Bab 1

Action Series 24641

     Tiga orang lelaki berpakaian serba hitam melangkah keluar daripada kereta jenis Mercedes-Benz bewarna purple metallic dengan penuh bergaya. Dua orang daripada mereka masing-masing memasukkan kedua-dua belah tangan ke dalam kocek seluar manakala ketua mereka yang berjalan di tengah memusing-musingkan kunci kereta meluru ke arah musuh.

     Dengan beraninya si ketua berdiri betul-betul di hadapan musuh yang sedang menunggu kehadiran mereka bertiga. Wajah yang cukup sinis terpamer setelah melihat bilangan anak-anak buah musuhnya yang ramai. Pengecut ? Ya itulah yang bermain di fikirannya ketika ini. Dialah Hezrick Xizel, seorang lelaki berdarah kacukan British dan Sepanyol.

     Seorang lelaki yang tiada rasa takut di dalam diri. Seorang lelaki yang dingin terhadap wanita, kecuali pada seorang wanita yang telah melahirkannya dan juga seorang gadis yang telah mencuit sekeping hati kerasnya.

     Seorang waris kumpulan mafia The Demonio Dentro. Berumur 23 tahun sudah memiliki segala-galanya oleh kerana keberanian dan kecekapan yang ada dalam dirinya, Master Herros Xizel iaitu ayahnya sendiri memberi kepercayaan yang sangat tinggi untuk Hezrick dalam menguruskan The Demonio Dentro.

     Hezrick atau lebih dikenali sebagai Ricky tersenyum sinis dengan tangan yang mula dimasukkan dalam kocek seluar hitamnya. Musuh yang berhadapan dengannya ketika ini memang menempah tiket ke neraka!

     "Budak-budak aku dah bagi amaran, tapi kau buat keras pulak ye?" Kata Hezrick bernada sinis. 

     "Aku tak kacau kawasan kau," Mariqe menggeleng kecil bersama riak wajah kosong seperti tidak melakukan sebarang kesalahan.

     Hezrick tergelak kecil, kepalanya digeleng-gelengkan beberapa kali. Dia mengarahkan Enrique mengambil laptop bagi menunjukkan bukti kepada Mariqe.

     Skrin laptop itu memaparkan beberapa kawasan Hezrick yang bertanda merah kerana telah dicerobohi musuh dan juga informasi yang details tentang kumpulan Mariqe.

     "Sebenarnya, ni kawasan aku. Tempat aku jual dadah, kenapa kau bodoh sangat masuk dalam kawasan orang, eak? Kau bernasib baik sebab aku ni bagus, jenis dengar cakap boss. Kalau tak, dah lama aku shoot kepala bujur kau ni." Bebel Enrique panjang lebar.

     "Dunia akan kiamat kalau kau dengar cakap Ricky, bro..." Sampuk Freddy bersahaja. Enrique Scilert patuh arahan boss? Boleh pergi matilah. Hezrick meletakkan jari telunjuk pada bibirnya menyuruh lelaki-lelaki kacak itu diam. 

     Mariqe melihat peta kawasan itu dengan wajah yang tenang. Dia sedar bahawa dia tidak boleh memanipulasikan keadaan kerana Hezrick hanya boleh diajak berunding, bukan dibawa main.

     Setelah sekian lama Hezrick menunggu, dia mula merenggangkan otot-ototnya dan bersedia untuk berlawan. Wajah Mariqe bertukar menjadi cuak dan pucat, ya dia mengaku bahawa dia takut dengan lelaki muda yang jauh lebih berkuasa daripadanya ini.

     "Okay I won't let it happen again next time, deal?" Ujar Mariqe sambil menghulurkan tangan kanan untuk bersalam.

     Hezrick menyambut huluran salam itu tanpa segaris senyuman di bibir. Dia masih dengan prinsipnya 'Jika boleh bincang, berbincanglah habis-habisan tanpa menitiskan darah.' Dia berlalu memasuki perut kereta dibontoti Freddy dan Enrique. Perbincangan mereka diselesaikan dengan cara yang teramat mudah!

     Hezrick mengerling tajam wajah Enrique melalui cermin yang menghala ke bahagian penumpang belakang, lelaki itu menayangkan wajah yang tenang sahaja bermain telefon bimbit tanpa menghiraukan Hezrick yang sedang merenungnya.

     "Ada apa-apa nak cerita pada aku, Enrique Scilert?" Soal Hezrick bernada tenang.

     Dia dapat membaca wajah tenang Enrique, pasti ada sesuatu yang berlaku. Lelaki itu sangat bijak menyembunyikan sesuatu perkara daripada pengetahuannya tetapi dalam jangka masa yang sementara sahaja.

     "Tak ada," jawab Enrique pendek tanpa memandang Hezrick. Tangannya ligat menaip sesuatu pada skrin telefon bimbitnya.

     "Are you sure?" Soal Hezrick meminta kepastian. Freddy di sebelah hanya diam mendengar.

     "Yeah, pretty sure," jawab Enrique dengan riak wajah biasa, penuh keyakinan.

     Secara tiba-tiba, Enrique memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia keluar daripada perut kereta lalu membuka pintu penumpang belakang. Bahu lelaki itu ditarik kasar sebelum tubuh itu ditolak bersandar pada sisi kereta. Hezrick mencekak kolar leher Enrique.

     Freddy keluar daripada kereta bersama senyuman nipis, sudah lama rasanya tidak melihat drama seperti ini. Jarang-jarang sekali Hezrick mengamuk.

     "What is wrong with you, dude?" Soal Enrique dengan wajah bengang.

     "Kau cerita perkara sebenar pada aku sekarang!" Tengking Hezrick dengan kuat. 

     Melihat wajah Enrique seperti tidak takut padanya membuatkan kesabaran kian menghilang. Anak mata bewarna biru gelap itu direnung tajam, sangat tajam, setajam mata pedang samurai!

     Nasib saja tidak banyak kereta yang melalui kawasan itu, jika tidak, pasti kes ini akan terpampang di dada akhbar bertajuk 'Ahli Perniagaan Terkemuka Dunia Bergaduh Dengan Sahabat Baiknya Di Tempat Awam.'

     "Okay... okay aku cerita, lepas dulu," jawab Enrique sambil menolak-nolak tangan Hezrick. Cepat betul lelaki ini tahu tentang perkembangannya.

     "Kau lari, sumpah aku tembak kau," ugut Hezrick sebelum kolar leher Enrique dilepas kasar.

     "Ugutan lapuk, aku tak takut mati," kata Enrique sambil membetulkan kolar lehernya supaya kelihatan kacak seperti selalu, fuh.

     "Cerita pada aku sekarang!" Hezrick tidak mahu membuang masa lagi, dia perlu mendengar penerangan daripada mulut si celaka di hadapannya ini.

     "Aku rompak bank," jawab Enrique, dia begitu berani membalas renungan berapi Hezrick.

     "Teruskan," Hezrick menyilangkan tangan di dadanya menunggu jawapan Enrique.

     "Cepatlah!" Jerkah Hezrick, lelaki ini guna cara halus tak jalan, perlu guna cara kasar juga.

     "Aku rompak bank negara Itali, tapi sumpah aku ambik sikit je, secoet je." Jawab Enrique dengan riak wajah yang tidak bersalah menunjukkan ibu jarinya bersatu dengan jari telunjuk di hadapan wajah Hezrick.

     Hezrick menghela nafas panjang, mamat ni buat apa dengan duit banyak-banyak? Bukannya ada anak bini pun. Duit bertimbun tapi tidak kemana-mana, nak kata yang dia selalu travel ke serata dunia pun tidak juga. Entah duit yang dia dapat disalurkan ke mana, Hezrick sendiri pun pening kepala memikirkan perangai tak sudah sahabatnya yang seorang ini.

     "Aku dah bagi amaran tapi kau tak nak dengar, kau memang cari nahas." Kata Hezrick dengan nada suara yang dikawal supaya tidak kedengaran terlalu tinggi sebelum dia membuka langkah memasuki kereta.

     "Entah, aku rasa biasa je," Enrique hanya menayangkan riak kosong.

     "Biasa kepala otak kaulah, kalau dia geram sangat dia sendiri pergi hantar kau masuk penjara yang terkejam dalam dunia tu, biar kau rasa." Kata Freddy sinis, kakinya dilangkah memasuki kereta.

     "Semak betullah dua ekor babi hutan bangang ni..." Omel Enrique bengang.

     Pin!

     Bunyi hon kereta menyentakkan Enrique, dia segera memasuki perut kereta Hezrick. Pipi kanannya disentuh, hampir saja ditumbuk sebentar tadi. Seumur hidupnya 23 tahun, tidak pernah lagi rasa ditumbuk seseorang.

     Sedang Freddy sibuk memasak ayam di dapur, Enrique menyusun kerusi secara memanjang membolehkan dirinya baring. Perutnya terasa lapar, duduk seorang di depan televisyen tak berbaloi kerana sunyi sepi seperti tiada penghuni. 

     Rumah besar bak istana raja tetapi hanya mereka berempat sahaja yang tinggal di situ. Enrique pula jenis lelaki yang tidak boleh bersendirian. Katanya, dia akan menjadi gila dan terencat jika tiada gang-gangnya yang lain.

      "Mana Herith?" Soal Freddy tanpa menoleh ke arah Enrique. Tangannya membalik-balikkan isi ayam di dalam kuali pan

     "Dah mati masuk neraka," jawab Enrique tanpa nada, tubuhnya direbahkan di atas kerusi yang tersusun kemas.

     "Oh kesian," kata Freddy perlahan. 

     Di dalam rumah itu, dia dan Enrique bukan beragama Islam. Setiap minggu mereka berdua mendengar ajaran ustaz yang diupah Hezrick berkenaan tentang agama Islam membuatkan mereka tahu serba sedikit tentang agama suci ini. Untuk membuat pertukaran agama? Do'akan yang baik-baik sahaja.

     "Tak pergi kerja malam ni?" Soal Hezrick yang sedang membancuh air. Ketua mafia bancuh air? Hot tu lain macam sikit.

     "Rehatlah kat rumah. Manusia bangang je pergi kelab masa polis tengah buat operasi," jawab Enrique yang mula memejamkan matanya.

     "Bah!" Sergah seseorang di tingkap dapur.

     Hezrick langsung tidak terkejut kerana dari awal lagi dia sudah nampak bayangan seorang lelaki di situ manakala Freddy terperanjat sehingga terlepas pemegang kuali pan yang terisi ayam bakar ingin dibawa ke meja untuk dihidang.

     "Serabutlah aku dengan si bodoh ni," ujar Freddy bernada bengang. 

     Orang tengah buat kerja, dia main sergah-sergah pula. Tangannya menolak-nolak dua keping isi ayam yang hampir keluar daripada kuali pan di atas lantai.

     "Auch! Panas-panas..." Berkerut-kerut dahi Freddy menahan panas di tangan.

     "Hahaha kau fikir tangan kau tu kebal ke?" Kata Herith bernada perlian.

     "Kebal lah ni, kau je yang tak tahu sebab kau bodoh dan lembab! Buat apa kat belakang rumah malam-malam ni? Gila ke?" Soal Freddy sambil berdiri.

     "Hisap dadah je sikit tadi, kenapa?" Soal Herith kembali. 

     "Ricky, kau ajar sikit adik kau ni..." Freddy mula bengang dengan perangai Herith yang tidak pernah serious dalam perbualan. 

    "Dia dah bijak, nak ajar apa lagi?" Jawab Hezrick tanpa nada dan tanpa menoleh ke arah mereka. 

     "Biar aku tunjuk macam mana orang bijak buat kerja," Herith berdiri betul-betul di hujung kaki Enrique yang masih memejamkan mata sejak dari tadi. Kiraan jari dibuat, satu... dua... tiga...

     Kedua-dua belah kaki Enrique ditarik kuat sehingga lelaki itu jatuh di atas lantai seperti nangka busuk.

     Buk!

     "Argh! Sakitlah bodoh!" Dahi Enrique bekerut, kedua-dua belah tangannya memegang pinggul yang terasa sakit.

     "Kejar aku. Kalau kau tak dapat, bagi wain yang paling mahal sebagai hadiah pemen... argh!" Kepala Herith diketuk kuat oleh Hezrick.

     "Kau apahal Ricky?!" Soalnya sambil menggosok-gosok kepalanya yang sakit.

     "Sejak bila kau minum arak? Bodoh ke bangang kau ni?"

     "Aku tak minum, aku nak jual balik kat kawan-kawan aku dengan harga dua kali ganda lebih mahal. Nak berniaga kena ada otak yang bijak macam aku ni, bro." Herith menjongketkan keningnya beberapa kali bersama senyuman lebar. 

     "Hancur business kalau kau campur tangan," celah Freddy yang sudah mula melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

     "Argh! Aku dah nyawa-nyawa ikan ni!" Jerit Enrique dengan kuat meminta perhatian mereka semua yang berada di ruang itu.

     Dia bersakit-sakit di bawah, boleh pula mereka berbual tanpa ada rasa untuk menolongnya bangun? 

     "Ek eleh dia ni, sakit sikit je kecoh macam kena masuk ward pulak," omel Herith perlahan.

     "Lantak akulah, kau jangan sibuk cetan." Enrique menjulingkan bebola matanya ke atas tanda menyampah.

Herith mencebik manakala Freddy yang baik hati bertindak memapah Enrique kembali duduk di atas kerusi. Hezrick pula hanya menjadi penonton sambil mengunyah lobak merah. Beginilah kehidupan mereka setiap hari, ada saja yang hendak dibahaskan walaupun sesuatu perkara itu langsung tidak penting.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience