Bab 60

Action Series 24670

     Dua minggu kemudian...

     Langkahnya terhenti setelah terdengar sesuatu di belakang rumah. Bunyi itu seakan lagaan besi.

     Krak! Tang! Tang!

     Dia memberanikan diri untuk menghampiri pintu dapur.

     Kang!

     Bunyi besi terjatuh di atas lantai membuatkan mata Mikayla membulat besar. Dadanya dipegang. Setahunya, tiada sesiapa yang keluar pada waktu ini.

     Tubuhnya dipalingkan sebelum dia berlari anak menuju ke tangga.

     "Abang!" Panggilnya sambil menolak pintu bilik.

     "Ya sayang? Tidurlah dulu. Yang terakhir dah ni," kata Hezrick sambil menekan-nekan keyboard.

     "Ada orang kat belakang rumah." Mikayla menarik lengan suaminya.

     "Kucing liar tengah cari makanlah tu..."

     "Tapi bunyi macam orang ketuk besi. Sumpah saya dengar. Abang boleh buka cctv kalau tak percaya." Lengan suaminya masih tidak dilepaskan.

     Hezrick terus membuka rakaman semasa kamera litar tertutup di bahagian belakang rumah. Hanya lampu yang menerangi ruang itu, tiada tanda-tanda musuh memasuki kawasan rumah mereka. Bebola matanya diputarkan ke arah Mikayla.

     "Kalau ada musuh, siren rumah ni berbunyi tau sayang. Lagipun siapalah yang bodoh sangat nak masuk dalam kawasan maut ni?"

     Mikayla terdiam. Ada betul juga kata-kata suaminya. Pasti Enrique atau Herith akan tahu terlebih dahulu. Tetapi apa sebenarnya yang dia dengar sebentar tadi?

     "Saya tak puas hati. Jomlah pergi tengok." Mikayla menarik kedua-dua lengan Hezrick namun lelaki itu langsung tidak berganjak.

     "Jangan risau, abang suruh anjing liar abang pergi tengokkan untuk kita."

     Nombor Enrique didail tetapi tidak aktif. Tangannya menekan-nekan pula nombor telefon lain, juga tidak aktif.

     "Mana si bodoh bodoh ni pergi?" soal Hezrick kasar.

     "Fred dengan Herith main game dekat ruang tamu," jawab Mikayla.

     "Dua orang lagi?"

     "Manalah saya tahu. Semalam awak yang suruh saya beritahu segala benda pelik yang saya nampak atau dengar dan sekarang awak bagi alasan pula pada saya, dasar penakut!" Mikayla berura-ura untuk beredar dari situ.

     "Kau cakap aku apa? Penakut? Nak kena ni..." Belum sempat Hezrick menggeletek pinggang Mikayla, dahinya berkerut mendengar sesuatu.

     Kang! Tang!

     Bunyi pelik yang kedengaran kuat itu membuatkan Mikayla terus memeluk tubuh suaminya.

     "Aku pergi tengok, kau tunggu sini dulu."

     "Saya nak ikut..." Mikayla memegang belakang baju Hezrick.

     Pintu dapur ditolak. Mikayla yang berjalan di belakangnya dipegang kemas. Risau sekiranya ini adalah helah musuh untuk menculik gadis itu.

     Kawasan belakang rumah itu sama seperti di dalam rakaman kamera litar tertutup tadi. Tiada apa-apa yang mencurigakan.

     Mikayla merasakan bahunya dicuit. Apabila dia menoleh ke belakang, tiada sesiapa. Jaraknya dengan Hezrick dirapatkan. Sekali lagi bahunya dicuit membuatkan dia terus menjerit lalu memeluk erat belakang tubuh suaminya.

     "Kenapa sayang?" soal Hezrick kerisauan. Tubuhnya berpaling menghadap gadis itu.

     "A... Ada hantu..." Tergagap-gagap Mikayla membisik. Wajahnya berubah pucat memandang sesuatu yang berdiri tidak jauh dari mereka.

     "Hantu?" Matanya diliarkan ke sekeliling sebelum pandangan tertancap pada satu kelibat seperti manusia sedang berlari menuju ke hadapan rumah.

     Belum sempat dia mengejar, belakang tubuhnya dikejutkan dengan arus elektrik. Hezrick mengerang kesakitan menoleh ke arah si gerangan yang telah menyakitinya. Dah agak. Sial betul si anjing ni.

     "Menjadi tak? Aku teringin nak jadi hantu tapi itulah, muka kacak macam ni tak layak. Lepas tu aku buat keputusan untuk jadi dracular." Enrique meraup rambutnya ke belakang.

     Pakaian lelaki itu sudah nampak seperti dracular yang sebenar. Rambut berserabai tetap kelihatan kemas. Kulit wajah yang bewarna putih pucat dan juga pakaian metal bewarna hitam serta berkolar merah gelap menambahkan lagi kesempurnaannya sebagai dracular.

     "Kau tak pandai guna akal ke? Sakit belakang aku bodoh!" Hezrick menggosok-gosok belakang badannya.

     "Nasib baik aku tak buat pada kesayangan kau ni sekali. Geram aku tengok Kayla, rasa nak gigit-gigit je..." Enrique tersenyum nakal merenung wajah takut Mikayla yang berdiri di sebelah Hezrick.

     "Buang niat tu sebelum aku sembelih leher kau lepas tu bagi anjing makan otak kau tu." Hezrick mencekak kolar leher Enrique.

     "Hish lepaslah! Aku kan dracular. Darah perempuan ni mesti sedap. Sini nak gigit sikit..." Enrique menepis tangan Hezrick sebelum dia melangkah menghampiri Mikayla.

     "Jangan dekat dengan saya hantu tak guna!" Mikayla terus berlari memasuki pintu dapur. Enrique mengejar gadis itu manakala Hezrick terus meluru ke arah bilik stor berhampiran.

     "Kau nak ke mana? Bagi aku semua darah kau perempuan..." Enrique membuat suara menyeramkan. Suka betul mengusik gadis gedik itu.

     Mikayla berlari sehingga ke ruang tamu. Dia berhenti di hadapan televisyen sehingga menganggu penglihatan Herith dan Freddy yang sedang bermain game.

     "Tepilah perempuan! Sikit lagi nak menang ni!" marah Herith. Lehernya dipanjangkan ke kiri dan ke kanan untuk melihat skrin televisyen itu.

     Mata Mikayla membulat besar melihat Enrique yang benar-benar mengejarnya sehingga ke ruang itu. Dia melompat ke atas ruang kosong di tengah-tengah sofa.

     Herith dan Freddy masih seronok bermain game tanpa mengambil peduli tentang Mikayla yang menjerit ketakutan di tengah antara mereka.

     "Sikit lagi! Jangan makan jalan aku anjing! Babi punya Herith main kotor!" jerit Freddy.

     "Diam! Aku tak kira. Aku memang nak menang kali ni!" jerit Herith pula. Kereta yang berada di dalam permainan video berlanggar hebat.

     "Eh apahal kau main tarik-tarik baju aku ni? Kalau dah gersang sangat pergilah kat suami kau, jangan libatkan aku yang tengah sibuk," bebel Herith setelah merasakan hujung bajunya ditarik Mikayla. Matanya masih melekat pada skrin televisyen.

     Mikayla menutup wajah menggunakan bantal kecil. Sesekali dia mengintai Enrique yang menyeringai ke arahnya. Bantal kembali diangkat menutup wajah. Tiba-tiba lampu di ruang tamu itu terpadam. Hanya skrin televisyen cerah terpasang.

     "Yeah! Aku menang sial! Aku menang!" jerit Herith sambil melompat keriangan. Controller miliknya dicampak ke atas meja.

     "Jangan happy sangat, aku bagi chance je tu. Mari main sekali lagi. Biar aku tunjuk siapa yang lebih berkuasa dalam game." Freddy memandang ke arah Mikayla yang duduk di sebelahnya.

     "Dah kenapa dengan kau ni? Kena marah dengan Ricky ke?" soal Freddy sambil menarik bantal yang menutup wajah Mikayla.

     "Hantu!" jerit Herith bersama mata membuntang sambil menunding ke belakang sofa yang menjadi tempat duduk Mikayla dan Freddy.

     Jari itu beralih pula pada pintu utama yang baru ditutup seseorang. Freddy menoleh ke belakang bersama dahi yang berkerut.

     Enrique masih diam berdiri di situ merenung tajam ke arah Herith. Freddy berdiri memandang Enrique. Riak yang cukup hairan ditayangkan. Permainan sial apa pula ni?

     Tidak lama kemudian muncul pula Hezrick bersama tangan kanannya memegang sebatang obor yang telah dinyalakan api menuju ke arah mereka.

     Enrique menoleh ke arah cahaya api yang semakin hampir itu sebelum dia berundur beberapa langkah ke belakang.

     "Kau nak bakar rumah ke?" soal Enrique sambil berundur perlahan-lahan.

     "Kau kejar bini aku sangatkan. Sini aku kejar kau pulak..." kata Hezrick sambil menghampiri Enrique.

     Enrique melepaskan tawa besar sebelum dia berlari ke arah langsir dan berselindung di belakang kain putih itu.

     "Hahahahahahaha!" Kedengaran tawa jahat yang dibuat-buat Enrique memenuhi ruang yang hanya diterangi cahaya televisyen dan obor di tangan Hezrick.

     "Aku pun dracular!" jerit seseorang yang datang dari dapur.

     "Main tak ajak!" kata Herith setelah melihat Ad keluar dari tempat persembunyiannya.

     Wajah lelaki itu juga disolek menjadi pucat. Jelas terlihat seperti dracular.

     "Nak usik Mikayla je sebenarnya tapi tak sangka boleh terusik Ricky sekali hahahahahaha!" jawab Ad sebelum dia tertawa.

     Hezrick mengacah-acahkan api obor itu pada Ad membuatkan lelaki itu terus terdiam sebelum dia berlari ke arah Enrique yang bersembunyi di sebalik langsir.

     "Tch tch tch teruknya budak-budak ni... Nasib baiklah aku waras lagi." Freddy menggeleng kecil.

     "Bagi aku!" Herith merampas obor itu sebelum dia berlari menuju ke arah dua orang lelaki 'dracular'.

     Buk!

     Herith jatuh tersembam kerana tersepak tali yang telah dipasang Enrique dan Ad sebagai perangkap sesiapa sahaja yang mengejar mereka berdua ke situ.

     Obor tercampak tepat di bawah kain langsir. Api mula menyambung pada kain itu.

     "What the hell?" Freddy mengerutkan dahi. Dia orang tu nak bakar rumah betul-betul ke?

     "Arhh panas panas panas!" jerit Ad yang terasa bahang api, dia terus berlari menjauhi ruang itu.

     Loceng amaran kebakaran mula kedengaran. Herith terus bangun menjauhi kawasan itu. Dia, Enrique dan Ad terkena semburan air yang datang dari siling.

     "Mak pesan jangan main api dalam rumah tak nak dengar. Tengoklah sekarang, kan dah terbakar rumah ni. Ayuk tak tahu..." Enrique menjauhkan diri dari api. Dia melihat api yang semakin marak itu membakar kain langsir bersama riak biasa.

     Ternganga besar mulut Mikayla melihat api di dalam rumah. Mereka akan mati di sinikah?

     Hezrick menekan kepala alat pemadam api terus disemburkan pada kain langsir. Debu putih memenuhi ruang tersebut. Muncung alat itu dihalakan pula pada Enrique.

     Enrique memejamkan mata menerima semburan debu itu tanpa ada rasa untuk menghalang. Seronoknya kalau hari-hari macam ni.

     Hezrick mencampak alat pemadam api itu sebelum dia menekan switch on pada butang lampu.

     Ruang tamu itu kembali terang. Terlalu terang kerana satu sudutnya dipenuhi semburan debu bewarna putih dari alat pemadam api termasuklah Enrique yang masih berdiri di situ.

     "Aku nak jadi hantu salji pulak. Sini kau Kayla..." Enrique menyeringai sambil menapak ke hadapan.

     "Oh shit!" carut Mikayla sebelum dia lantas berlari berselindung di belakang Hezrick.

     "Aku pun tak percaya yang dia dah mula mencarut hahaha!" Herith tertawa melihat wajah terkejut abangnya.

     Enrique berhenti melangkah sebelum dia juga melepaskan tawa. Pertama kali mendengar carutan keluar dari bibir Mikayla sepanjang perkenalan mereka itu sungguh menggelikan perut. Kuat benar pengaruh mereka semua kepada gadis itu.

     "Kemas semua ni. Siapa tak buat, tak payah makan piza yang sampai kejap lagi," ugut Hezrick sambil melangkah ke arah televisyen.

     "Tipu. Hari ni kau tak ada call orang lain selain kita orang," kata Enrique bersahaja.

     "Tapi aku dah order guna telefon Herith." Hezrick mengeluarkan telefon bimbit Herith sebelum diangkat separas bahunya.

     "Macam mana girlfriend aku boleh ada dengan kau? Bak sini!" Herith membuka langkah meluru ke arah abangnya.

     "Nak piza ke tak?" soal Hezrick yang cuba memancing lelaki itu. Herith berhenti melangkah lalu mengangguk laju.

     "Kemas semua tu. Telefon ni aku pegang sampai semuanya bersih." Lengan Mikayla terus ditarik beredar dari ruang itu.

     "Kurang ajar betul. Padahal dia yang bangang sangat bawa api masuk rumah! Fred, kau pergi ambil mop sekarang!" Enrique menunjuk ke arah bilik penyimpanan barang.

     "Aku tak ada kaitan langsung dengan hal ni." Freddy menggeleng kecil sambil melabuhkan punggungnya ke atas sofa.

     "Kau tengok kan benda yang jadi tadi? Maksudnya kau pun terlibat! Pergilah ambil, kau bukannya buat apa pun. Tahu nak besarkan bontot je." Enrique menarik kasar lebihan kain langsir.

     "Besarkan bontot kepala otak kau!" Freddy tetap bangun.

     Kak!

     Kayu penyangkut langsir itu patah lalu terjatuh ke bawah. Enrique memijak-mijak geram kayu itu. Sial! Waktu macam nilah dia nak patah!

     "Nama pun ketua, mestilah mulut banyak bergerak daripada otak," omel Herith sambil menyapu debu yang telah bercampur dengan air.

     "Eee! Kaki Enrique kotor!" jerit Herith sambil melihat air di lantai bertukar ke warna coklat keperangan.

     "Habis kau ingat laki bini tu basuh kaki sebelum masuk? Entah-entah dah pijak taik lembu kat belakang rumah." Enrique mula merepek. Bajunya dikibas, debu-debu putih berterbangan lalu jatuh ke lantai.

     "Taik yang ada kat belakang rumah tu bukan taik lembu tapi taik kaulah sial! Hahaha!" Herith melepaskan tawa besar.

     Enrique dan Ad mengerutkan dahi melihat Herith yang tertawa seperti orang gila. Freddy menghela nafas. Serabut kepalanya melayan lelaki-lelaki itu.

     Ting tong!

     Mereka terdiam mendengar loceng rumah.

     Freddy lantas meluru ke pintu. Lima kotak piza yang dipegang lelaki penghantar piza itu dirampas sebelum lengan lelaki itu ditarik masuk ke dalam.

     "Anggap jelah kerja aku dah selesai." Dengan bahagianya Ad mencampak mop ke lantai.

     "Huh?" Lelaki penghantar piza terpinga-pinga melihat mereka bercakap dalam bahasa yang tidak difahaminya. Pandangannya diliarkan ke sekeliling, bersepahnya. Ini rumah ke tempat pembuangan sampah?

     "You should help us to clean all of this fucking shit." Freddy berkata menggunakan nada biasa. Tangannya didepakan menunjuk seluruh ruang yang bersepah itu.

     "Bukan tolong tapi dia je yang perlu bersihkan semua sekali." Enrique menarik senyuman nakal memandang lelaki penghantar piza itu.

     Mereka turut tersenyum nakal seraya mengangguk beberapa kali.

     "Huh?" Lelaki penghantar piza mengerutkan dahi.

     "Kau dah tak ada dialog lain ke bodoh? Bersihkan jelah!" Enrique menolak belakang bahu lelaki yang masih keliru itu tanpa rasa bersalah.

     "Woo jangan kasar-kasar. Biar aku tolong ajarkan dia." Herith menapak menghampiri lelaki itu bersama riak biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience