Bab 6

Action Series 24641

    Pistol miliknya yang berada di atas dashboard kereta dicapai. Kaki melangkah keluar daripada perut kereta. Rasa hairan pula teringatkan info daripada Enrique sebentar tadi, selama ini Mikayla tidak pernah pula menerima sebarang ancaman daripada mana-mana musuhnya tetapi bagaimana pula musuhnya ini tahu tentang keberadaan gadis itu?

     Dari jauh lagi dia sudah dapat melihat belakang tubuh seorang lelaki yang sedang duduk bercangkung mempersiapkan senjata di atas atap sebuah bangunan. Lelaki itu telah diupah seseorang untuk membunuh Mikayla.

     Hezrick menghela nafas setelah melihat lelaki itu mula berniarap seraya mensasarkan muncung sniper miliknya ke arah kepala Mikayla yang berada di dalam kedai tingkat bawah dan sedang kusyuk membuat air.

     Pantas kakinya berlari ke arah lelaki itu sebelum dia melakukan gerakan flying kick mengenai belakang kepala lelaki tersebut.

     Lelaki itu meringis kesakitan memegang hidungnya yang mengeluarkan darah pekat akibat terhentak kuat di atas permukaan simen. Kaki kanan Hezrick memijak kuat belakang badan lelaki itu setelah melihat lelaki itu berusaha untuk berdiri.

     "Ready to die." Ujar Hezrick bernada seram, muncung pistol diacu tepat pada belakang kepala lelaki yang masih duduk di atas lantai itu.

     Supp!

     Belum sempat lelaki itu menjawab, kedengaran bunyi tembakan yang telah ditapis menggunakan silent mode kedengaran.

     "Buang masa aku jelah kau ni." Ujar Hezrick, matanya masih tidak lepas dari merenung belakang tubuh lelaki yang sudah berlumuran darah di atas simen itu.

     Nombor telefon anak buahnya didail bagi mengarahkan mereka supaya membersihkan kawasan itu.

     Sepasang mata bewarna oren itu merenung seorang gadis yang sedang mengelap meja makan, lelaki itu hanya duduk di dalam kereta mewah bersama seorang lagi rakannya.

     "Lelaki yang kau bunuh tadi bukan musuh kita..." Kata Freddy setelah lama mereka berdiam diri di dalam kereta sambil memerhatikan seorang gadis di dalam Kafe Mutiara melalui dinding kaca kafe itu.

     "I know," jawab Hezrick pendek.

     "Kau kenal tak siapa yang upah lelaki tadi?"

     "A.H? Aku tak kenal dan aku tak nak kenal dia, yang aku nak tahu sekarang ni apa masalah dia nak bunuh Mikayla? Perempuan tu bukan ada buat masalah dengan dia pun." Soal Hezrick yang masih tidak berpuas hati, matanya ditolehkan pula ke arah wajah kacak Freddy.

     "Aku kurang pasti tapi dia bijak dalam IT sama macam Enrique,"      

     "Kau cakap macam tu sebab dia guna identiti palsu?" Soal Hezrick bernada sinis. Bijak macam Enrique? Siapa yang bertuah sangat boleh tandingi lelaki terencat akal tu?

     "Identiti dia tak palsu cuma dia ringkaskan nama sebenar," jawab Freddy tenang. Matanya masih tidak lepas daripada memandang tubuh kecil Mikayla yang sedang berjalan ke hulu dan ke hilir membuat kerja.

     Pak!

     Tiba-tiba satu pukulan yang kuat mengenai kepalanya membuatkan dia mengerang kesakitan sebelum sepasang matanya menikam tajam wajah Hezrick.

     "Kau fikir tak sakit ke?" Tangan diangkat mengusap kepalanya yang sakit.

     "Jangan renung awek aku macam tu, kalau kau nak satu, pergi cari lainlah," kata Hezrick berbaur cemburu.

     "Lantaklah! Mata aku! Kau jangan nak sibuk, sial." Freddy menyambung merenung gadis itu.

     "Cuba renung lagi, sumpah aku korek bijik mata kau!"

     Freddy endahkan amaran Hezrick. Matanya terus-menerus merenung gadis itu. Hezrick mula berasa geram, dia sangat-sangat yakin sudut mana yang dilihat Freddy pada Mikayla kerana dia juga seorang lelaki!

     Kedua-dua belah tangannya bertindak menangkap kepala Freddy yang sangat degil tidak mahu mendengar kata. Tangan kanannya meraba-raba wajah Freddy bagi mencari biji mata lelaki itu untuk dikorek walaupun Freddy meronta-ronta minta dilepaskan sehingga membuatkan kereta mereka nampak bergegar dari luar.

     "Lepaslah! Sakit!" Jerit Freddy yang menahan kesakitan di belakang kepala akibat dipeluk lengan sasa Hezrick.

     Kepalanya digeleng ke kiri dan ke kanan bagi membataskan jari-jari Hezrick dari terus memasuki biji matanya.

     "Argh!" Matanya benar-benar dikorek Hezrick sebelum lelaki itu melepaskan kepalanya.

     "Aku dah bagi amaran tadi tapi kau yang tak nak dengar. Best tak rasa biji mata kena korek bro?" Soal Hezrick bersama senyuman lebar dan memandang Freddy yang sedang menggosok-gosok matanya beberapa kali.

     Freddy tidak menjawab, rasa pedih pada matanya membuatkan sepasang mata bewarna biru pekat itu berair dan sudah bertukar menjadi kemerah-merahan.

     "Fuck you, jangan bercakap dengan aku." Kata Freddy tanpa nada.

     Hezrick kembali merenung Mikayla tanpa menghiraukan Freddy. Biarkan dia nak merajuk sangat, aku peduli apa?

     Matanya kembali merenung Mikayla, rasa cemburu di dalam hati melihat beberapa orang lelaki cuba untuk meminta nombor telefon gadis kesayangannya itu namun nasib baik Mikayla tidak mudah memberi nombor telefonnya kepada orang lain, mungkin kerana gadis itu takut?

     Teringatkan kesalahan yang telah dia lakukan terhadap gadis itu membuatkan dia berasa serba salah. Adakah Mikayla akan terima sekiranya gadis itu tahu tentang perkara sebenar? Bukan dia tidak mahu berterus-terang akan tetapi dia juga rasa tidak yakin dengan diri sendiri.

     Mikayla membuang sampah ke dalam tong sampah yang terletak di luar kafe membuatkan jantung Hezrick berdegup kencang kerana dapat melihat gadis itu dengan lebih dekat dan jelas. Mungkin selepas ini kerjanya hanyalah menjaga gadis itu dari sebarang perkara bahaya sehinggalah semuanya selesai.

    "Kau serious ke nak buat ni?" Soal Freddy yang sudah berhenti menggosok matanya.

     "Habis serious dah ni," Jawab Hezrick bersama senyuman nipis melihat Mikayla melangkah masuk ke dalam kafe.

     "Tapi tiba-tiba aku rasa takut pulak," sambungnya lagi, tangannya dilekapkan pada dadanya untuk merasai degupan jantung.

     "Sini biar aku pulak rasa..." Ujar Freddy seraya menghulurkan tangan untuk dilekapkan pada dada bidang Hezrick tetapi ditepis kasar oleh lelaki itu.

     "Seorang aje yang boleh cabul aku," Hezrick menjeling tajam wajah Freddy.

     "Siapa?"

     "Mikayla," jawab Hezrick bersama senyuman manis.

     "Pfft! Hahaha!" Freddy melepaskan tawa besar sambil memegang perutnya yang terasa geli-geli di belah dalam.

     "Kau gelak-gelak apa babi?"

     "Belum sempat dia cabul kau tapi kau yang cabul dia dulu. Nafsu kuda! Hahaha..." Jawab Freddy yang masih dengan sisa tawanya, tangannya menekan-nekan perut yang terasa senak. Hezrick menjulingkan bebola matanya ke atas tanda malas melayan.

     "Tiba-tiba aku rasa sakit perut pulak, ni mesti sebab makan masakan Enrique babi tu," kata Freddy secara tiba-tiba selepas beberapa saat dia berhenti ketawa.

     "Aku pun rasa sakit perut, binatang apa yang dia isi dalam makanan tadi sampai ada rasa macam susu basi?" Hezrick menekan perutnya yang juga terasa sakit.

     "Entahlah hahaha... Start enjin kereta tu, aku tak tahan sangat dah ni. Esok ajelah kau jumpa dia." Gesa Freddy bersama dahi berkerut, sakit betul perutnya. Hezrick mengangguk kecil.

     "Bye sweetheart..." Kata Hezrick perlahan bersama senyuman memandang Mikayla di dalam kafe. Freddy mencebik, dia yakin Hezrick akan mengabaikan kawan-kawannya jika lelaki itu bersama Mikayla.

     Enrique menayangkan wajah yang biasa saja selepas memenangi pertandingan bola buat kali yang kelima. Herith pula memandang Enrique seperti hendak telan lelaki itu hidup-hidup.

     "Kau nak mati ke?" Soal Herith bernada tegas.

     "Nak, bunuhlah, aku tak kisah pun..." Jawab Enrique bersahaja dan tenang, cukup tenang.

     "Kenapa kau selalu menang?! Kenapa aku tak pandai main benda bodoh ni?!" Jerit Herith kuat. Enrique menutup lubang telinga menggunakan kedua-dua belah jari telunjuknya bersama mata yang terpejam rapat.

     "Bisinglah, siapa suruh tak selalu practice macam aku," jawab Enrique yang masih boleh tenang.

     "Tak puas hatilah macam ni!" Herith bertindak menerbalikkan meja di hadapannya sebelum dia memijak controller yang digunakannya sebentar tadi.

     "Woi-woi! Relax..." Enrique menghalang Herith yang ingin melayangkan kakinya pada skrin televisyen yang terlekat elok pada dinding.

     Pintu utama mansion itu dikuak dari luar membuatkan mata Herith membulat besar. Abangnya sudah balikkah?

     "Kau buat apa ni sial? Terjerit-jerit macam orang bodoh. Dah kalah tu terima jelah kenyataan." Kata Hezrick yang masih mengawal nada suaranya. Mata diliarkan ke sekeliling bagi melihat keadaan ruang tamu yang bersepah itu membuatkan hatinya terasa panas.

     "Kalau kau rasa kau lelaki, kemas semua ni sekarang!" Arah Hezrick menggunakan nada yang tinggi.

     "Tak, aku bukan lelaki..." Enrique menggeleng-geleng kecil bersama riak wajah biasa.

     "Babi yang berjantina jantan pun kena kemas," sempat lagi Hezrick berpesan sebelum pintu lif tertutup.

     "Tak naklah jadi babi. Aku nak jadi burung, boleh terbang tinggi dan mengintai perempuan mandi dalam tandas." Jawab Enrique bersama senyuman kecil.

     "Bagus jugak tu, aku nak ikut," celah Herith yang sejak dari tadi memandang Enrique.

    "Aku memang bijak, perempuan tu takkan tahu yang kita ni sebenarnya manusia sebab masa tu kita dah jadi burung comel. Lagi bagus kalau dia bela kita, hari-hari boleh tengok dia naked." Pemikiran negative Enrique mula mengeluarkan idea nakalnya.

     "Geli bodoh!" Freddy menarik mimik muka jijik. Enrique tersenyum jahat.

     "Freddy, nanti kau tolong ajar aku main benda ni boleh?" Soal Herith dengan nada yang sopan meminta tolong.

     "Nak ajar apa? Kau dah hancurkan benda ni, beli barulah." Celah Enrique sambil mencapai telefon bimbitnya di atas sofa.

     "Okay, nanti aku mintak Ricky belanja." Herith tersenyum lebar.

     "Kalau ada masa free bolehlah aku ajar," jawab Freddy tanpa nada.

     "Enrique, kau buang jelah makanan yang kau masak tu, aku dengan Ricky dah sakit perut ni..." Sambung Freddy lagi.

     "Perut kau orang dua dah berkarat, patut dibedah dan dibuang lepas tu tukar yang baru, aku dengan Herith tak sakit perut pun." Jawab Enrique sambil menekan-nekan skrin telefon bimbitnya.

     "Perut anjing liar makan bangkai pun okay lagi, sial lah perangai dia ni." Freddy terus berlalu meluru ke arah tangga. Malas mahu bercakap banyak dengan orang gila seperti Enrique risau nanti dengan kita sekali menjadi gila sepertinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience