan dia tu. Pagi-pagi buta dia kacau bini aku." Hezrick menghela nafas kecil.

     "Teruk betul asal kau tak sebat je bontot dia tadi?" 

     "Biarlah, dia belum matang lagi." 

     "Ni ke kawasan bangunan tu? Besar sangat, susah nak masuk kalau macam ni." Freddy menyelak helaian kertas di atas meja.

     "Tak susah kalau kita gunakan kebolehan masing-masing dengan baik tanpa bermain-main. Kita kena gerak malam ni jugak." Hezrick merenung gambar itu lama.

     Mereka mampu menyelamatkan Encik Anuar sekiranya lelaki tua itu masih hidup. Tetapi ketika ini, mereka tidak boleh memastikan soal hidup atau mati Encik Anuar di sana. Kata Enrique...

     "Aku dah berusaha sedaya upaya aku untuk tolong kau cari Anuar, selebihnya kita berserah jelah pada Allah."

     Nampak seperti penipu besar di situ, tetapi Enrique sudah berusaha. Kita patut berbangga kerana lelaki itu masih boleh menggunakan akal dengan sebaiknya.

     "Kalau nak pergi sekarang pun aku okey je." Freddy merenung riak tenang Hezrick.

     "Okey jom pergi sekarang." Hezrick melangkah keluar dibontoti Freddy.

     "Ricky..." Suara Puan Qamaria menarik perhatian jejaka-jejaka itu.

     "Iye ibu," sahut Hezrick lembut.

     "Ibu minta tolong selamatkan ayah mentua kamu dan maafkanlah dia di atas perjanjian yang telah dia buat dengan Adam. Dia sendiri tersepit di tengah-tengah. Lepas Adam meninggal, dia fikir perjanjian mereka berakhir sampai situ saja tapi selepas diugut, tak sangka Adam juga bekerja untuk orang lain." Nada yang digunakan Puan Qamaria kedengaran sayu. Matanya sudah berkaca-kaca memandang wajah Hezrick.

     "Ibu banyakkan berdo'a semoga dipermudahkan segala urusan saya malam ni. Ibu tolong tengok-tengokkan Kayla ya. Kejap lagi anak-anak saya buah akan sampai untuk berkawal kat rumah ni sampai saya balik nanti." Hezrick merenung sayu wajah sedih mak mentuanya.

     "Abang janji bawak balik ayah dengan selamat malam ni?" celah Mikayla.

     Mikayla yang berada di belakang Puan Qamaria mula menyoalkan tentang itu. Air mata sudah mengalir di pipi kerana terdengar kata-kata Hezrick sebentar tadi.

     "Buat masa ni, abang tak boleh janjikan apa-apa..." jawab Hezrick sayu. Kepalanya digeleng-geleng kecil sambil memandang lantai.

     Mikayla mendapatkan tubuh Puan Qamaria. Salah faham mereka terhadap Encik Anuar benar-benar membuatkan hatinya rasa bersalah. Selama ini dia fikirkan Encik Anuar sengaja ingin menjualnya demi mendapatkan wang namun sangkaannya meleset, lelaki tua itu telah diugut kehilangan isteri dan anak kesayangannya.

     Dia berharap dapat memeluk Encik Anuar dan memohon maaf kepada lelaki tua itu walaupun buat kali yang terakhir. Kasihan lelaki tua itu menjadi mangsa demi memenuhi kepentingan musuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience