Bab 52

Action Series 24670

    Tubuh Hezrick yang sedang lena ditolak sedikit. Tangan kiri sudah terasa lenguh akibat ditindih tubuh lelaki itu. Bila lelaki ini pulang? Dia langsung tidak sedar. Tiba-tiba sahaja sudah berada di sebelahnya.

     Wajah Hezrick direnung lama. Tangan kanannya mula mengusap kepala lelaki itu. Rindunya terhadap lelaki ini sudah melebihi tahap yang tidak boleh dibawa berbincang lagi.

     "Hmm..." Hezrick menggeliat sehingga tubuhnya terlentang.

     "Hmm..."Mikayla mengajuk suaminya bersama senyuman manis.

     "Hmm..." Sekali lagi lelaki itu berbunyi membuatkan Mikayla tertawa kecil. Sedang tidur pun nampak comel sahaja suaminya ini.

     Kucupan di pagi hari dihadiahkan pada dahi Hezrick. Dia mula berdiri. Dahi berkerut menahan sakit pada kaki kanannya. Mulutnya mendesis kecil apabila dia mula melangkah untuk ke tandas.

     "Sakitnya..." omelnya sendiri sambil berjalan secara perlahan-lahan.

     Hezrick mencelik mata setelah terdengar suara isterinya menahan sakit.

     "Woi, nak pergi mana?"

     Mikayla tersentak mendengar teguran kasar itu. Dadanya dipegang sebelum kepalanya dipalingkan ke belakang.

     "Tandas, mandi..." jawab Mikayla malas.

     "Mandi dengan aku jelah hari ni." Hezrick mendekati Mikayla.

     Sepasang mata Mikayla membulat besar. Mandi dengan dia?!

     "No no no... Awak tak boleh angkat saya sebab paha belakang ni sakit sangat-sangat."

     "Sini aku papah kau." Hezrick terus memegang lengan kanan gadis itu.

     "Saya boleh jalan sendiri."

     "Easy sayang." Hezrick terus memapah gadis itu masuk ke tandas sebelum dia berdiri di muka pintu.

     "Terima kasih, awak boleh pergi." Mikayla menutup pintu namun ditahan Hezrick. Seram pula dia melihat riak wajah tenang lelaki itu.

     "Janganlah! Tak boleh! Saya tak nak mandi dengan awak!"

     Hezrick meletakkan jari telunjuk pada bibir sebelum dia memasuki tandas itu. Pintu dikunci. Wajah pucat Mikayla direnung hairan.

     "Relaks okey? Aku cuma nak tolong kau mandi. Takkan tak boleh kut?" Hezrick mengangkat sebelah keningnya.

     "Tak boleh." Mikayla pantas menjawab.

     "Boleh." Hezrick tersenyum nakal seraya menanggalkan baju.

     "Sini bagi aku tengok luka kau." Hezrick menunduk sedikit, paha gadis itu dipegang.

     Mikayla menggeleng laju sambil berundur beberapa langkah.

     "Jangan dekat dengan saya... Please... Saya malu..." Rayuan Mikayla membuatkan Hezrick tertawa kecil.

     "Aku suami kau bukannya suami orang lain. Sini aku nak hilangkan malu kau tu dulu." Hezrick terus merangkul pinggang ramping Mikayla.

     "Saya minta maaf..." ucap Mikayla seraya membalas pelukan suaminya.

     "Sayang buat salah apa?"

     "Saya tak ikut pesanan awak," balas Mikayla sayu. Matanya berkaca-kaca memikirkan kejadian dua hari lepas.

     "Salah kau besar sangat. Nak aku maafkan macam mana?" 

     "Tolonglah maafkan saya... Saya tak nak jadi isteri derhaka. Macam mana kalau hidup saya nak tenang lepas ni? Hukumlah saya asalkan saya dapat kemaafan awak." Mikayla mengangkat wajahnya. Mata mereka bersambung tepat.

     "Okey dimaafkan."

     "Apa hukuman saya?"

     "Nanti aku fikir. Sekarang ni kita mandi dulu." Hezrick meleraikan rangkulan sebelum dia melangkah ke bathtub.

*****

     Tersedak Freddy mendengar perbualan Ferliy bersama Firaz. Pasangan suami isteri itu tidak perasan akan kehadirannya  di sini kah?

     "Abang tak rasa yang Ferliy ni dah gemuk ke?" Ferliy memandang Firaz.

     "Iya gemuk," jawab Firaz dengan malas. Matanya langsung tidak dicelik. Ferliy membulatkan mata mendengar jawapan itu.

     "Seriously?!" Ferliy seakan tidak percaya. Kedua-dua pipinya dipegang.

     "Iye dear, awak dah gemuk, makan tak jaga, selalu nak salahkan baby. Malam-malam kacau abang tidur, dalam fikiran itu asyik nak makan makan makan..." bebel Firaz yang mula mencelikkan mata merenung wajah isterinya.

     "Habis tu abang nak cakap yang selama ni abang terpaksa jaga Ferliy?" soal Ferliy dengan nada yang tidak berpuas hati. Sudu diletakkan ke atas pinggan.

     "Mana ada! Kalau abang terpaksa, abang takkan layan awak ni, tahu tak?"

     "Hmmph!" Ferliy terus bangun dan meluru ke arah peti.

     "Ha nak ambik coklatlah tu. Bila marah makan, merajuk makan, manja makan, nak tidur pun makan. Dah gemuk mulalah nak suruh abang cakap awak kurus..." bebel Firaz lagi. Degil betul isterinya ini.

     Belakang tubuh isterinya direnung tajam. Gadis itu memalingkan tubuh ke arahnya sambil mengangkat semangkuk salad yang dibuatnya semalam.

     "Fred, tolong suruh Firaz diam." Ferliy menjeling wajah suaminya lalu melangkah pergi bersama mangkuk tersebut.

     "Suka hati awaklah nak merajuk ke apa." Firaz meletakkan kepalanya ke atas meja.

     "Teruknya bini kau tu. Dah salah beri didikan ni," ujar Freddy sambil menggeleng kecil.

     "Dulu dia tak macam tu pun. Biasalah ibu mengandung ni emosi dia lebih, ego pun makin tinggi. Merajuk tu tak payah cakaplah, teruk sangat tapi kejap lagi okeylah tu." Firaz menoleh ke arah Freddy yang sedang mencicip air.

     "Sedih betul hidup kau..." Freddy tersenyum kecil. Nasib baiklah lelaki itu tidak pernah jemu melayan karenah Ferliy yang entah apa-apa.

     "Ada orang kat luar pagar," maklum Ferliy perlahan. Jarinya ditunding ke arah luar tingkap.

     Freddy dan Firaz terus bangun dan meluru ke suatu sudut di ruang tamu di mana terletaknya sebuah skrin bagi melihat rakaman di kawasan pagar. Skrin itu ditekan-tekan Freddy.

     Lelaki yang tidak dikenali berdiri di luar pagar dengan mata yang diliarkan ke sekeliling rumah seperti sedang mencari sesuatu.

     Freddy menekan pause untuk melihat sesuatu yang terlekat di sebelah pipi lelaki itu dengan lebih jelas. Tattoo berbentuk permata berwarna merah kelihatan.

     "Tattoo tu bukannya... Oh shit!" carut Firaz.

     Seakan tidak percaya dengan apa yang telah dilihatnya. Ferliy mencubit geram pinggang suaminya. Firaz menoleh ke arah Ferliy.

     "Dear, dia nampak awak tak?" soal Firaz kerisauan. Kedua-dua belah bahu gadis itu dipegang.

     "Tak kut, sebab Ferliy tengok di sebalik langsir tu je." Ferliy menunjuk satu sudut.

      "Aku rasa dia nampak." Freddy menekan satu butang bewarna hitam di sebelah skrin itu.

     "Bro masuk bro." Freddy memanggil Enrique melalui walkie-talkie.

     "Iye kenapa? Dah ada yang mati ke kat rumah tu?" soal Enrique bersahaja.

     "Skrin ni tak detect team Cobra. Mana dia orang pergi?" Mata Freddy tidak lepas dari memandang skrin.

     "Kejap, aku sambungkan dengan Ejad," ujar Enrique.

     Tet! Tet! Tet!

     "Apahal bro?" soal Ejad di dalam talian. Jelas kedengaran bunyi gelak tawa yang menjadi suara latar.

     "Mana gps kau lahanat?!" soal Enrique bengang.

     "Dah hancur. Budak-budak ni main baling semalam."

     "Ada kerja ni, kuli-kuli aku yang lain cukup tak tu?" soal Enrique. Matanya masih melekat pada skrin komputer miliknya.

     "Cukup bos! Semua tengah makan nasi lemak."

     "Bagus-bagus. Makanlah makanan yang berlemak bagi nampak gemuk sikit barulah musuh gentar," celah Freddy yang sejak dari tadi mendengar perbualan mereka.

     "Woo bos Fred bersuara! Dengar ni guys." Ejad menekan butang ulang suara. Walkie-talkie miliknya diangkat tinggi. Jarang-jarang sekali dapat mendengar suara emas Freddy.

     "Bagus-bagus, makanlah makanan yang berlemak bagi nampak gemuk sikit barulah musuh gentar."

     Ulangan suara itu didengar beberapa kali. Anak-anak buahnya yang sedang bersarapan pagi melepaskan tawa masing-masing.

     Ferliy memandang Freddy. Gadis itu tergelak kecil setelah melihat wajah merah Freddy menahan marah. Freddy hanya diam, bertemu nanti mahunya dia mengetuk kepala kelima-lima orang anak buah Ejad itu.

     "Pukul dua datang office bro, Ricky ada sekali. Sistem yang musuh pakai tu dimatikan dua jam so aku tak dapat kesan anak anjing siapa tu. Bijak tapi tetap nampak bodoh sebab buat kerja kantoi, sial lah! Puih!" Enrique rasa bengang apabila berurusan dengan penggodam yang lebih bodoh daripadanya.

     Setakat ini, belum pernah lagi dia mengenali musuh yang lebih handal daripadanya. Yang ada hanyalah lembab-lembab semua.

     Teringat pula akan Edward Benzlen yang telah mempelajari ilmu jahat daripadanya. Kini, lelaki itu sudah handal menguasai pelbagai cara kotor dalam kerjanya sebagai penggodam berjaya, yeah!

     "Si boss," (Baiklah bos,) jawab Ejad pendek sebelum talian diputuskan.

     "Kejut Ricky tu, pesan kat dia, jangan tahu nak berasmara je sial," kata Enrique.

     Freddy terus menekan butang merah bagi mengeluarkan taliannya. Jika dilayan, semakin menjadi-jadi perangai gila lelaki itu.

     "So, apa yang Ferliy boleh tolong?" soal Ferliy ingin tahu. Freddy dan Firaz menoleh serentak ke arahnya sebelum mereka berdua melepaskan tawa kecil.

     "Duduk diam-diam dan layan suami kau ni." Freddy menggosok kasar kepala adiknya sebelum dia melangkah pergi. Ferliy mendongak memandang Firaz yang merenungnya.

     "Tapi baby nak tolong jugak." Wajahnya dibuat-buat sedih mengambil simpati lelaki itu.

     "Tengoklah, guna alasan baby lagi. Sikit-sikit baby yang kena, bahayalah dear. Kalau awak tak mengandung pun abang takkan benarkan awak ikut." Firaz merenung ke dalam anak mata biru bersinar milik isterinya.

     "Hm kalau macam tu, jomlah masuk bilik." Ferliy menarik lengan suaminya.

     "Pagi tadi cakap hari ni nak duduk luar bilik. Dah kenapa pulak sekarang?"

     "Betul cakap Fred, kerja Ferliy layan abang jelah." Ferliy tersenyum menayangkan sebaris gigi.

     "Yang ni abang setuju."

     "Sebenarnya kaki Ferliy sakit, abang tolong urutkan ya?" sambung Ferliy setelah mereka berada di tengah tangga.

     "Iye, isteri abang sakit mestilah abang boleh tolong." Firaz bertindak mencempung tubuh gadis itu.

*****

     Wajah Herith yang sedang lena direnung lama. Dahinya berkerut melihat lelaki itu di sofa. Baru sahaja beberapa minit yang lepas, lelaki itu menganggunya membuat kerja tetapi sekarang sudah tidur? Mungkin sudah penat mengganggu hidup orang.

     "Bangun-bangun, kita ada meeting ni..."

     Herith bergerak mengiring ke arah penyandar sofa. Tiada tindak balas positif ditunjukkan. Enrique menghela nafas.

     "Herith! Herith! Herith!" jeritnya memanggil nama lelaki itu.

     "Malaslah, aku mengantuk ni. Kenapa kau selalu kacau masa rehat aku? Tadi marah sangat aku duduk sebelah kau," kata Herith bersama suara serak basah tanpa mencelik mata.

     "Eh setan, kalau kau duduk diam-diam tak apa. Tapi tangan kau tu buat aku rimas, tekan sana tekan sini sampai habis sistem lari."

     Enrique bercekak pinggang berdiri menghadap Herith yang sedang baring. Herith mengangkat sebelah tangan menunjuk simbol 'OK'.

     "Suka hatilah bangsat." Enrique mengatur langkah keluar dari bilik pejabatnya.

     Herith mencelik mata.

     "Aku tengah merajuk tapi dia langsung tak nak pujuk? Siap mencarut lagi kat aku tu!" Herith bangun dan duduk dengan perasaan yang bengang.

     Dengan penuh malas akhirnya dia berdiri dan terus melangkah keluar dari bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience