Bab 71 (Akhir)

Action Series 24670

     Beberapa bulan selepas kematian Mabruce Lee, keselamatan Cynthia Mikayla Mirezz tetap dikawal ketat oleh anak-anak buah Hezrick. Selagi Wilerio Box tidak dihapuskan, gadis itu perlu dijaga sebaik mungkin.

     Musnah semua perniagaan di atas dunia sekiranya Wilerio Box jatuh ke tangan penjahat. Pelbagai kata kunci sistem perniagaan terbesar dunia yang berada di dalam kotak besi itu menjadi rebutan musuh. Beberapa penggodam dunia dipilih untuk menyekat sistem tersebut, salah seorangnya adalah Enrique Scilert.

     "Awak pun terpilih? Hebatnya!" Mikayla teruja mendengar cerita Enrique.

     "Iye, aku dengan kawan aku yang uruskan hal penyekatan sistem tu. Datuk kaulah yang sibuk paksa aku sedangkan dia tahu perangai aku ni jenis yang jarang serius," kata Enrique tenang.

     Mereka sedang menuju ke salah sebuah makmal milik Enrique untuk menunjukkan sesuatu pada Mikayla. Gadis itu perlu tahu perkara sebenar tentang keluarganya di Australia kerana mulut kecil gadis itu tidak berhenti mengajukan pelbagai soalan kepada mereka semua. Mungkin pembawakan budak telah merubah Mikayla menjadi seseorang yang suka bertanya?

     "Tapi apa pulak kena mengena Wilerio Box dengan Mikayla?" soal Herith pula.

     "Kau diam boleh tak? Nak pergi tunjuklah ni." Hezrick menjeling tajam wajah Herith.

     "Tanya pun salah, tak tanya nanti cakap orang bodoh pulak." Herith mengomel.

     Hezrick meletakkan tapak tangannya pada alat pengimbas. Pintu besi itu terbuka. Sepasang mata Mikayla membulat besar melihat ruang luas bewarna hitam di hadapannya. Hezrick terus menarik lengan Mikayla masuk ke dalam.

     "Berdiri kat sini," arah Hezrick pada isterinya sebelum dia meluru ke arah almari, tangannya mencapai sesuatu.

     Dalam pada masa yang sama, Enrique mengeluarkan Wilerio Box dari sebuah peti besi lalu diletaknya ke atas meja hadapan tempat Mikayla berdiri.

     "Sakit sikit je..." Hezrick menyelak lengan isterinya.

     "Eh apa yang abang nak buat ni?" 

     "Dia nak gigit untuk keluarkan semua darah kau." Enrique menjawab bagi pihak Hezrick. Mikayla membulatkan mata, kenapa pula?

     "Jangan percaya. Abang nak ambik sikit je darah sayang." Hezrick memegang lengan isterinya.

     "Tapi... Auw!" Mikayla menjerit kecil merasakan lengannya dicucuk jarum.

     Darah menitik tepat di atas lambang pada bahagian permukaan Wilerio Box. Lambang itu mengeluarkan cahaya bewarna biru sebelum kunci kotak tersebut terbuka.

     "Aku fikir darah dia yang warna biru." Herith mula membuka mulut setelah lama dia memerhati.

     "Manalah ada manusia original berdarah biru, otak kau ni betul ke tak?" Enrique mengusap lembut kepala Herith.

     "Hari tu kau cakap DNA dia warna biru. Otak siapa yang tak betul sekarang?"

     "DNA dia jenis biru. Bukan darah yang warna biru. Bermasalah betul bawak kau ni, banyak tanya benda mengarut. Sama je macam perempuan ni." Hezrick menunding tepat pada wajah Mikayla. Mikayla menggigit jari telunjuk lelaki itu.

     "Argh! Sakit sayang!" Hezrick mengerang kesakitan.

     Mikayla melepaskan jari telunjuk lelaki itu. Wajah Hezrick dijeling tajam. Perutnya yang membuncit diusap lembut, nakal sungguh anaknya pada hari ini, asyik menendang saja, pinggangnya pula terasa sakit.

     Pintu bilik itu ditolak dari luar. Muncullah Freddy yang melangkah masuk bersama riak biasa.

     "Kenapa tak ada yang kejut aku? Aku bangun tadi semua dah hilang. Ingatkan dah kena culik," kata Freddy bersahaja.

     "Ricky cakap kau tak penting, sebab tu kita orang tak kejut. Lagipun kau kan selalu buat masalah dalam family kita, jadi apa-apa nanti susah," jawab Herith.

     "Yang bermasalah tu kau, bukan dia." Lagi sekali Hezrick menyalahkan Herith membuatkan lelaki itu terdiam. Malas hendak membalas risau nanti terkena lagi.

     "Sebenarnya, apa yang ada dalam ni sayang tak perlu tahu pun sebab tak penting. Kerja sayang hanyalah melahirkan anak-anak abang..." Hezrick mengeluarkan beberapa jenis barang yang berada di dalam Wilerio Box itu, kelihatan seperti beberapa jenis microchip dan pendrive serta sebuah buku nota. 

     "Eee gatal. Anak tak lahir lagi pun dah mengamuk sebab tak boleh tidur malam. Ada hati nak anak ramai." Freddy mula membuka cerita tentang apa yang telah terjadi malam semalam.

     "Perempuan lain yang mengandung tak ada pun setiap malam ganggu suami tidur. Kayla ni sengaja nak cari pasal dengan aku. Sejak mengandung dia suka ajak aku bergaduh sebab hal remeh. Kau tak ada bini lagi bolehlah cakap macam-macam." Hezrick menghela nafas kecil.

     "Mana ada saya cari pasal dengan awak." Mikayla cuba menafikannya.

     "Tak ada apa laginya? Selipar sayang jatuh dalam longkang kecik kat belakang rumah tapi sayang marah abang dah macam selipar tu jatuh dalam sungai, masalah besar ke tu?" Kisah beberapa hari lepas pula diungkit Hezrick.

     "Memanglah besar, selipar kesayangan saya tu. Habis kotor abang buat." Mikayla menjeling wajah suaminya.

     "Teruknya... Tak jadilah nak kahwin kalau macam ni." Freddy menggeleng kecil ke arah Enrique. Perancangannya untuk bernikah pada tahun hadapan patut dibatalkan sahaja.

     "Jangan berhenti untuk mencuba. Mari kita ambik risiko berbahaya ni bersama-sama." Enrique menepuk belakang bahu Freddy beberapa kali. Freddy hanya menghela nafas kecil.

     "Untuk apa ni?" Mikayla menunding ke arah pendrive berwarna emas. Riak dikawal, tendangan kecil anaknya semakin kuat pula terasa.

     "Perisian sistem kewangan syarikat seluruh dunia. Benda inilah yang musuh nak sangat tu. Sesiapa yang pegang boleh mengawal kemasukan dan pengeluaran duit. Kalau jatuh kat tangan orang tamak, habislah bankcrupt semua." Hezrick kembali menyimpan pendrive itu ke dalam Wilerio Box.

     "Soalan aku, apa kaitan Kayla dengan Wilerio Box?" soal Herith buat kali yang kedua kerana soalannya tadi masih tidak dijawab sesiapa. Sedih betul jadi orang yang tidak penting.

     "Wilerio Box dah lama wujud. Sejak zaman keturunan moyang-moyang kita lagi. Moyang Kayla bukan calang-calang orang, dia guna DNA jenis biru iaitu DNA dia sendiri untuk buka kotak besi ni sebab waktu tu cara ni yang paling selamat untuk jaga isi kandungan." Hezrick memulakan penceritaannya kepada mereka yang berada di situ.

     "Semua bergantung pada darah keturunan, dan Kayla adalah satu-satunya perempuan dalam keluarga Mirezz yang mempunyai DNA sama seperti arwah Encik Mikyle. Bila ditanya semua ayah dan mak sedara Kayla, mereka tak sanggup untuk ambik risiko jaga seorang budak perempuan yang dikehendaki musuh keluarga mereka." Hezrick menyambung dengan tenang.

     Mereka mengangguk tanda mengerti kecuali Herith yang masih mengerutkan dahi merenung Wilerio Box di atas meja itu.

     "Aku tak faham. Kenapa mesti Kayla? Kalau dia mati nanti, kotak besi ni tak boleh bukalah?" soal Herith yang masih tidak jelas dengan penerangan itu.

     "Kau pekak ke? Aku cakap keturunan, keturunan! Mana aku tahu apa yang moyang Kayla buat sampai DNA jenis biru tu boleh wujud dalam dunia ni. Mungkin darah dia orang berpenyakit, siapa tahu kan?" Hezrick memandang isterinya. 

     "Banyak betul cakap si daddy to be ni. Anak kau memang nak keluar minggu depan ke? Apa kata kita paksa dia keluar hari ni," ujar Herith sambil merenung perut buncit Mikayla. Dari tadi lagi dia melihat kakak iparnya itu seperti tidak senang duduk.

     "Saya rasa dia memang nak keluar hari ni..." Mikayla cuak memandang bawah, air ketubannya telah pecah!

     "Ya Allah! Kenapalah dia tak ada bagi tanda-tanda nak beranak?" soal Hezrick sambil mencempung tubuh isterinya. 

     "Tahniah bro, kalau kau tak tegur tadi, mesti baby tak ada rasa nak keluar lagi." Freddy menepuk lembut belakang bahu Herith sebelum dia melangkah pergi.

     "Yes! Mangsa buli baru dah nak keluar." Herith tersenyum bahagia memandang Enrique yang berdiri di sebelahnya.

     "Budak tu lelaki kan? Aku nak didik dia jadi monyetlah. Boleh panjat semua dinding, bumbung, almari dan paling penting pokok besar belakang rumah. Bila dah besar sikit nanti, aku nak bagi dia alat ciptaan baru untuk musnahkan dunia ni. Aku dengan dia akan takluk dunia." Enrique tersenyum jahat memikirkan rancangan bodoh dan tidak masuk akal itu.

     "Tapi nampak macam perempuan sebab sepanjang Kayla mengandung, dia banyak karenah. Perempuankan complicated?"

     "Habislah kalau perempuan." Enrique menepuk dahinya.

     "Kenapa muka kau nampak macam kecewa? Kau tak suka ke?"

     "Aku risau terjatuh hati dengan anak Ricky nanti. Kau bayangkan muka comel Kayla bercampur dengan muka kacak Ricky, mesti anak dia comel nak mampus! Lagi-lagi kalau perangai anak dia tu annoying, pergh! Memang milik aku seoranglah..." ujar Enrique bersama riak beria.

     "Muka kau macam babun, ada hati nak memilih rupa, pergi matilah." Herith menarik riak menyampah.

     "Rupa nombor paling last  sebab aku lebih suka perempuan yang annoying, banyak makan, banyak tidur, pemalas, bodoh dan sombong, yang paling penting, cuba kau teka?" Enrique menjongketkan keningnya beberapa kali bersama senyuman lebar.

     "Ermm cantik?"

     "Salah. Yang paling penting dia gila. Aku nak anak-anak aku ikut perangai aku, biar tak mudah orang pijak kepala dia nanti." Senyuman jahat terukir di bibir Enrique.

     "Hancurlah dunia." Herith meraup wajahnya mendengar perancangan gila lelaki itu. Gila sungguh!

     "Yeah jom pergi jumpa bakal isteri aku kat hospital!" Leher Herith dipeluk sebelum tubuh lelaki itu ditarik keluar dari bilik. 

*****

     Bayi kecil itu dihulurkan pada Mikayla setelah selesai diazankan. Kepala isterinya diusap lalu dicium lama. Dia bersyukur proses bersalin berjalan dengan lancar.

     "Terima kasih sayang." Raut wajahnya mempamerkan perasaan bahagia yang tidak terhingga. Macam tidak percaya kini dia telah menjadi seorang bapa.

     "Sama-sama. Abang janji tau jaga anak kita ni baik-baik?" 

     "Mestilah... Abang akan buat apa saja untuk dia..."

     Pintu bilik yang menempatkan Mikayla diterjah. Dua orang lelaki melangkah masuk ke dalam. Masing-masing teruja ingin melihat ahli baru keluarga mereka.

     "Yeay perempuan. Bila dia dah besar nanti aku nak kahwin dengan dia tau." Enrique berkata sambil memandang raut comel bayi itu.

     "Huh? Anak aku lelakilah. Kalau dia perempuan pun aku takkan terima orang gila jadi menantu aku." Hezrick menggeleng kecil.

     "Lelaki?! Bagus jugak tu. Beri aku peluang untuk didik dia menjadi lelaki sejati. Aku tak naklah dia jadi lemah macam kau. Hancur masa depan dia nanti." Enrique masih ingin menunjukkan dia seorang yang berguna.

     "Kau buatlah anak sendiri. Jangan ganggu hidup anak aku. Terseksa pembesaran dia nanti." Hezrick menepis tangan Enrique yang ingin menyentuh anaknya.

     "Kayla, anak kita ni kan? Muka dia comel-comel dan garang macam akulah. Hidung dan bibir fuh sama..." Enrique meraba-raba hidung dan bibirnya sebelum dia menyentuh hidung dan bibir bayi lelaki itu.

     "Janganlah kasar-kasar!" Hezrick mengawal nada suaranya agar tidak kedengaran terlalu kuat.

     Enrique mengukir senyuman jahat. Tangannya memicit hidung bayi itu lama membuatkan Hezrick terus berdiri lalu menolak kasar tubuh Enrique. Enrique terundur beberapa langkah bersama tawa jahatnya.

     "Baru lahir hari ni, dah kena macam-macam. Aku tak tahulah apa yang akan jadi dua tiga tahun lagi." Hezrick menghela nafas panjang.

     "Jadi monyet, dia cakap nak ajar anak kau panjat dinding." Laju saja Herith mencelah.

     "Tu bukan monyet tapi cicak. Bodoh apa panjat dinding? Kau fikir tangan anak Ricky ada gam ke?" sampuk Freddy yang baru tiba di situ.

     "Gam tu aku letaklah nanti," jawab Enrique perlahan.

     "Mengarut. Saya takkan benarkan dan saya nak berehat, boleh keluar tak?" Mikayla memandang Hezrick meminta simpati daripada lelaki itu.   

     "Okey sila keluar semua." Hezrick menunjuk pintu keluar.

     Kedengaran suara Puan Qamaria memberi salam.

     "Assalamualaikum..." Puan Qamaria menolak kerusi roda Encik Anuar masuk ke dalam ruang bilik itu.

     "Wa'alaikumusalam eh mak! Jemput tengok anak Enrique ni mak." Enrique bersalam dengan Puan Qamaria sebelum dia menunjuk bayi yang berada di tangan Mikayla.

     Pak!

     Lengannya dipukul Puan Qamaria. Budak seorang ni tahu bercakap bohong saja, nasib baiklah sudah mengenali perangai masing-masing. Tidaklah dia ditipu hidup-hidup oleh lelaki itu.

     "Adui kenapa pukul Enrique nya mak? Sakitlah, ayah tengok mak ni..." Enrique bersalam dengan Encik Anuar pula.

     Hezrick menggeleng kecil. Kesian dia kurang kasih sayang.

     "Memang patut pun ibu pukul kamu, degil sangat," kata Encik Anuar bersahaja. 

     Enrique mencebik, tak membantu langsung.

*****

     Pintu tandas diketuk beberapa kali. Rasa risau pula dengan isterinya yang masih tidak keluar. Lama sungguh gadis itu mandi, bunyi air di singki masih mengalir.

     "Sayang? Lamanya, okey tak tu?" Hezrick menekap telinga kanannya pada pintu tandas.

     "Hmmph..." Bunyi sahutan Mikayla membuatkan jantung Hezrick berdebar-debar.

     "Kenapa sayang? Ada masalah ke? Sayang jatuh ke?"

     Gadis itu sudah tidak menyahut membuatkan Hezrick terus membuka kunci pintu, kunci itu telah lama dipegangnya.

     Mikayla yang sedang berdiri menghadap cermin tandas sambil menggosok gigi dipandang hairan. Tubuh Mikayla yang hanya dilapisi kain batik kelihatan begitu seksi membuat Hezrick berdiri kaku di situ merenung tubuh isterinya. Mikayla menoleh ke arah suaminya sekilas sebelum dia berkumur.

     "Kenapa abang? Saya gosok gigi tadi sebab tu saya jawab macam tu. Abang okey? Kenapa berpeluh-peluh ni? Baby menangis ke?" Mikayla menghampiri Hezrick.

     "Tak, ab... abang cuma risaukan sayang lama dekat dalam tandas," jawab Hezrick tergagap-gagap.

     "Macam pelik je abang ni..." Mikayla mengerutkan dahi, tangannya beralih pula pada pipi lelaki itu lalu dicubit dan ditariknya.

     "Saya mandilah, nak risau apanya, hm?"

     Meremang bulu romanya mendengar suara menggoda Mikayla. Anak mata isterinya direnung dalam-dalam.

     "Malam ni kita tidur berdua, Herith dengan Enrique jaga baby." Tanpa menunggu balasan, tubuh Mikayla terus dicempung. Tubuh itu diletakkan ke atas katil, selimut mereka ditarik.

     "Eh tak apa ke? Kalau menangis malam-malam macam mana? Dia orang tu bukannya pandai jaga baby pun..." Mikayla mula risau.

     "Pandai-pandailah dia nanti. Dua orang tu dah besar. Lagipun Enrique tak tidur malam. Mesti ada je idea lelaki tu nanti nak diamkan baby..." Hezrick tersenyum kecil. Kepala Mikayla diusap lembut. 

     "Hari ni malam pertama kita selepas sayang berpantang, boleh kan?" Hezrick mengangkat keningnya.

     "Kenapa tak boleh pula? I'm yours, right?" Bersama senyuman nakal, dia bangun lalu terus merangkul leher Hezrick.

     "Abang..." Mata mereka bersambung tepat.

     "Hm?" 

     "Lepas ni Kayla boleh sambung buli abang macam dulu, kan?"

     "Buatlah apa-apa pun sayang. Abang terima dengan hati yang terbuka. Asalkan sayang sentiasa ada di sisi abang. Abang akan bahagiakan keluarga ni semampu abang..." Hezrick tersenyum manis memandang isterinya.

     Mereka akan melalui pahit manis ini bersama sehingga akhir hayat. Dia akan menjaga keluarganya walaupun memerlukan pengorbanan yang besar.

     "You're mine and I'm never let you go," bisik Hezrick di cuping telinga Mikayla. Mikayla tersenyum bahagia, pelukan mereka dieratkan. Terima kasih abang!

-TAMAT-

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kamu semua yang sudi membaca dan mengundi cerita I'm Yours ini! Maaf di atas salah silap saya yang mungkin membuat pembaca tersinggung. Semoga semua dikurniakan kesihatan yang baik. Stay safe guys!

Jangan lupa baca special chapter!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience