Bab 22

Action Series 24670

     Zack merenung wajah Amira yang duduk di kerusi bertentangan dengannya. Gadis itu hanya diam sejak mereka bertemu sebentar tadi. Pelbagai cara sudah digunakan begi melembutkan hati Amira supaya mengekorinya namun hati Amira terlalu keras.

     Mereka masih berada di dalam birthday party kawan Amira. Bagaimana lagi caranya dia perlu memujuk gadis ini?

     Wajahnya langsung tidak dipandang Amira. Benci sangatkah? Tetapi apa puncanya? Dia masih tidak mempunyai jawapan yang tepat untuk itu.

     "Amira, you langsung tak nak bercakap dengan I? Macam mana I nak tahu silap I pada you? Tolonglah sayang, jangan buat keputusan tanpa fikir tentang I..." Kata Zack seakan merayu pada Amira.

     Amira menjeling tajam wajah Zack, langsung tiada rasa untuk membalas kata-kata lelaki yang telah mengkhianati cintanya itu.

     "Hey, nak kena lepuk ke huh?" Zack cuba untuk bergurau dengan gadis itu.

     "You yang bermasalah, jangan cuba nak salahkan I pulak." Amira melontarkan pandangannya ke sisi.

     "Dan sekarang apa sebenarnya yang I dah buat? I abaikan you? I tak banyak masa dengan you? I bercinta dengan bengkel I? Cakap sayang, I betul-betul tak faham..." Wajah Zack sudah berona kemerah-merahan kerana bengang dengan Amira yang langsung tidak mahu memberikan kerjasama.

     "You curang dengan perempuan lain di belakang I!".

     "What?!" Dahi Zack berkerut. Apa sial? Mana ada aku curang.

     "Apa what-what huh?!" Amira mengecilkan matanya membalas renungan Zack.

     Wajah lelaki itu langsung tidak nampak seperti orang bersalah tetapi lebih nampak bodoh jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini.

     "Mana you dapat berita ni?" Zack masih tidak mengerti dengan apa yang Amira katakan.

     "Oh jadinya betullah you curang?"

     "Mengarut. I tak ada perempuan lain selain you... auch!" Zack mengerang kesakitan setelah merasakan kakinya dipijak tapak kasut bertumit tinggi milik gadis itu.

     "Jangan cakap apa-apa pada I sebab I takkan percaya lagi dengan you! Playboy!"

     "That's not my fault dear..." Zack membela dirinya dari terus dituduh.

     "Liar!"

     Zack menghela keluhan kecil. Susah benar ingin berbincang dengan perempuan tentang sesuatu hal, sudahlah dia tidak pandai memujuk malah dia lebih tidak tahu cara untuk menyakinkan gadis ini tentang cinta ikhlasnya.

     Kocek seluar diraba sebelum dia mengeluarkan sekotak baldu kecil, kotak baldu itu diletakkan di atas meja. Sepasang matanya merenung wajah manis Amira dengan renungan yang penuh makna. Gadis itu masih tidak mahu memandangnya.

     "Ambik ni dan jom kita pergi jumpa mama dan papa you sayang. I dah tak tahu nak cakap macam mana lagi."

     "For what? You nak cakap yang you dah buat kesilapan besar then you nak kahwin dengan I? Atau you nak I jadi mangsa seterusnya?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Amira.

     Tangan kanan Zack diangkat sebelum dahinya ditepuk kuat.

     Fikiran gadis ini sudah sampai ke planet Pluto yang telah hilang dari radarnya. Bagaimana lagi? Ada sesiapa yang mahu membantunya?

     "Okay please be straight, sekarang you nak I buat apa?" Soal Zack setelah dia merasakan bahawa dia perlu ikut rentak gadis ini.

     "Pujuk I." Jawab Amira pendek dan ringkas.

     "Tapi tadi I dah pujuk,"

     "Tadi you menipu! Baik you pujuk sekarang, kalau tak, I lari..." Ugut Amira.

     "I tangkap you then I lempar dalam gaung, try me." Zack mengukir senyuman nakal.

     "How dare you!" Matanya membulat besar, jari telunjuk ditunding tepat di hadapan batang hidung lelaki itu.

     "Setakat perempuan lemah macam you ni, apalah sangat?" Kata Zack bersahaja tanpa dia sedar yang dia telah menuang minyak ke dalam api.

     "Fine! Kita putus betul-betul!" Beg tangannya dicapai sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Zack.

     "Eh? Sebelum ni putus main-main ke?" Soal Zack sendiri sambil merenung belakang tubuh Amira yang kian menjauh.

     "Tak boleh jadi ni..." Dia bangun dari kerusi sebelum dia mengejar langkah gadis itu.

     Tiba di kawasan parkir kereta, kelibat Amira dicari. Bebola matanya berputar ke kiri dan ke kanan, tetapi tiada.

     "Gelap-gelap macam ni rasa seram pulak..." Omel Zack sendiri, cahaya samar-samar dari lampu jalan tidak membantu penglihatannya untuk mencari kelibat gadis itu.

     Kakinya terhenti dari terus melangkah setelah terdengar bunyi tangisan seseorang. Bulu roma menegak menandakan badannya terasa seram sejuk dengan situasi itu.

     Tetapi dia tetap mencari dari mana arah datangnya bunyi tangisan itu. Matanya tertancap pada susuk tubuh yang sedang duduk memeluk lutut di atas jalan tar membelakangi dirinya. Dia masih ingat gaya pemakaian Amira tadi.

     "Sayang? Is that you?" Kakinya terus dilangkah meluru ke arah gadis itu. Dia mula bercangkung.

     "Hey, are you okay?" Soal Zack berbaur kerisauan, tangannya menyelitkan rambut beralun gadis itu ke belakang telinga.

     Kedua-dua belah siku Amira mengeluarkan cecair merah pekat yang banyak. Lampu pada handphone miliknya dibuka, jelas kelihatan darah yang masih mengalir.

     Dengan tiba-tiba gadis itu memeluk tubuh tegapnya membuatkan badan menjadi kaku seperti terkena renjatan elektrik, sejak dari kecil dia tidak pernah dipeluk seorang perempuan termasuklah ibunya sendiri kerana ibunya telah meninggal semasa melahirkannya.

     "Kenapa tak pujuk I. I cuma nak dipujuk dan I boleh maafkan you kalau betul you bersalah, I bukannya kejam sangat, I sayangkan you Zack..." Tersedu-sedu Amira menangis dalam dakapannya.

     "I'm sorry dear, I gurau aje dengan you dan I langsung tak expect yang you akan betul-betul berlari," Zack mengusap lembut belakang tubuh Amira.

     Zack sudah mula rasa lain macam dipeluk sebegitu, dia harus membuat sesuatu supaya Amira melepaskan pelukan yang hangat itu pada batang tubuhnya.

     "You nak mati ke pakai kasut tumit tinggi dan berlari laju-laju macam tadi?" Soal Zack menggunakan nada tenang, tetapi jantungnya tetap berdegup dengan pantas.

     "Ish you ni!" Amira melepaskan pelukan sebelum bahu lelaki itu dipukul beberapa kali tetapi dia kembali memeluk tubuh tegap itu.

     "I suka bau ni..." Ujar Amira perlahan.

     Matanya dipejam rapat, tangan kirinya menari-nari pada dada bidang milik lelaki itu. Zack memejamkan mata menahan rasa, jika dihalang nanti merajuk pula.

     "I rasa kita kena kahwin cepat," ujar Amira setelah lama mereka diam di atas jalan tar.

     "I setu..." Kata-kata Zack pantas dipotong satu suara garau.

     "Bilik ada, atas jalan tar jugak dipilihnya, dekat tempat letak kereta pulak tu," ujar suara garau itu.

     "Kau orang dah nak balik ke?" Soal Zack ingin tahu. Zack bangun dari duduknya seraya menghulurkan tangan pada Amira.

     "Nak balik dah. Takkan kau nak suruh kita orang tengok maksiat dekat tempat letak kereta ni?" Kata Herith bersahaja.

     "Dah okay ke hubungan kau orang yang tak suci ni? Tak takut kena sambar kilat ke buat maksiat kat tempat terbuka macam ni?" Soal Enrique sinis diiringi tawa kecil yang datang dari Herith. Zack dan Amira berpandangan sesama sendiri.

     "Kalau nak kena sambar kilat, tak payah tunggu buat maksiat dulu sebab yang mulut cabul pun patut disambar..." Kata Herith kepada Enrique.

     "Kau orang dua sama je. Mulut bau loji. Taik aku wangi lagi." Celah Hezrick yang berada di belakang mereka. Herith menjulingkan bebola matanya ke atas tanda menyampah.

     "Eh? Kau ada kat sini rupanya. Bukan tadi keluar ke?" Soal Freddy ingin tahu.

     "Tak jadi, Kayla malas." Jawab Hezrick ringkas.

     "Eh? Awak yang pemalas! Saya manalah pandai bawak kereta!" Jawab Mikayla pula.

     Teringatkan tentang perkara yang terjadi sebentar tadi, lelaki itu malas hendak memandu. Pelbagai alasan yang digunakan dan salah satunya, mengawal stereng kereta itu adalah hal yang hanya akan menyusahkan otot-otot lengannya. Bodoh bukan? Tetapi itulah Hezrick.

     "Apa yang terjadi pada awak?" Mikayla meluru ke arah Amira sebelum lengan gadis itu dibelek.

     "Terjatuh tadi." Jawab Amira pendek.

     "Sering kali ku menolak... terjatuh hatiku... padamu yang selalu bersamaku..." Enrique menyanyikan lagu milik Sufian Suhaimi yang bertajuk Harus Aku sambil melangkah ke arah kereta. Merdu saja suara yang digunakannya. 

     "I hantar you ya?" Zack memandang Amira.

     "Tolong hantarkan Kayla sekali, aku ada hal ni." Pinta Hezrick. Matanya masih merenung skrin telefon bimbit. Zack menunjuk thumbs up.

     "Hal apa huh?" Mikayla memanjangkan lehernya bagi melihat skrin telefon Hezrick yang memaparkan gambar seperti peta kawasan.

     "Aku nak pergi tidur dengan perempuan-perempuan lain, bosan jugak asyik dengan kau aje." Kata Hezrick, sengaja ingin mengusik gadis itu.

     Sepasang mata milik Amira membulat besar setelah mendengar kata-kata Hezrick. Lelaki ini pernah tidur dengan Mikayla? Memang nak kena dia ni.

     "You pernah tidur dengan bestfriend I?! You memang lelaki tak guna!" Amira ingin melangkah ke hadapan tetapi langkahnya dihalang Zack.

     "Relax sayang, kenapa asyik nak melenting ni? Period ke huh?" Zack memegang lengan Amira.  

     "Okay..." Jawab Mikayla sepatah.

     "Wow greenlight!" Jerit Herith teruja. Hezrick menayangkan senyuman nakal.

     "Tapi jangan cari saya dah lepas ni..." Mikayla berpaling ke belakang, mengekori langkah Amira menuju ke arah kereta milik Zack.

     Pin! Pin! Pin!

     Bunyi hon kereta mula kedengaran, Enrique akan membunyikan hon keretanya tanpa henti selagi Herith tidak masuk ke dalam kereta kerana Freddy dan Hezrick memandu kereta masing-masing.

     "Bisingnyalah orang gila ni, ya aku datang!" Jerit Herith sambil menuju ke arah kereta milik Enrique.

     "Okay...." Jawab Hezrick, dia melangkah masuk ke dalam perut kereta miliknya tanpa ada rasa untuk memujuk gadis itu.

     Biar sajalah dulu, dia benar-benar ada hal penting ketika ini. Walkie-talkie miliknya dicapai sebelum butang hijau ditekan.

     "Seksyen 160, banglo kuning." Hezrick memberikan nama tempat kepada Freddy.

     "Roger." Jawab Freddy sepatah. Herith dan Enrique hanya diam, mereka berdua sudah tahu ke mana destinasi seterusnya.

     Hezrick mencapai telefon bimbitnya, skrin telefon itu menyala oleh kerana mempunyai sensor sentuhan. Terpampanglah wajah gadis kesayangannya, setiap masa, setiap malam dan juga setiap hari dia merindui gadis ini. Telefon itu kembali diletakkan ke atas seat sebelahnya sebelum dia memulakan pemanduan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience