Bab 37

Action Series 24670

     Mata masih melekat pada kaca televisyen, dia menonton program masakan bagi mendapatkan idea makanan tengahari mereka. Empat orang jejaka yang telah ke office juga akan balik ke rumah pada tengahari ini.

     Beberapa minit kemudian, butang merah pada remote tv ditekan. Kakinya melangkah ke dapur. Otaknya sudah memikirkan resepi yang sangat sesuai pada hari ini. Langkahnya terhenti setelah terdengar bunyi kecoh seperti dua orang sedang bergaduh.

     Rasa ingin tahunya semakin kuat. Dia mula bersandar pada dinding pemisah antara dapur dan ruang belakang rumah. Pandangannya melekat pada seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang duduk di pondok bersebelahan taman bunga. Mikayla mula memasang telinga.

     "Masalah kita ada pada awak. Abang bukan sengaja nak buat macam tu, cuba faham keadaan abang ni. Awak lupa ke abang ni doktor?" soal jejaka itu dengan nada suara yang terkawal.

     "Abang benci Ferliy kan?" soal si gadis pula. Nada si gadis kedengaran agak bergetar seperti sedang menahan tangisan.

     "Abang tak pernah fikir macam tu. Sejak awak pregnant ni awak overthinking sampai tuduh abang macam-macam. Awak nak abang tinggal awak betul-betul ke apa ni?" Mata si jejaka merenung wajah menunduk si gadis.

     Esakan kecil mula kedengaran. Firaz hanya merenung kelakuan gadis itu. Terkadang dia benar-benar tidak mengerti dengan karenah Ferliy yang selalu berkata tentang sesuatu yang dia sendiri tidak pernah terfikir untuk melakukannya.

     Ferliy mula bangun untuk beredar dari situ namun lengannya pantas ditarik Firaz sehingga gadis itu memasuki dakapannya. Belakang tubuh gadis itu diusap lembut.

     "I'm sorry okay? Abang janji kita akan bernikah dalam masa yang terdekat ni, awak kena bersabar." Firaz cuba memujuk gadis itu. Ferliy hanya mengangguk kecil.

     Mikayla cuba mengenalpasti wajah lelaki itu. Sepertinya dia pernah melihat seraut wajah itu, tetapi di mana ya? Gadis itu mungkin adik Freddy yang dimaklumkan Hezrick semalam. Hairan pula, gadis itu sedang mengandung?

     "Kayla..." Namanya diseru seseorang dari arah belakang membuatkan Mikayla terus memalingkan wajahnya ke arah suara itu.

     "Awak tengah buat apa ni?" soal Amira ingin tahu. Sejak tadi dia memerhati Mikayla yang nampak seperti sedang mengendap sesuatu.

     "Err saya tengok tu..." Mikayla menjuihkan bibirnya ke arah pasangan tadi.

     "Tu bukannya doktor yang rawat awak dulu? Doktor Firaz? Siapa pulak perempuan tu?" Amira mula mengerutkan dahinya.

     "Mungkin adik Fred. Dah dah, jomlah masak." Mikayla terus melangkah menuju ke peti dibontoti Amira.

     Tidak lama selepas itu, Firaz dan Ferliy mula melangkah masuk ke dalam. Mata Ferliy tertancap pada dua orang gadis yang berada di ruang itu sebelum wajahnya mendongak sedikit ke atas untuk melihat wajah Firaz yang agak tinggi darinya.

     "Siapa tu?" soal Ferliy dengan nada yang berbisik.

     "Baju biru tu Ricky punya dan yang baju hitam tu Zack punya," terang Firaz. Ferliy mengangguk faham sebelum bibirnya menguntum senyuman.

     "Hai kakak kakak..." sapa Ferliy ramah.

     Punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi sebelum bekas biskut coklat yang terletak di atas meja dicapai. Firaz hanya menggeleng kecil melihat gadis kesayangannya yang selalu ingin mengunyah sesuatu tanpa mengira masa.

     Kakinya melangkah meluru ke arah kerusi bertentangan gadis itu sebelum punggungnya dilabuhkan. Ferliy memandang Firaz dengan pandangan yang pelik.

     "Cantiknya awak ni, nama apa?" soal Amira teruja melihat gadis mat salleh tetapi bertutur bahasa melayu.

     "Ferliy Mouri," jawab Ferliy sebelum sekeping biskut disuap ke dalam mulut. Tangan Firaz yang ingin merampas bekas biskutnya ditepis kuat.

     "Apa masalah abang ni?" soal Ferliy dengan nada yang tidak berpuas hati.

     "Awak selalu makan coklat, nanti gemuk mula nak bising kat abang pulak," jawab Firaz, sekali lagi tangannya cuba mencapai bekas biskut itu.

     "Janganlah, anak abang yang nak makan..." Ferliy mula memeluk bekas itu dengan erat.

     "Anak abang dipersalahkan? Dah gemuk nanti jangan nak bunyi susah bergeraklah apalah..." ujar Firaz, matanya menjeling tajam wajah gadis itu.

     "Jeling-jeling, macamlah mata tu cantik sangat." Ferliy juga menjeling wajah Firaz.

     "Okay fine," kata Firaz sebelum dia beredar dari situ.

     "Abang! Janganlah tinggal Ferliy!" jerit Ferliy kuat sebelum dia bangun lalu mengejar langkah Firaz.

     Mikayla dan Amira berpandangan sesama sendiri sebelum mereka berdua melepaskan tawa. Pasangan tadi sungguh serasi bersama kerana kedua-duanya suka merajuk disebabkan oleh hal yang remeh.

     "Tapi dah kahwin ke?" soal Amira kepada Mikayla kerana dia terdengar perkataan 'anak' sebentar tadi.

     "Awak tanya sendiri pada Ferliy ya, saya pun tak pasti," jawab Mikayla bersama senyuman kecil. Amira mengangguk faham.

     "Amira," seru Mikayla perlahan, ada sesuatu yang gadis itu perlu tahu. Amira yang sedang membasuh sayur menoleh ke arah Mikayla.

     "First plan saya tak jadi..." sambung Mikayla dengan nada sayu.

     "Sabar ya Kayla, lagipun first plan awak tu adalah satu perkara yang tak elok."

     "Tapi second plan saya berjaya!" jerit Mikayla teruja. Amira melopongkan mulutnya tanda terkejut dengan kata-kata Mikayla.

     "Awak akan bernikah?!" soal Amira teruja. Air ditutup sebelum dia meluru ke arah Mikayla.

     Mikayla mengangguk bersama senyuman lebar membuatkan Amira terus menarik tubuhnya ke dalam pelukan. Pipi gadis itu dikucup sekilas. Tidak sangka kawannya akan bernikah secepat ini!

     "Memang patut pun awak buat macam ni, ayah awak perlu diajar supaya menghormati keputusan anaknya sendiri. Dia perlu sedar, tak semua perkara boleh dipaksa sesuka hati... Lagipun dia tak nak ambil tahu tentang perangai sebenar Adam," ujar Amira seraya melepaskan pelukannya.

     "So, bila? Dan kat mana?" soal Amira ingin tahu.

     "Saya tak bincang lagi tentang tu", jawab Mikayla bersama gelengan kecil.

     "Huh? Hezrick tahu tak yang ayah awak akan nikahkan awak minggu depan?"

     Mikayla hanya membalas dengan gelengan. Dia masih tidak berhadapan dengan lelaki itu pada hari ini kerana terbangun lewat. Lelaki itu hanya menghantar mesej kepadanya pagi tadi mengatakan yang dia akan balik makan tengahari di rumah.

     "Awak perlu berani untuk beritahu dia tentang hal ini secepat mungkin Kayla. Perkara ni bukan sesuatu yang boleh dibuat main..."

     "Iya, dia balik nanti saya beritahu. Sekarang jom masak dulu," jawab Mikayla bersama senyuman manis.

     "Saya nak ajak Zack makan tengahari kat sini jugalah." Amira terus beredar.

     Mikayla hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Bagus betul gadis itu meninggalkan kerja dengan begitu sahaja. Dia meluru ke singki bagi menyambung kerja Amira.

     Kepalanya terfikirkan tentang hubungannya dengan Hezrick. Jika benar lelaki itu adalah jodohnya, segala urusan mereka akan dipermudahkan tanpa sebarang halangan. Mereka hanya mampu merancang dan berdo'a selebihnya berserah kepada Allah.

     Kertas-kertas yang berselerak di atas meja direnung lama. Banyak perkara penting bermain-main dalam fikirannya ketika ini. Walaupun mesyuarat telah diagihkan kepada staff yang lain, kepalanya tetap berserabut memikirkan tentang syarikatnya di Thailand.

     Syarikat di sana mempunyai masalah besar sehingga boleh menyebabkan bankcrupt. Selama ini, dia hanya memandang remeh tentang masalah kecil yang berlaku di syarikat itu. Akibat daripada itu, masalah kecil sudah menjadi masalah besar.

     Jika dia mengarahkan Enrique, Herith mahupun Freddy sebagai ganti untuk menyelesaikan masalah, dia risau jumlah kematian di sana semakin meningkat kerana sahabat-sahabatnya tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa sahaja yang membuat onar di dalam syarikat mereka.

     "Bro," sapa Herith sebelum pintu pejabat Hezrick dibuka luas. Muncullah wajah tenang Adam di muka pintu itu.

     "Kau nak apa datang sini?" soal Hezrick tenang.

     "Aku mintak sesuatu yang mudah, jauhkan diri kau daripada Mikayla," jawab Adam tanpa rasa takut. Kakinya melangkah menghampiri meja Hezrick.

     "Kalau aku tak nak?"

     "Tak apa, aku pinjam dia untuk sehari dua then aku lepas pada kau, deal?" soal Adam yang cuba menawarkan sesuatu kepada Hezrick.

     "Ricky jom balik!" jerit Enrique yang baru melangkah masuk ke dalam bilik pejabat tersebut.

     "Eh you! You lelaki tak guna hari tu kan? Macam mana boleh tersesat dekat sini? Mana mak you?" soal Enrique bersama jari yang ditunding tepat pada wajah Adam.

     "Fuck," carut Adam perlahan. Binatang sial ni lagi! Dia masih ingat lelaki inilah yang sering menganggu hidupnya.

     "Huh? Berani you carut pada I?!" jerit Enrique menggunakan suara yang terkepit membuatkan Hezrick dan Herith menutup kedua-dua belah telinga. Nyaring betul bunyinya.

     "Aku datang ni nak bincang dengan Ricky tentang Mikayla, kau jangan sibuk boleh tak?" soal Adam dengan nada bengang.

     "Beri sebab, kenapa kau nak sangat kat perempuan tu? Dia bukannya cantik pun, muka pucat macam pontianak," ujar Enrique bersahaja. Sempat lagi dia mengutuk Mikayla.

     "Kau tahu apa sebabnya kan?" Soalan dari Adam membuatkan Hezrick merenungnya dengan renungan yang sukar untuk ditafsir.

     "Aku rasa sel otak kau ni dah putuslah, biar aku tolong sambungkan," kata Enrique sebelum rambut lelaki itu ditarik kuat.

     Kedua-dua belah belakang kepala lutut lelaki itu ditendang sehingga Adam jatuh melutut di atas lantai. 

     Tangan kiri Enrique yang menahan kedua-dua belah lengannya terasa begitu kemas. Dia langsung tiada peluang untuk membalas gerakan pantas lelaki itu.

     "Tak ada rasa nak hidup lama ke?" soal Hezrick yang masih tenang duduk di atas kerusi miliknya.

     "Kalau kau nak tahu, tulang kaki dengan tangan Enrique tu dah macam besi. Kau takkan dapat lawan dia dengan badan yang kurus kering macam ni," kata Herith dengan kaki yang melangkah meluru ke arah Adam.

     "Kau handsome tapi bodoh sikit sebab sial lebih banyak lekat kat dahi kau ni. Tch tch tch malang sungguh," sambung Herith seraya menggelengkan kepalanya beberapa kali.

     Adam meronta ingin melepaskan diri dari kaki Enrique yang telah mengunci pergerakannya. Herith bertindak meletakkan jari telunjuk pada bibirnya menyuruh Adam duduk diam.

     "Shhh, dengar dulu apa yang bos nak cakap." Herith tersenyum sinis sebelum dia berdiri di sebelah Enrique.

     Hezrick memberi isyarat mata kepada Enrique supaya lelaki itu melepaskan Adam. Enrique akur lalu melepaskan lelaki itu sebelum dia berundur beberapa langkah ke belakang.

     "Aku baru nak tunjuk bagus sikit. Bos kau ni sial betullah," bisik Enrique pada cuping telinga Herith membuatkan lelaki itu melepaskan tawa menganjing.

     "Nampaknya kau dah tahu tentang Mikayla, dan kau hanya nak mempergunakan dia. Aku tak akan biarkan semua tu berlaku." Sepasang mata bewarna oren kekuningan itu merenung tajam Adam yang masih melutut di lantai.

     "Tapi..." Kaki diatur meluru ke arah Adam sebelum dia menunduk menyamai ketinggian cuping telinga lelaki itu.

     "Tapi kalau kau betul-betul menang, aku akan lepas dia untuk kau," bisik Hezrick perlahan sebelum dia berdiri tegak.

     "Kerja kau akan jadi lebih susah sebab bukan aku seorang yang cari dia. Kau sendiri pun tahu tentang tu." Dengan beraninya Adam berdiri.

     "Aku tak gentar sikit pun." Hezrick menyinis.

     "Tak gentar tapi kenapa kau call Freddy waktu kau kena serang hari tu?" sampuk Herith ingin tahu.

     "Masa tu kan ada Kayla. Otak dia tak dapat nak fikir apa-apa dah selain keselamatan perempuan tu." Enrique memberi jawapan bagi pihak Hezrick.

     "Iya ke? Bukan sebab dia takut ke?" soal Herith sambil merenung wajah Enrique.

     "Pffft! Mungkin? Hahaha!" Akhirnya tawa yang disimpan Enrique sejak dari tadi terlepas jua.

     Adam terus meluru ke arah pintu keluar. Dia tiada nafsu untuk berbual bersama lelaki-lelaki itu. Langkahnya dihalang Freddy yang berada di muka pintu.

     "Nak pergi mana?" soal Freddy tenang.

     "Aku nak blah." Dengan berani matanya membalas tikaman mata biru Freddy.

     "Biar dia pergi. Buat semak je dalam pejabat ni. Pergi mampus sekali tau Adam!" laung Herith.

     Adam yang mendengar itu terus melangkah pergi. Bahu Freddy dilanggar kasar. Freddy hanya mengendahkan kelakuan biadap lelaki tadi.

     "Nak tahu sesuatu tak?" soal Enrique secara tiba-tiba bersama wajah yang serious. Tiga pasang mata itu menoleh tepat ke arahnya menunggu jawapan.

     "Nama dia sebenar bukannya Adam Haiqal," katanya lagi.

     "Huh? Habis tu?" soal Hezrick bersama kerutan di dahi. Tidak mungkin lelaki itu menggunakan identiti palsu.

     "Nama dia Anjing Haiqal! Hahahahahahaha!" Jawab Enrique sebelum dia melepaskan tawa yang sangat kuat.

     Akibat daripada itu, perut yang terasa senak ditekan-tekan. Dia ketawa sehingga jatuh terduduk di atas lantai. Tidak tahulah apa yang kelakar sangat, mungkin kerana dia membayangkan susuk tubuh Adam Haiqal tetapi berkepala anjing sedang berjalan-jalan di dalam mall.

     Hezrick dan Freddy hanya diam melihat Enrique yang ketawa tidak ingat dunia manakala Herith mengusap-usap belakang tubuh lelaki yang sedang duduk di lantai itu supaya lelaki itu rasa sedikit tenang.

     "Uwerk!" Tiba-tiba Enrique membuat bunyi seperti hendak muntah.

     "Kau kenapa bro? Dah nak mati ke?" soal Herith berbaur kerisauan.

     "Perut aku kosong sangatlah, aku rasa nak muntah... Uwerk!" Enrique mengerutkan dahinya. Kali ini dia tidak bermain-main.

     "Bawak dia pergi tandas," arah Freddy sebelum dia menyepak paha Enrique yang berlapikkan seluar itu.

     "Sakit sial! Kau ni tak cari pasal dengan aku sehari tak boleh ke huh?!" tengking Enrique kuat. Tiba-tiba rasa loya di tekaknya hilang. Berguna juga sepakan Freddy itu.

     "Jom balik, Zack pun ada kat rumah," kata Hezrick sebelum dia melangkah ke meja untuk mengambil wallet miliknya di laci.

     "Si Zack hitam tu buat apa kat rumah?" soal Herith ingin tahu.

     "Kau fikir kau tu putih sangat ke?" Freddy menjeling tajam wajah Herith.

     "Bla bla bla! Putihlah daripada kau!" Herith menutup kedua-dua belah telinganya. Freddy mengangkat jari tengahnya ditunjukkan kepada Herith. Sial.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience