Bab 29

Action Series 24641

     Isyarat tangan 'jom' ditunjukkan kepada Enrique, Herith dan Freddy. Pada malam ini, mereka semua perlu melakukan tugasan yang telah sekian lama mereka tinggal, malam ini akan menjadi malam permulaan bagi mereka berempat setelah Enrique berjaya memperolehi segala informasi tentang markas ini.

     "Tempat buruk. Tak ada yang selesa sikit ke? Apa yang low taste sangat tuan rumah ni?" Kata Herith sambil menggaru-garu lengannya yang terkena gigitan nyamuk.

     "Diam sial. Kau jangan nak buat masalah malam ni." Hezrick menunding jari telunjuknya tepat pada wajah Herith.

     "Kau patut risaukan dia," Herith menjuihkan bibirnya ke arah Enrique yang sedang bernyanyi kecil. Nada yang digunakan lelaki itu kedengaran semakin kuat.

     "Kalau barang aku boek, aku mantul! Aku ada flight tank sentiasa full! Aku ada kick gila-gila memang goal! Acara ku lain bukan internet troll, okay dengar... arghh!" Belum sempat dia menghabiskan lagu yang bertajuk 'Ha Tepok' nyanyian Meerfly, Kidd Santhe dan Mk, kepalanya diketuk Hezrick.

     "Bising setan. Nyanyi dekat rumah sudahlah." Marah Hezrick. Enrique menjeling lelaki itu sebelum dia membuka langkah berpatah balik.

     "Aik? Nak gi mana pulak?" Soal Herith bersama dahi yang berkerut melihat Enrique.

     "Aku nak balik dan bernyanyi dekat rumah, abang kau suruh, cau." Enrique meneruskan langkah ke hadapan tanpa menunggu balasan daripada mereka bertiga. Freddy menarik kuat belakang baju Enrique.

     "Jangan nak mengada, jalan cepat." Freddy menolak kasar belakang tubuh Enrique mendorong lelaki itu bergerak ke hadapan.

     "Kau orang ni buat kerja jahat pun nak ajak aku. Aku nilah manusia paling baik tak membunuh, merompak, mencuri dan paling penting aku tak mengedar dadah," omel Enrique sendiri, kakinya tetap melangkah ke hadapan.

     "Benda yang dia sebut tulah perangai dia yang sebenar." Freddy menjulingkan bebola matanya ke atas mendengar omelan bodoh Enrique.

     Langkah Enrique terhenti secara mengejut membuatkan Herith tertolak belakang tubuhnya sebelum mereka berdua terjatuh di atas rumput.

     "Kau apahal tolak-tolak aku?!" Enrique menolak kasar tubuh Herith yang begitu hampir dengannya.

     "Kau tu apahal berhenti tak bagi lampu merah? Dah rosak ke lampu break kau ni?" Herith menepuk kuat punggung Enrique.

     Sepasang mata Enrique menikam tajam wajah Herith, pantang betul dengan orang yang main sentuh-sentuh punggung mahalnya ini. Lama mereka melawan mata seperti itu dan akhirnya...

     Pang!

     Enrique menampar kuat wajah Herith sebelum dia bangun kemudian berlari ke arah belakang rumah sasaran mereka. Herith merengus kasar kerana tidak sempat menangkap lelaki gila itu. Kau tunggulah nanti sial!

     Hezrick menghulurkan tangannya ke arah Herith bagi mengangkat lelaki itu, Herith menyambut tanpa banyak bunyi.

     "Aku pesan lagi sekali, jangan buat hal," pesan Hezrick sebelum dia melangkah mendahului Freddy dan Herith.

     Herith mengangkat simbol 'OK' bersama senyuman manis yang dibuat-buat. Jangan haraplah dia akan mengalah dengan Enrique sial itu kali ini.

     "Bodohnyalah. Senang sangat sistem yang dia guna, tak up to date langsung," kata Enrique sambil menekan-nekan kata kunci pada sebuah alat keselamatan di pintu masuk rumah itu.

     Tet!

     Tanpa menunggu, dia terus melangkah masuk ke dalam.

     Hezrick menjadi orang yang terakhir memasuki rumah tersebut, pintu ditutup kembali.

     "Gelapnya rumah ni..." Bisik Herith.

     "Bukak flashlight," arah Enrique sebelum dia menekan on flashlight pada skrin telefon bimbitnya namun lampu di ruang itu pula yang terang terpasang.

     "Kau tekan apa sebenarnya?" Soal Freddy ingin tahu.

     "Inilah flashlight aku. Gempak tak? Teruja tak?" Enrique membuat muka bangga walaupun dia tahu bukan dia yang membuka lampu di ruang itu, saja cakap nak buat sedap.

     Hezrick memerhati dahi Enrique yang mempunyai lampu merah seperti laser, matanya diliarkan ke sekeliling bagi mencari si gerangan yang telah mensasarkan dahi Enrique.

     Tubuh Enrique ditolak ke tepi setelah melihat lampu merah itu bertukar menjadi hijau menandakan penembak tersebut akan menembak dalam masa tiga saat.

     Bang!

     Satu tembakan tersasar mengenai sofa sehingga berlubang sekaligus mengeluarkan asap halus. Freddy dan Herith menunduk sebagai langkah berjaga-jaga.

     "Sebenarnya aku nampak dia nak bunuh aku. Aku saja nak uji sejauh mana cinta kau kat aku. Ternyata jauh jugak. I love you too!" Jerit Enrique kuat sebelum dia bangun seraya mencapai pistol di belakang seluarnya.

     "What the fuck? Hal hidup dengan mati pun boleh bawak main ke? Kalau Ricky tak sempat tadi macam mana?" Freddy nampak begitu tidak puas hati dengan apa yang telah Enrique lakukan.

     "Berkabunglah kau tiga hari pakai baju warna hitam!" Jerit Enrique yang kian menjauh kerana mengejar si musuh di tingkat atas.

     "Sini kau setan!" Jeritan Enrique semakin kuat kedengaran di tingkat atas.

     "Bahaya jugak hidup dengan manusia yang tak takut mati macam dia tu kan?" Soal Herith pada Freddy.

     "Watch out!" Jerit Hezrick apabila terlihat dua orang lelaki sedang menghalakan muncung rifle ke arah Freddy dan Herith.

     Freddy dan Herith bergerak pantas berselindung di sebalik dinding diiringi bunyi tembakan.

     Bang! Bang! Bang! Bang!

     "Ada empat ekor babi je dalam ni!" Jerit Enrique dari tingkat atas.

     Hezrick menghela nafas kecil melihat salah seorang daripada empat orang itu berada di hadapannya bersama sepucuk pistol di tangan.

     "Jangan main senjata boleh? Nanti kena tembak sakitlah," Hezrick menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal bersama senyuman kekok.

     Bang!

     Satu das tembakan dilepaskan ke arahnya. Fuh! Nasib baik dia sempat menunduk. Sepasang mata oren kekuningan itu menikam tajam wajah musuhnya sebelum dia mencapai sepucuk pistol di belakang seluar lalu...

     Bang!

     "Aku dah cakap tadi tak nak main senjata tapi kau degil, tengok! Kan dah kena tembak! sakit kan?!" Soal Hezrick. Tembakannya tadi tepat mengenai bahu lelaki yang sedang meringis kesakitan itu.

     Wajah lelaki itu disepak berkali-kali sehingga mengeluarkan darah pekat.

     "Bro, barang tu ada pada Freddy. Dia dah bawak lari tapi dia tersalah ambik!" Jerit Herith yang berada di tingkat atas.

     "Apa yang sial sangat dia tu?!" Hezrick meramas kasar rambutnya.

     Herith menoleh ke arah Enrique, kelihatan lelaki itu pantas menekan butang hijau pada walkie-talkie miliknya bagi mengarahkan Freddy membuang barang yang telah diambil.

     "Hezrick cakap kau sial. Lebih baik kau buang barang yang kau ambik tu! Itu bomlah bodoh!" Jerit Enrique kuat pada walkie-talkie tersebut.

     Freddy yang sudah berada di luar kawasan rumah mempamerkan muka cuak. Sepantas kilat dia membaling bom itu ke dalam gaung di dalam hutan berdekatan sebelum...

     Boom!

     Bunyi letupan terhasil daripada barang itu membuatkan Freddy memegang dadanya yang berdebar kencang, sesaat saja Enrique terlewat memaklumkan kepadanya tadi, sudah tentu dia akan 'jalan' terlebih dahulu.

     Hezrick menendang sebuah pintu bewarna putih susu. Di dalam bilik itu terdapat beberapa buah meja yang memiliki komputer canggih. Sepasang mata Enrique membulat besar melihat keadaan bilik itu, penuh dengan barang-barang kegemarannya!

     "Agak-agak kalau aku bawak lori untuk curi semua ni okey tak?"

     "Tak perlu bro, aku boleh beli yang lebih bagus untuk kau, pergi cari barang tu sekarang," arah Hezrick sebelum dia mengeledah almari berdekatan.

     Enrique menjulingkan bebola matanya ke atas. Boleh beli yang lebih bagus konon. Sembang je banyak!

     Tidak semena-mena kepalanya disimbah air membuatkan dia terkejut beruk. Kedua-dua belah tangannya memegang rambut yang basah kuyup. Sejuklah sial!

     "Apa yang kau cuba buat ni?" Soal Enrique tenang dengan mata menikam tajam wajah tidak bersalah Herith.

     "Aku bau kau macam busuk, itu sebabnya aku tolong simbah air. Nak suruh aku sabunkan sekali tak?" Soal Herith tanpa ada rasa takut melihat sepasang mata biru bersinar itu merenung tajam ke arahnya.

     "Pergi mampuslah kau." Kata Enrique sebelum dia meneruskan pencariannya, cepat dapat cepat balik. Boleh dia membalas dendam terhadap Herith si bangsat ini.

     Herith melepaskan tawa terbahak-bahak melihat wajah ketat Enrique mengawal marah namun tawanya terhenti setelah melihat wajah bengis Hezrick merenung ke arahnya.

     "Okay I'm sorry." Herith mengangkat kedua-dua belah tapak tangannya tanda berserah.  

     Tiba sahaja di rumah, mereka berempat terus memasuki kamar masing-masing untuk tidur setelah penat beraksi. Enrique dikecualikan kerana dia perlu menyelesaikan satu lagi tugasan iaitu memeriksa barang berbentuk laptop yang baru sahaja diambil mereka.

     Barang itu adalah milik seorang lelaki tua yang telah lama menjadi kawan kepada Hezrick. Lelaki tua itu juga yang mengarahkan mereka supaya mengambil kembali barang tersebut. Kali ini, dia perlu periksa bagi memastikan bahawa barang itu adalah barang original yang mereka cari.

     "Bahaya betul binatang ni. Nak buka pun tak boleh," omel Enrique sendiri.

     Barang itu diletakkan ke dalam satu mesin yang mampu mengimbas kata kunci sesuatu barang namun mesin pengimbas itu mengatakan bahawa barang tersebut tiada kata kunci membuatkan Enrique melepaskan keluhan besar.

     "Seriouslah? Mesin aku ni baru lagi, lebih baik kau bekerja sekarang, bagi info pada aku cepat!" Enrique mengetuk-ngetuk kasar mesin itu menggunakan remote yang dipegangnya. Tidak lama kemudian, pintu bilik makmal itu ditolak seseorang.

     "Bro, susu untuk kau," Herith menghulur secawan susu kepada Enrique.

     "Susu? Sejak bila aku minum susu? aku nak coklat panaslah.",

     "Aku dah ambik ni kira bernasib baiklah. Jangan banyak bunyi, minum sekarang!" Herith meletakkan gelas itu ke atas meja berdekatannya.

     "Pot pet pot pet pot pet macam pak nenek," bebel Enrique sendiri tetapi masih boleh didengari oleh Herith.

     "Mak neneklah!"

     "Tak tahu. Aku tak belajar semua tu," kata Enrique bersahaja, tangannya mencapai gelas yang terisi susu itu lalu diteguknya rakus.

     "Kalau tak belajar, diam okey?"

     "Tak boleh diam bro. Mulut aku ni memang dicipta untuk memangkah manusia keji macam kau," Enrique tersenyum sinis.

     "Aku rasa mesin ni dan kepala otak kau dah rosaklah Enrique, otak kau ada expired date kan? Bila tarikh tu?"

     "Esoklah sembang. Aku nak buat kerja ni, tak tidur aku selagi tak jumpa apa yang Ricky nak." Enrique menghempas kasar punggungnya ke atas sofa.

     "Alright!"

     Herith mula melabuhkan punggungnya di sebelah Enrique, badannya disandarkan pada penyandar sofa yang empuk itu sebelum matanya dipejam rapat. Tidak lama kemudian, kedua-dua mereka tertidur kepenatan.

     Peperiksaan terakhir bagi semester pertama baru sahaja berakhir, Amira tersenyum lebar memikirkan tempat-tempat pelancongan untuknya menghabiskan masa cuti ini.

     "Kita pergi tempat ni nak?" Amira terus menghalakan skrin telefon bimbitnya pada Mikayla yang duduk di kerusi bertentangan.

     Skrin telefon itu menunjukkan pemandangan pantai yang cantik dan tenang. Amira slide gambar itu ke kiri dan kali ini gambar menunjukkan chalet yang tampak mewah bersama rekaan tradisional.

     "Tapi awak tahu kan saya susah nak keluar?" Mikayla menolak telefon bimbit itu.

     "Saya yang akan mintak izin dia. Kalau dia tak nak izinkan jugak, saya ugut dia," Amira tersenyum jahat.

     "Huh? tak baik tau ugut-ugut dia,"

     "Menyampah saya. Semua tak nak bagi, bukannya awak pergi jual body pun," Amira menjulingkan matanya ke atas.

     Mikayla hanya mampu tersenyum. Dia sedar akan perangai ayahnya yang terlalu berjaga-jaga. Dia sendiri tidak tahu mengapa ayahnya begitu susah untuk memberi kebenaran padanya keluar bercuti bersama rakan-rakan, nak kata tidak mampu itu tak juga.

     Nama Mikayla dipanggil satu suara garau dari arah belakang mereka, mereka berdua menoleh ke belakang secara serentak. Kelihatan Freddy dan Hezrick berjalan dengan penuh gaya ke arah mereka.

     Gadis-gadis yang teruja berselisihan dengan mereka berdua langsung tidak dipandang.

     "Hey, dah habis exam? Jom jalan-jalan?" Freddy menjongketkan sebelah keningnya.

     "I nak keluar dengan Zack malam ni. Sorry I tak boleh join you," jawab Amira sambil menekan-nekan skrin telefon bimbitnya.

     "I tak ajak you pun, jangan perasan sangat boleh tak?" Freddy tersenyum sinis.

     "Ish suka hati youlah!" Amira memalingkan wajahnya ke sisi.

     "Kami nak balik dan rehat! Malam baru boleh berjalan, jom Kayla." Amira terus menarik lengan Mikayla kemudian beredar dari situ.

     Mikayla melambai-lambai tangannya ke arah Hezrick dan Freddy. Hezrick tersenyum seraya membalas lambaian gadis kesayangannya itu.

     "Tak nak kejar dia ke?" Soal Freddy ingin tahu setelah dua orang gadis itu sudah tidak lagi kelihatan di kornea mata mereka.

     "Tak apa lah. Tengok muka dia macam penat je. Malam nanti pergi rumah dia," kata Hezrick sebelum dia melangkah mendahului Freddy.

     Freddy menggeleng beberapa kali, jika tak berjumpa sehari tak bolehkah?

     Kereta milik Amira disekat sebuah kereta jenis Honda City bewarna hitam. Apa masalah kereta itu tiba-tiba sahaja menyekat jalannya? Nasib baik jalan itu lengang. Jika tidak, pasti berlakunya pelanggaran.

     Kelihatan seorang lelaki berbaju t-shirt biru gelap keluar daripada perut kereta. Mikayla dan Amira membulatkan mata melihat susuk tubuh lelaki yang dikenali mereka itu, lelaki itu menghampiri kereta mereka sebelum tingkap di sebelah Mikayla diketuk.

Hai, ada yang bertanya sebutan nama Enrique.
Enrique = Enrik
Ha macam tu tau sebutannya wahai pembaca-pembaca sekalian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience