Bab 57

Action Series 24670

     Lengannya merangkul tubuh tegap Hezrick dari belakang. Lelaki itu hanya diam sambil menyelak beberapa helaian kertas yang berada di dalam sebuah file. Suaminya sering membelek kertas kerja pada waktu malam sebelum tidur sehingga dia merasa hairan. Apa sebenarnya yang dilihat lelaki itu?

     Wajahnya disembamkan pada belakang tubuh lelaki itu. Hezrick yang duduk di birai katil langsung tiada rasa untuk melayan Mikayla.

     Kebiasaannya gadis itu tidur awal, selepas solat isya' terus baring dan tidur. Mungkin penat melayan karenah gila Enrique dan Herith setiap hari.

     Terasa tangan kecil milik gadis itu menyusup masuk ke dalam singletnya. Sejuk sahaja tangan itu menyentuh kulit perutnya.

     Pada mulanya, dia hanya membiarkan jari runcing gadis itu menari-nari di perut. Tetapi, setelah dia merasakan puting dadanya ditarik-tarik sehingga menyebabkan rasa kengiluan, tangan gadis itu dipegang lalu dialih keluar tanpa berkata-kata.

     Mikayla masih berdegil, sekali lagi baju lelaki itu diseluk masuk. Hidung mancungnya digesel pada tulang belakang suaminya berkali-kali.

     Hezrick merenung lama tangan Mikayla yang bergerak-gerak di dalam bajunya. Cari masalah betul perempuan ni. File ditutup lalu diletakkan ke atas meja sisi katil.

     Punggungnya diesot sedikit ke hadapan. Baju ditanggalkan sebelum tubuhnya dipaling ke belakang menghadap Mikayla. Mata isterinya yang membulat besar direnung dalam-dalam.

    "Nak goda aku sangatkan? Ha layan aku malam ni."

     Tubuh gadis itu terus ditolak baring di atas katil. Tiba-tiba jantung Mikayla berdegup pantas dan semakin laju apabila lelaki itu mula menindih tubuhnya.

     "Buk... Bukan, saya cuma..."

     Bibir gadis itu diragut rakus. Malam ini dia tidak akan melepaskan Mikayla walau banyak mana sekalipun alasan yang diberi gadis itu. Tautan bibir mereka terlepas apabila Mikayla berjaya menolak pipinya.

     Hezrick membetulkan cara duduknya bersama keluhan kecil. Tiba-tiba mood hilang apabila ditolak sedikit kasar sebegitu.

     "Ricky, awak betul-betul nak anak?" soal Mikayla lembut. Lelaki itu sudah kembali duduk di birai katil secara membelakanginya.

     Sekali lagi suaminya menghela nafas pendek. Melihat lelaki itu berura-ura untuk bangun membuatkan Mikayla terus menarik lengan Hezrick.

     "Abang pandang saya..."

     Hezrick memalingkan wajahnya ke sisi.

     "Pandang saya, Ricky..."

     Hezrick masih berdegil. Langsung tidak mahu menoleh ke arah isterinya.

     "Abang..." Kedua-dua belah pipi lelaki itu dipegang.

     "Iye sayang, aku pandanglah ni." Hezrick mula bersuara. Anak mata isterinya direnung dalam-dalam.

     "Saya mintak maaf," ucap Mikayla lembut.

     "Entah, aku tak nak dengar." Hezrick merebahkan tubuhnya membelakangi Mikayla.

     Mikayla membulatkan mata. Bagaimana hendak memujuk lelaki ini? Dia terus berdiri di sisi katil menghadap lelaki itu. Hezrick mengalih tubuhnya mengiring ke sebelah kanan pula.

     "Bangunlah Ricky, saya tak boleh tidur ni." Mikayla melabuhkan punggungnya di birai katil.

     "Lebih baik awak bangun sebelum saya tarik seluar awak," ugut Mikayla tegas.

     "Tak perlu, aku boleh tanggalkan sendiri." Hezrick terus duduk, seluarnya dipegang.

     "Eh jangan!" Menggelabah Mikayla memegang kedua-dua belah tangan suaminya.

     "Haih kau nak apa sebenarnya ni?"

     Mikayla tidak menjawab. Pipi suaminya dipegang. Anak mata oren kekuningan milik lelaki itu direnung. Suaminya kelihatan lebih kacak dalam keadaan tidak berbaju seperti sekarang.

     Dia mula memejamkan mata bersama jarak wajah mereka yang semakin rapat. Kepala diserongkan sedikit.

     Hezrick mengerutkan dahi. Gadis ini hendak menciumnyakah? Cepat-cepat dia menekup mulut gadis itu. Mikayla terus mencelik mata.

     "Jangan ganggu aku, aku tengah period sekarang," ujar Hezrick beriak biasa.

     "So deria rasa awak sensitive?"

     "Shh, jangan cakap apa-apa." Hezrick meletakkan jari telunjuknya pada bibir gadis itu.

     "Tapi awak tak jawab lagi soalan saya."

     Hezrick mengukir senyuman nipis. Mungkin gadis ini masih tidak faham akan perasaannya yang benar-benar menginginkan anak sendiri.

     "Mestilah nak."

     "Tapi macam mana dengan ayah?" soal Mikayla.

     "Aku nak pergi jumpa ayah tapi kau tak bagi."

     "Ya, saya risau anak tu akan jadi masalah pada kita nanti," ujar Mikayla dengan nada yang mula mengendur.

     "So, bagi aku jumpa ayah kau, settle masalah." Sudah masuk kali kelima dia membicarakan tentang hasrat yang satu ini.

     "No awak tak boleh jumpa dia lagi se... sebab ayah akan marah."

     Hezrick memalingkan wajahnya ke sisi. Jawapan sama saja yang dia dengar. Cakap lebih-lebih nanti menangis pula. Itulah Mikayla, terlalu manja. Semua perlu dengar cakap dia. Tiba-tiba terasa tubuhnya dipeluk erat.

     "Macam mana dengan musuh awak?" Mikayla menyembamkan wajahnya pada dada lelaki itu.

     "Musuh aku seorang dua je. Musuh kau yang ramai sangat tu."

     "Saya tak faham apa yang mereka mahukan daripada saya? Saya tak pernah ganggu hidup sesiapa." Dia menggeleng beberapa kali.

     Matanya mula berkaca-kaca teringatkan pelbagai jenis serangan yang telah dia hadapi sepanjang perkenalannya bersama Hezrick. Adakah lelaki ini tidak takut sekiranya anak mereka juga akan terkorban dalam masalah yang tidak jelas ini?

     "Suatu hari nanti, kau akan faham."

     Mikayla hanya diam. Hezrick mula mengucup leher jinjang isterinya dan beralih pula pada bibir gadis itu. Perlahan-lahan tubuh Mikayla direbahkan ke atas katil. Tautan bibir mereka masih tidak terlepas.

     Urutan bibir suaminya dibalas dengan baik. Dia sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tetapi malam-malam sebelum ini, dia tertidur sementara menunggu suaminya masuk ke bilik tidur mereka. Dia akui Hezrick mempunyai pebagai tugas yang perlu disiapkan secepat mungkin.

     Oleh kerana itu juga, mereka masih tidak bersama. Tiada masa yang sesuai kerana sering diganggu kawan-kawan suaminya. Mungkin mereka perlu pergi berbulan madu berdua. Tetapi pada waktu ini, mereka tidak boleh memikirkan tentang hal itu. Terlalu bahaya.

*****

     Wajah isterinya yang masih lena direnung. Selimut tebal ditarik menutupi bahu Mikayla yang terdedah sebelum bibirnya dilabuhkan pada dahi gadis itu.

     Kaki diatur keluar dari bilik. Pandangan diliarkan ke sekeliling mencari kelibat Ad. Mata terus tertancap pada televisyen yang terpasang. Tiada sesiapa pula di ruang itu. Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa.

     "Bro, kau ada dengar bunyi perempuan menjerit tak semalam? Selama aku duduk seorang kat sini, tak ada pulak bunyi seram macam tu. Risau jugak kalau kau terbawa hantu pontianak dari Malaysia datang sini," kata Ad sambil melabuhkan punggungnya di sofa bertentangan Hezrick.

     "Bini aku jerit semalam," jawab Hezrick bersahaja.

     "Oh, faham-faham..." Ad mengangguk beberapa kali.

     "Apa yang kau faham? Mulalah tu nak fikir negatif."

     Tersenyum kecil bila teringatkan gadis itu tiba-tiba sahaja menjerit semasa mencari kain batik di dalam beg bagasi miliknya. Belum sempat dia berjalan meluru ke arah Mikayla yang nampak ketakutan, gadis itu terlebih dahulu berlari dah melompat ke arahnya. Nasib baik tidak terjatuh seperti nangka busuk.

     "Aku lupa nak cakap, rumah ni memang banyak lipas. Bilik lain tak ada orang guna dan aku pulak jenis malas nak bayar pembantu rumah, so hidup aku memang dengan serangga selama ni," terang Ad yang seperti dapat mengagak punca gadis itu menjerit 
 
     "Kau pun dah macam serangga je aku tengok, mentadak." Hezrick tersenyum kecil.

     "Mentadak?!" Ad membulatkan mata bersama tangan yang memegang kedua-dua belah pipi. Benarkah?!

     "Kayla tak boleh tidur semalam sebab perubahan waktu agaknya. Puas aku melayan mulut dia, banyak cakap rupanya perempuan tu," ujar Hezrick bersama senyuman kecil.

     "Serious? Kau orang bincang pasal apa je?"

     Belum sempat Hezrick menjawab, matanya ditolehkan ke arah pintu utama yang terbuka dari luar. Freddy melangkah masuk ke dalam bersama sebuah beg bagasi bewarna biru gelap. Lelaki itu kelihatan seperti ingin terus menetap di sini.

     "Lari rumah ke, bro?" soal Ad bersama senyuman nakal.

     "Anak-anak anjing tu berkampung kat depan sana," kata Freddy.

     "Kenapa dia orang tak serang je kau? Aman sikit Ricky kalau kau mati," kata Ad bersahaja.

     "Kalau Fred mati, menangis dua ekor anjing kat rumah tu." Hezrick melepaskan tawa kecil membayangkan Herith dan Enrique meraung di atas pemergian Freddy. Cubalah bayang sekali kalau nak tahu.

     "Apahal pulak?" Berkerut dahi Freddy memandang Hezrick.

     "Sebab dua orang tu banyak dosa dengan kau... Hahaha..." Ad melepaskan tawanya.

     "Tak lawak bro, cuba lagi lain kali okey?" Freddy mengangkat sebelah keningnya. Ad mencebik.

     "Bila kau nak bawak Kayla ke tempat tu?" soal Freddy dengan mata yang memandang Hezrick.

     "Mungkin esok, tak pun lusa. Tengoklah bila line clear nanti."

     "Abang..."

     Suara Mikayla yang datangnya dari arah tangga membuatkan ketiga-tiga orang jejaka itu menoleh serentak ke arah gadis itu.

     "Sini kejap."

     "Iye abang datanglah ni," ujar Hezrick sambil berdiri.

     "Woo! Hebatlah Ricky dah mula berlembut dengan Kayla, ni mesti ada apa-apa terjadi semalam kan?" Ad tersenyum nakal.

     "Jangan sibuklah bodoh." Freddy membela Hezrick yang hanya mengendahkan Ad. Ad menjeling Freddy tajam.

     Kertas yang berada di tangan isterinya diambil. Tulisan berangkai yang ditulis menggunakan pen cair bewarna biru itu dibaca dengan teliti.

     'I want that girl'

     "Jumpa kat mana?"

     Lengannya ditarik Mikayla meluru ke arah pintu kaca yang memisahkan ruang bilik dan balkoni. Dia melangkah keluar lalu menunjuk ke arah satu sudut tepi balkoni itu. Secara tiba-tiba tubuhnya dipeluk Hezrick.

     "Nasib baik tak jadi apa-apa. Lepas ni jangan keluar tanpa aku walaupun kau cuma nak ambil angin kat balkoni ni..." pesan Hezrick lembut.

     Jika Freddy tidak datang ke sini, dia tidak tahu apa yang musuh akan lakukan terhadap gadis ini. Mungkin diculik? Atau mungkin juga ditembak? Semuanya bergantung pada si musuh.

     "Abang..." seru Mikayla perlahan setelah merasakan sudah melebihi lima minit lelaki itu masih tidak mahu meleraikan pelukan mereka.

     "Hm..."

     "Abang tak nak lepas saya ke?"

     Hezrick yang seperti baru tersedar terus melepaskan Mikayla. Terlalu selesa menikmati kehangatan pelukan itu.

     Laptop miliknya diambil. Rakaman kamera litar tertutup rumah itu menunjukkan tiga orang lelaki yang berdiri sambil berbual di belakang sebuah kereta. Tiba-tiba, salah seorang daripada mereka mengacukan satu alat ke arah balkoni bilik mereka.

     Sup!

     Tembakan yang dilepaskan kedengaran tidak terlalu kuat. Ternyata itu adalah pistol angin yang telah melepaskan gumpalan kertas tadi. Tiba-tiba sebuah kereta mewah berwarna kelabu gelap berhenti di sisi kereta mereka.

     Wajah Freddy yang duduk di tempat pemandu jelas kelihatan. Hezrick mengerutkan dahi melihat Freddy menghalakan jari tengahnya pada lelaki-lelaki itu sebelum keretanya bergerak seperti biasa. Sungguh bergaya.

     "Teruknya Fred..." kata Mikayla perlahan. Hezrick hanya tersenyum nipis.

     "Assalamualaikum!"

     Tingtong! Tingtong! Tingtong! Tingtong! Tingtong! Tingtong!

     "Ya ahli kubur! Assalamualaikum!"

     Kedengaran suara memberi salam seiringan dengan bunyi loceng rumah yang ditekan berkali-kali tanpa henti membuatkan Hezrick menghela nafas. Bala terbesar telah tiba...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience