Dua minggu selepas itu, Mikayla dan Amira hadir ke kelas seperti biasa. Amira juga sudah kembali ke rumah Hezrick setelah puas dipujuk Mikayla.
Hezrick melabuhkan punggung di sebelah isterinya. Wajah Mikayla dikerling sekilas sebelum dia memandang ke hadapan.
Seorang gadis duduk di sebelahnya tanpa meminta izin. Tanpa menoleh ke arah gadis itu, dia mengesot menjauhkan jarak mereka.
Si gadis menoleh ke arah Hezrick bersama senyuman sinis sebelum dia semakin mendekat.
"Bodoh betul," kata Hezrick pendek.
"Asyik nak bodohkan orang je abang ni..." Mikayla memandang sisi wajah Hezrick.
"Kau tak jealous ke perempuan bodoh ni duduk rapat dengan aku?"
Mikayla terus menoleh ke arah sebelah kanan Hezrick. Kelihatan seorang gadis cantik dan berpakaian seksi duduk di situ.
Matanya dilarikan ke hadapan. Tiba-tiba dia terasa rendah diri setelah tersedar akan dirinya tidak secantik gadis itu. Insecure...
"Apa yang kau nak sial??" Tiba-tiba Hezrick berdiri menghadap gadis itu.
Semua pelajar di dalam kelas memandang ke arah mereka kerana terkejut mendengar tengkingan Hezrick. Gadis itu hanya menayangkan riak biasa.
"You marah I ke? I tak buat apa-apa pun..." jawab gadis itu.
"Kau!" Hezrick menunding jarinya ke arah gadis itu.
"Abang duduk kat sebelah sinilah." Mikayla menarik lengan suaminya. Risau juga sekiranya lelaki itu bertindak di luar kawalan.
Hezrick terus menukar tempat duduk. Telefon bimbitnya yang berbunyi dikeluarkan dari kocek seluar.
"Speak," ujar Hezrick sebaik sahaja telefon itu dilekapkan pada telinga.
"Bagi salam dulu..." tegur Mikayla di sebelahnya.
Hezrick menoleh ke arah gadis itu sebelum dia memberi salam pada si pemanggil yang sedang bercakap.
"Okey." Telefon disimpan ke dalam kocek seluar.
"Jom balik," ujar Hezrick sambil berdiri seraya menarik lengan kiri gadis itu.
"Huh? Tapi kelas belum mula..."
"Tak apa nanti aku ajar kau. Aku ada hal tapi aku tak boleh tinggal kau kat sini."
Belum sempat dia menjawab, lengannya terus ditarik. Dia menurut tanpa sebarang bantahan. Mikayla melambai-lambaikan tangan kanannya pada Amira yang sedang memandangnya sebagai isyarat yang dia perlu pulang.
Beberapa pelajar lain merenung pasangan itu. Ada yang tersenyum-senyum dan tidak kurang juga yang memandang mereka dengan pandangan menyampah.
"Kenapa dia selalu ponteng kelas disebabkan lelaki tu? Sugar daddy dia ke?" soal kawan Amira.
"Itu suami dialah." Amira menjawab ringkas.
"Seronoknya jadi dia, ada suami kaya, kacak pulak tu. Kalau aku jadi dia, dah lama aku berhenti kolej ni."
Amira hanya tersenyum. Dia yakin Mikayla pasti tidak akan lama belajar di sini oleh kerana dia sangat kenal akan ketegas Hezrick terhadap gadis itu.
*****
Tubuh disembunyikan di sebalik dinding. Sesekali kepala dikeluarkan untuk melihat beberapa orang lelaki yang sedang bersembang di sisi sebuah kereta.
Butang purple di walkie-talkie miliknya ditekan bagi menghantar isyarat kepada Herith.
Tenenenet!
Hezrick mencampak walkie-talkie yang tiba-tiba mengeluarkan bunyi itu ke atas tanah sebelum kaki terus memijak alat itu beberapa kali.
"Sial lah barang Enrique ni!" carutnya bengang tanpa sedar akan beberapa orang lelaki sedang berdiri di belakangnya.
"Kau siapa?" soal salah seorang lelaki sambil mengacukan pistol tepat pada belakang leher Hezrick.
Hezrick membetulkan diriannya bersama riak biasa sebelum dia berpaling ke belakang tanpa rasa takut.
"Ricky," jawab Hezrick sepatah.
"Apa motif kau datang sini?" soal yang seorang lagi.
"Saja datang melawat babi-babi comel kat kawasan ni. Kenapa? Tak boleh ke?" Hezrick memasukkan kedua-dua belah tangan ke dalam kocek seluar.
"Kau jangan nak kurang ajar!" tengking lelaki di hadapannya. Muncung pistol semakin ditekan pada dahi Hezrick.
"Sakitlah!" Hezrick pantas merentap pistol itu.
Gilirannya pula mengacukan pistol tersebut pada dahi si musuh. Dia berundur beberapa langkah setelah melihat kereta yang dikenalinya berada berhampiran dengan mereka.
Bang! Bang!
Dua orang musuh yang sedang mengacukan pistol ke arahnya itu rebah serentak ke atas tanah.
Kepala kedua-dua musuh itu ditembak oleh Herith melalui tingkap sebuah kereta sport berwarna kuning miliknya.
"Okey sekarang ni tinggal kau seorang je. Nak lari atau mati?" Hezrick mengangkat sebelah keningnya.
"Lari atau mati, kau tetap tak boleh masuk!"
"Anak-anak buah aku dah lama ceroboh tempat ni. Aku tak perlukan kebenaran kau, hak aku akan selamanya jadi hak aku." Hezrick mengukir senyuman sinis sambil mengangkat sebelah tangannya.
Bang!
Herith yang masih mengacukan selaras sniper itu melepaskan tembakan.
Hak mereka akan diambil kembali iaitu satu barang berbentuk laptop yang telah dicuri oleh ahli kumpulan musuh ketat mereka, Mabruce Lee.
Mereka mendapati barang yang bernama Wilerio Box itu sering bertukar tangan oleh kerana nilainya yang amat tinggi membuatkan sesiapa sahaja yang menjualnya pasti akan menjadi kaya-raya.
Kereta sport bewarna kuning itu bergerak laju. Mereka melalui jalan yang lurus dan lengang. Jalan itu dikelilingi hutan tebal yang menuju ke sebuah markas musuh mereka.
Hezrick dan Herith hanya perlu bersiap sedia untuk menyekat laluan musuh.
Alat pengesan kereta Enrique menunjukkan kereta itu sedang bergerak laju keluar dari pintu pagar markas musuh.
"Ready..." Hezrick memandang adiknya yang sedang membuka plastik gula-gula.
"Aku cakap bersedia!" Hezrick menghamburkan marahnya.
"Bersedia untuk apa?" Herith membalas renungan tajam abangnya. Bukankah lama lagi?
Belum sempat Hezrick membalas, sepasang matanya membuntang melihat kereta Enrique yang bergerak laju ke arah mereka.
Enrique menekan brek secara mengejut sehingga tayar keretanya mengeluarkan asap putih akibat terseret dengan jalan berturap.
"Enrique bodoh babi!" Freddy di sebelah memeluk Wilerio Box bersama mata yang terpejam rapat.
Bum!
Kereta Enrique melanggar perlahan sisi kereta sport bewarna kuning yang berada di tengah jalan sebelum keretanya berhenti bergerak.
Freddy mencelik mata sebelum dia menoleh ke arah Enrique yang sedang ketawa di tempat pemandu. Bahu lelaki itu ditumbuk kuat.
"Sial lah kau berhenti mengejut macam tu! Nasib baik tak terbalik tadi..." Freddy meraup wajahnya.
"Kenapa? Takut mati?" Enrique masih ketawa.
"Musuh dalam perjalanan. Aku nak sertai Ricky selamatkan dunia." Enrique terus melangkah keluar meninggalkan Freddy yang terpinga-pinga di tempat penumpang. Selamatkan dunia? What the fuck?
Tiba-tiba Enrique mengetuk tingkap kereta. Freddy terus menurunkan tingkap itu.
"Tugas kau bawak kotak buruk ni masuk bilik kebal markas 202," arah Enrique sambil memasukkan peluru ke dalam senjata yang dipegangnya.
"Aku tahulah." Freddy menukar tempat duduknya sebelum wajah Enrique dijeling tajam.
Kereta itu bergerak laju membelahi jalan.
"Jeling-jeling. Macamlah mata biru dia tu cantik sangat," omel Enrique sambil melangkah ke arah Herith dan Hezrick.
"Lama lagi ke?" soal Hezrick.
"Hampir tiba." Enrique menayangkan sebaris giginya.
Bang! Bang! Bang!
Tiga das tembakan dilepaskan ke arah mereka membuatkan mereka bertiga menunduk serentak.
Enrique pantas membalas tembakan yang datang dari tingkap sebuah kereta bewarna biru gelap di hadapan mereka.
Hezrick mengerutkan dahi melihat kereta itu tiba-tiba berhenti dan diam. Mengapa musuh berhenti menyerang? Seperti ada sesuatu yang tidak kena.
"Tunggu dulu. Jangan bazirkan peluru." Hezrick menurunkan muncung rifle dan berdiri seperti biasa. Mungkinkah ini satu perangkap?
"Harga peluru sekarang ni tinggi-tinggi semua." Enrique menyambung ayat Hezrick.
"Sebenarnya tak baik membunuh. Masing-masing kan ada keluarga. Kalau dia orang cari nanti macam mana? Takkan tu pun tak boleh fikir?" Herith mencelah dengan nada bersahaja.
"Kita selamat," kata Enrique setelah lama dia melihat skrin telefon bimbitnya.
Pihak musuh berhenti menyerang setelah menerima satu arahan daripada ketua mereka.
"Balik." Hezrick berundur kemudian masuk ke dalam kereta. Matanya masih tidak lepas daripada memandang kereta musuh yang tidak jauh dari mereka.
"Kau nak balik naik apa?" Herith memandang Enrique.
"Dengan kaulah."
"Tapi seat ada dua je." Herith mengangkat dua jarinya.
"So? Sumbat jelah. Aku ni besar kucing je." Enrique terus memasuki kereta.
Herith mencebik. Kenapa lelaki itu tidak menyamakan dirinya dengan anjing saja?
*****
Beberapa helai baju dimasukkan ke dalam beg. Hairan dengan Hezrick yang tiba-tiba mengarahnya mengemas baju mereka untuk digunakan beberapa hari.
Suaminya yang baru melangkah keluar dari tandas direnung. Cepatnya lelaki itu bersiap sedangkan dia masih terkial-kial ingin menyusun baju ke dalam bagasi.
"Dah siap ke belum? Flight kita pukul lima kejap lagi..." ujar Hezrick sambil menggosok rambutnya menggunakan tuala.
"Nak ke mana? Berapa hari? Macam mana dengan kelas saya?" Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Mikayla.
"Ada hal sikit. Aku atau kelas kau? Pilih sekarang." Hezrick merenung ke dalam sepasang anak mata isterinya.
"Mestilah abang, abangkan suami Kayla..." jawab Mikayla bersama senyuman.
"Kalau macam tu, dengar cakap aku." Kepala isterinya diusap sayang.
"A... bang." Mikayla menekan-nekan dada suaminya menggunakan jari telunjuk. Panggilan lelaki itu diperbetulkan.
"Ha iye, sorry sayang..." Dahi Mikayla dikucup lalu dipeluknya kepala gadis itu.
Mikayla menolak dada Hezrick. Nafasnya terasa sesak akibat dikepit lengan lelaki itu. Bauan maskulin mencucuk tajam ke rongga hidungnya .
Hezrick masih tidak melepaskan kepala isterinya. Bibirnya mengukir senyuman nakal. Dagunya diletakkan ke atas kepala gadis itu.
Jari Mikayla menarik lalu mencubit kuat puting dada Hezrick. Hezrick mengerang kesakitan, kepala gadis itu dilepaskan. Wajahnya mula memerah. Dadanya digosok-gosok bagi mengurangkan keperitan.
"Sayang cabul abang?" soal Hezrick bersama mata yang membulat besar. Sebelah tapak tangan masih menutup dada kirinya.
"Tt... Tak tak, sa... saya cuma... Arh! Turunkan saya!"
Tubuh Mikayla yang telah berada di atas bahunya dihempas ke atas katil. Mikayla berjaya meloloskan diri daripada ditindih lelaki itu. Tombol pintu dipulas sebelum dia pantas melangkah keluar.
Dia berhenti di tengah-tengah tangga. Baru tersedar yang dia telah menolak suaminya dan dia tidak sepatutnya melakukan hal sebegitu. Kakinya mula meniti kembali anak tangga tersebut. Teragak-agak dia memulas tombol pintu.
Matanya terus bersambung dengan anak mata Hezrick yang berdiri di hadapannya ingin melangkah keluar. Hezrick melarikan pandangan sebelum dia melangkah keluar dan melanggar bahu Mikayla.
Mikayla hanya berdiri kaku di situ. Nampaknya dia sedang berada di dalam masalah besar.
Share this novel