Bab 11

Action Series 24641

     Sepasang mata bewarna oren becorak kekuningan itu hanya memerhati gadis kesayangannya yang sedang sibuk melakukan tugasan bekerja di cafe. Sudah menjadi rutin hariannya melepak di situ demi menjaga keselamatan Mikayla dan juga sengaja ingin mendekatkan diri dengan gadis itu agar gadis itu sudah tidak rasa terabai seperti dahulu.

     Lelaki itu elok duduk di meja sudut hujung cafe setelah beberapa kali ditegur Mikayla bahawa gadis itu tidak selesa apabila Hezrick terlalu rapat dengannya, risau jika Kak Dila marah.

     Enrique melangkah masuk ke dalam kafe bersama senyuman sinis, kakinya terus dihayunkan ke arah Mikayla yang sedang menyusun pelbagai jenis perisa kek di atas rak. Hezrick melepaskan keluhan kasar, rambutnya diraup ke belakang melihat kehadiran syaitan yang sering membuat bala.

     "Hey sexy girl." Enrique menayangkan senyuman machonya pada Mikayla.

     Mikayla mengerutkan dahi melihat lelaki berwajah seperti bukan orang melayu itu menegurnya dengan panggilan yang agak aneh. Macam dia pernah jumpa lelaki ini, tetapi di mana ya? Dan apabila dia menoleh ke arah Hezrick yang sedang merenungnya dengan renungan yang tajam, baru teringat lelaki di hadapannya ini adalah Mikhail.

     Wajahnya dipalingkan ke tepi, rasa takut mula singgah di dalam diri apabila teringatkan kata-kata lelaki itu yang menginginkannya menjadi hamba nafsu. Enrique sengaja memutarkan bebola matanya ke arah wajah Hezrick yang nampak tidak berpuas hati melihat kehadirannya di situ.

     Tangannya dinaikkan sebelum kepala Mikayla diusap perlahan, wajah nakal dipamerkan. Sesekali dia menoleh ke arah Hezrick bagi melihat tindak balas lelaki itu. Mikayla mula menjauhkan jarak, kepalanya ditunduk menandakan yang dia takut dengan lelaki ini.

     "Ricky bagi you makan apa sampai dengan I yang manusia tulen ni pun you takut?" Enrique tersengih melihat wajah merah gadis itu.

     "Tak... ttak..." Mikayla tergagap-gagap, semakin dia jauhkan jarak kedudukan mereka semakin dekat pula lelaki itu menghampirinya.

     "Sebelum aku lempang muka kau yang nampak macam jamban buruk tu, lebih baik kau datang sini!" Jerit Hezrick dengan nada yang tidak berpuas hati. Sakit matanya melihat wajah Mikayla yang jelas ketakutan.

     "Relaxlah Ricky, aku nak try perempuan ni," jawab Enrique tanpa menoleh ke arah Hezrick. Sepasang mata birunya masih merenung wajah manis Mikayla.

     Hezrick tidak banyak kata, dia terus bangun meluru ke arah Enrique sebelum lengan lelaki itu ditarik kasar.

     "Alar, aku nak buat pesanan makan dengan perempuan cantik tu la..." Kata Enrique namun kakinya tetap dihayunkan mengekori langkah Hezrick.

     "Kau nak order apa? Biar aku yang pesankan," Hezrick dengan rela hati mempelawa dirinya.

     "Aku nak semua jenis menu yang ada dalam kafe ni sebab hari ni adalah hari aku makan banyak, semua kau belanja." Enrique meletakkan kedua-dua belah kaki ke atas kerusi hadapannya.

     Hezrick menjeling wajah lelaki gila itu sebelum dia melangkah meluru ke arah Mikayla yang masih dengan kerjanya.

     Kaki dihayunkan ke arah kaunter, matanya diliarkan ke sekeliling bagi melihat pelanggan pada petang itu. Pandangannya tertancap pada suatu sudut yang mempunyai dua orang pelanggan sedang duduk bergurau senda sehingga bertepuk tampar sambil menjamu selera.

     "Kayla, tu bukannya Hezrick ke?" Soal Amira dengan dahi yang berkerut.

     "Ya, kenapa awak datang ni?"

     "Saya nak teman awak tapi tak tahu pulak dah ada yang temankan, siapa sebelah Hezrick tu?" Soal Amira lagi.

     "Mikhail, kawan Ricky." Jawab Mikayla tanpa sedar yang dia telah terlanjur menyebut nama panggilan lelaki itu di hadapan Amira.

     Sengaja dia tidak menceritakan pada Amira bahawa lelaki itu adalah lelaki yang sama pada masa silamnya. Risau sekiranya Amira bertindak yang bukan-bukan terhadap Hezrick, tetapi sampai bila dia harus menyembunyikan identiti Hezrick daripada pengetahuan rakan baiknya yang seorang ini?

     "Kenapa awak sebut nama lelaki tak guna tu?" Soal Amira, rasa ragu-ragu mula singgah di dalam dirinya.

     "Saya tersalah sebut, maaf awak." Jujur Mikayla.

     "Awak masih teringatkan dia ya Kayla? Hezrick dah ada depan mata tu. Hargailah dia sikit..." Kata Amira tanpa sebarang syak wasangka terhadap Mikayla.

     Mikayla tidak tahu hendak membalas apa, dia hanya mampu tersenyum nipis. Jika Amira tahu tentang Hezrick pasti dia akan menghalau lelaki itu menggunakan batang penyapu setiap kali lelaki itu datang ke sini.

     Kepalanya yang tiba-tiba terasa sakit dipegang, suara Amira yang sedang mengajukan soalan kepadanya kedengaran tenggelam timbul saja.

     "Mikayla!"

     Jeritan terakhir dari Hezrick yang dia dengar sebelum semuanya menjadi gelap. Pantas Hezrick menyambut tubuh kecil yang hampir jatuh ke lantai itu.

     Tubuh kecil itu dicempung Hezrick keluar dari kafe lalu terus menuju ke arah kereta mewahnya. Naluri hatinya kuat mengatakan bahawa Mikayla pengsan mempunyai kaitan dengan tanda yang telah dia lakukan pada paha kanan gadis itu.

     Langkah Amira terhenti apabila melihat sebuah kereta sport bewarna purple metallic. Seperti dia kenal dengan kereta ini, tangannya meraba-raba beg tangan untuk mencari telefon bimbit. Gambar sebuah kereta yang diambilnya minggu lepas diteliti sebaik mungkin. Sama!

     Enrique memasuki perut kereta itu tanpa sedar yang Amira sedang merenung tajam ke arahnya. Dengan perasaan geram, dia meluru ke arah pintu pemandu, dia menahan pintu itu dari terus ditutup Enrique.

     "What do you want, dear? I kacak sangat ya hari ni?" Soal Enrique bersama senyuman mautnya. Sebaris gigi putih bersih miliknya ditayangkan pada gadis itu.

     "You yang rempuh kereta I minggu lepas?!" Sembur Amira dengan penuh keberanian. Enrique kembali keluar dari perut kereta, bebola matanya diputarkan ke arah kereta mewah milik gadis itu.

     "Masa bila pulak I langgar kereta you? Otak you sihat ke tak ni?" Enrique masih menayangkan wajah yang tidak bersalah walaupun dia sudah sedar akan salahnya kerana memandu di jalan bandar sudah seperti memandu di litar lumba.

     "Masih ingat empat buah kereta yang you langgar minggu lepas? Salah satunya adalah my car!" Jerit Amira dengan nada yang penuh kebencian. Enrique memejamkan mata mendengar jeritan nyaring dari gadis itu.

     "Bisinglah perempuan, you pergi mintak ganti rugi pada Hezrick la. I tak akan bayar apa-apa sebab kereta-kereta yang I langgar tu semua bersalah, berhenti tiba-tiba sampai I tak sempat tekan break. You jangan nak serlahkan lagi kebodohan you tu, cau." Enrique terus memasuki perut keretanya tanpa menghiraukan gadis itu.

     Tingkap kereta itu diturunkan, Enrique mengenyitkan sebelah matanya pada Amira sebelum dia menekan kuat pedal minyak, kereta sport itu laju merentasi jalan. Amira membulatkan matanya melihat Enrique pergi begitu sahaja.

     "Dia tak ada lesen ke? Lampu isyarat merah memanglah kena berhenti, lelaki gila!" Bebel Amira tidak berpuas hati.

     Tangannya menaip message untuk dihantar pada Hezrick menyuruh lelaki itu menghantar lokasi mereka. Keluhan kecil dilepaskan, apalah nasibnya berjumpa dengan lelaki yang tidak ada rasa bersalah seperti itu, rasa nak lempang saja melihat wajah lelaki tadi.

     "Antibodi dia terlalu lemah sekarang Ricky. Apa yang aku dapat tahu, dia skip makan dan tidur tak menentu. Kau tak jaga dia ke? Cakap sayang, sayang taik apa macam ni?" Soal Firaz iaitu doktor peribadi Hezrick.

     "Dia tak tinggal dengan aku, susah untuk aku jaga dia." Jawab Hezrick tanpa nada, nampak tenang di luar tetapi di dalam? Hanya tuhan yang tahu.

     "Huh? Perempuan ni kan yang kau cu..." Belum sempat Firaz menghabiskan kata-katanya, Hezrick bertindak menutup mulut lelaki itu sebelum semuanya terbongkar.

     "Belakang aku ni kawan Mikayla, dia tak tahu apa-apa fasal kita." Bisik Hezrick perlahan. Firaz membuat mulut 'o' seraya mengangguk faham.

     Tiga pasang mata tu menoleh ke arah Mikayla setelah mendengar gadis itu mengaduh sakit. Dahi gadis itu berkerut menahan sakit di tangannya.

     "Buanglah jarum ni. Saya tak suka, sakit..." Wajah merahnya sudah seperti hendak menangis.

     "Duduk diam-diam Kayla, kau gerak macam tu lagi rasa sakit." Ujar Hezrick, cuba untuk menenangkan gadis itu tetapi tetap guna cara yang kasar.

     "Benda ni sakitkan saya! Buanglah!" Jerit Mikayla kuat. Amira segera memeluk tubuh Mikayla bagi menenangkan gadis itu.

     "Tinggal aku dengan dia kat sini, biar aku pujuk." Ujar Hezrick perlahan.

     "Okay but please jangan berkasar dengan dia." Ujar Amira sebelum dia melangkah keluar.

     Inilah masanya untuk membiarkan mereka berdua mengenali hati budi masing-masing. Firaz yang seakan faham dengan semua itu membontoti langkah Amira.

     "Sakit sangat ke tangan kau ni? Ada rasa macam dah nak mati tak?" Hezrick membelek-belek tangan kecil yang dicucuk jarum itu sehingga membuatkan Mikayla meringis kesakitan.

     "Sakit..." Jawab Mikayla dengan nada mendatar.

     Hezrick mengukir senyuman manis melihat manja gadis ini langsung tidak berubah. Pipi mulus itu diusap lembut. Tangan itu dikucup lama.

     "Sakit lagi tak? Ke kau nak aku kiss dekat lain pulak?" Soal Hezrick bersama senyuman nakal. Mikayla menggeleng perlahan merenung wajah kacak Hezrick.

     "Kau skip makan? Dan kenapa sekarang tidur tak menentu?" Soal Hezrick berterus-terang tentang hal yang dia risaukan terhadap gadis ini.

     "Kau rindu aku? Hari-hari aku datang jenguk kau Kayla. Nak risau apa lagi?" Soal Hezrick lagi setelah melihat gadis itu hanya diam membalas renungannya.

     "Saya cuma... takut..." Bebola matanya diputarkan ke arah lain. Tidak mahu lelaki ini melihat sepasang matanya yang sudah mula berkaca-kaca.

     "Kayla, aku selalu ada di sisi kau. Kenapa tak jujur dengan aku? Aku ni siapa untuk kau?" Hezrick mula memeluk tubuh Mikayla.

     Setiap malam dia menelefon gadis ini bertanyakan tentang makan, pakai dan keperluan yang diperlukan namun semuanya cukup tanpa ada sebarang aduan atau masalah.

     "Saya tak nak awak marah, saya takut kena marah..." Air mata mula mengalir di sisi wajahnya. Hezrick mengetatkan pelukan mereka.

     "Aku marah sebab aku sayang. Aku terlalu risaukan keselamatan kau..." Hezrick menyeka lembut air mata Mikayla, sungguh dia tidak kuat melihat gadis ini sering bersedih disebabkan kesilapannya.

     Tiba-tiba pintu diterjah kasar dari luar, muncullah seekor syaitan bertanduk empat dan berketurunan Scilert. Lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan wajah yang biasa dipamerkan.

     "Haram duduk berdua-duaan dan berlainan jantina dalam satu bilik macam ni, dah teringin sangat nak rasa kena campak dalam api neraka ke? Aku on je kau nak tolong cabut nyawa kau orang berdua." Kata Enrique bernada sinis. Kedua-dua belah tangannya elok terletak dalam kocek seluar.

     Mikayla menolak tubuh Hezrick menjauhinya, lihat saja lelaki seram itu membuatkan dirinya bertambah takut pula. Hezrick hanya mengendahkan Enrique yang mula melabuhkan punggungnya di sofa.

     "Dia Islam ke awak?" Soal Mikayla bernada perlahan. Wajah Enrique langsung tidak nampak seperti orang melayu.

     "Bukan." Hezrick menggeleng kecil.

     "Tapi dia nampak mac..."

     "Macam Islam sebab dia selalu ada masa kita orang belajar mengaji dengan ustaz kat rumah. Jauhkan diri daripada dia..." Ayat terakhirnya dibisik tepat pada telinga Mikayla.

     "Semakin dia menjauh, semakin aku dekat. Don't worry dude..." Kata Enrique yang sudah mula memejamkan mata.

     Hezrick dan Mikayla hanya diam. Lelaki itu sememangnya suka sibuk hal orang. Apa masalah entah. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience