Bab 61

Action Series 25243

     Seusai solat subuh, Hezrick melangkah keluar dari bilik dan terus turun ke bawah. Freddy yang sedang baring di sofa ruang tamu ditegurnya.

     "Kau dah solat ke belum?"

     "Entah Enrique," jawab Freddy tanpa menoleh ke arah Hezrick. Tiba-tiba nama Enrique pula dipetiknya.

     "Aku tanya kau, bukan Enrique."

     "Tak." Freddy menoleh ke arah Hezrick sekilas sebelum matanya kembali melekat pada skrin telefon.

     "Pergi solat sekarang." Punggung dilabuhkan ke atas sofa.

     Freddy tidak menjawab. Dia bangun lalu melangkah ke tangga. Pintu bilik Enrique ditolak. Kelihatan lelaki itu sedang duduk di kerusi menghadap komputer. Itu saja kerja Enrique setiap hari.

     "Kau dah solat ke?" soal Freddy. Enrique yang memakai kaca mata bewarna hitam menoleh ke arah Freddy.

     "Err tak lagi. Aku tunggu Herith mandi kejap. Kenapa? Nak jadi imam ke? Sejak bila alim macam ni?"

     Freddy tidak menjawab. Punggungnya dilabuhkan ke birai katil. Buku yang terletak di atas meja lampu sisi katil diambil. Dahinya berkerut melihat kulit buku yang menyeramkan itu.

     "Kenapa kau baca cerita hantu ni?"

     "Aku cuma nak tengok ciri-ciri muka dracular, itu yang sampai beli buku cerita vampire."

     "Kau tirulah macam mana sekalipun, perangai kau tetap macam syaitan," omel Freddy.

     "Apa? Kurang dengarlah." Enrique mengerutkan dahi memandang Freddy.

     "Jom solat," kata Herith yang baru memasuki bilik tidur Enrique.

     "Kau curang ke?" Herith mengangkat sebelah keningnya.

     "Tak." Enrique menggeleng kecil.

     "Habis tu apa yang Fred buat dalam bilik kau pagi-pagi buta macam ni? Kau tidur dengan dia ke? Semalam kau cakap aku seorang je boleh tidur dengan kau dalam bilik ni." Herith menjeling wajah Freddy sebelum matanya kembali melekat pada riak biasa Enrique.

     "Kau demam ke? Aku bukan homoseksual. Sebelum batal wudu' aku baik kita solat sekarang. Biar aku imamkan." Enrique terus membentangkan sejadah miliknya.

     Freddy dan Herith diam menurut. Tetapi lelaki itu pandai jadi imam ke? Mungkin pandai?

*****

     Pelbagai jenis senjata disusun ke bawah seat kereta. Freddy mengangkat beg-beg bagasi yang akan dibawa pulang ke Malaysia.

     Bebola matanya diputarkan ke arah tiga buah kereta yang baru sahaja dipakir di hadapan pagar rumah Ad. Dahinya berkerut. Siapa pula mereka itu? Anak-anak buah Ricky datang untuk ucapkan selamat tinggalkah?

     "Masuk Fred!" jerit Ad yang berada di balkoni tingkat kedua.

     Freddy menunduk setelah perasan akan rifle yang diacu musuh ke arahnya. Musuh mula keluar dari kereta bersama senjata di tangan masing-masing.

     "Babilah main serang tiba-tiba macam ni." Freddy menghela nafas. Musuh melepaskan beberapa das tembakan mengenai sisi kereta Hezrick.

     Dia terus berlari masuk ke dalam rumah sebaik sahaja mempunyai peluang.

     "Berani betul dia orang ni. Kalau aku ada kereta kebal sekarang habis aku lenyek semua sampai jadi daging burger." Enrique merenung ke luar tingkap.

     Bang! Bang!

     Dia sempat mengelak dari terkena dua das tembakan yang menyebabkan tingkap itu pecah.

     "Babi nasib baik aku sempat elak," kata Enrique bengang. Tingkap nampak mahal tapi bukan kalis peluru. Sial betul.

     Tembakan dari luar membuatkan Freddy dan Herith menunduk serentak. Mereka bergerak secara berniarap di lantai mencari dinding yang boleh dijadikan sebagai penghadang dari terkena peluru.

     "Kau jaga atas Enrique." Freddy memandang Enrique yang sedang memegang rifle.

     "Kau siapa nak arah-arah aku? Biarlah aku nak bergembira dekat bawah hari ni." Enrique menjeling Freddy sebelum dia melangkah ke pintu.

     "Memang nak mati budak ni." Freddy menggeleng kecil.

     Enrique menendang pintu pintu. Dia bersumpah akan menghancurkan rumah Ad pada hari ini. Belakang tubuh disandarkan pada dinding di tepi bingkai pintu. Sesekali dia membalas serangan musuh.

     Sebutir bom tangan tiba-tiba masuk melalui pintu itu kemudian meletup dengan kuat. Freddy sempat berselindung di sebalik sofa.

     "Ya Allah sakitnya!" Herith melutut di lantai sambil menahan sakit pada bahunya yang terdedah.

     Separuh daripada bajunya terbakar akibat letupan itu. Walaupun impak letupan itu tidak terlalu kuat tetapi disebabkan jarak yang terlalu hampir membuatkan dia terkena tempiasnya.

     "Baru nak ingat tuhan? Ish ish ish." Enrique menggeleng kecil.

     "Diamlah kau! Aku rasa macam dah nak mati ni." Perlahan-lahan Herith mengatur langkah menuju ke tangga.

     "Okey aku diam. Kau pergi rehat dulu. Biar aku lenyekkan daging-daging segar tu untuk kau." Enrique tersenyum jahat.

     "Tak habis-habis nak lenyek daging orang dia tu..." omel Freddy sambil memeriksa senjata di dalam almari. Sepasang matanya bersinar melihat beberapa laras senjata yang tersusun elok di situ.

     Herith menolak sebuah pintu bilik di tingkat kedua rumah itu. Dahinya berkerut melihat Mikayla yang berniarap ni lantai.

     "Kau tengah buat apa tu?"

     "Lebih baik awak tunduk. Bila-bila masa je peluru tu boleh tembus tingkap bilik ni." Mikayla perlahan-lahan mengangkat wajah memandang Herith. Matanya membuntang.

     "Awak cedera!" jeritnya.

     "Biasalah anak jantan kan? Ke tepi, aku nak cari bom ni." Herith mengatur langkahnya menuju ke almari berhampiran kakak iparnya.

     Mikayla terus mengesot. Tembakan yang mengenai dinding berdekatan almari itu membuatkan dia kembali menunduk mencecah lantai.

     "Kalau kena kepala aku tadi sumpah aku jadi syaitan penganggu rumah tangga manusia atas muka bumi ni."

     Tangannya terus membuka almari tanpa menunggu balasan dari gadis itu. Dia tahu Mikayla hanya akan berdiam diri. Wajah pucat gadis itu jelas kelihatan. Takut mati rupanya.

     "Saya tak boleh tahan lagi." Mata Mikayla mula merembeskan air. Hezrick dan Ad masih berada di balkoni bilik sedang berbalas tembakan.

     "Hey jangan menangis. Jom ikut aku baling mercun kat tingkat atas. Kau duduk bazirkan air mata dekat sini pun tak ada guna." Herith membelek beg hitam yang dipenuhi bom tangan itu.

     Mikayla mengangguk. Perlahan-lahan dia berdiri. Air matanya diseka menggunakan lengan baju. Dia perlu tabah dengan semua ini. Beginilah cara hidup bersama lelaki-lelaki mafia itu.

     Herith mengukir senyuman, jari telunjuk diletakkan di bibirnya menyuruh gadis itu diam.

     Mikayla menoleh sekilas ke arah Hezrick yang sedang melutut sambil berbalas tembakan di balkoni sebelum langkah pantas Herith dibontotinya. Mereka berdua meniti anak tangga menuju ke tingkat paling atas.

     "Kau pegang satu dan aku pegang tiga." Herith menghulurkan sebutir bom tangan pada Mikayla.

     "Tak bahaya ke awak pegang sampai tiga? Abang awak tak marah?" Mikayla tetap menyambut huluran itu.

     "Berani dia nak marah aku? Seronok apa dapat pegang bom banyak-banyak. Luka belakang bahu aku ni si anjing sial tulah yang buat. Aku nak balas balik. Biar dia orang tahu kedudukan aku sentiasa dekat atas," jawab Herith yang mula duduk bercangkung di balkoni. Mikayla turut bercangkung di sebelahnya.

     "Sini aku ajar kau. Tarik yang ni dan terus lempar ke bawah. Pastikan betul-betul bawah tau. Jangan tak sampai pulak kang mati kita dua kat sini menangis Ricky." Herith tersenyum kecil memandang Mikayla.

     "Tarik yang ni ke?" Tangan Mikayla terus menarik besi di kepala bom itu.

     "Lempar sial! Lempar!" jerit Herith cemas sambil menepis tangan Mikayla yang memegang bom itu sebelum tubuh Mikayla ditarik ke belakang.

     Boom!

     Dia menarik nafas lega sebaik sahaja melihat butiran bom itu terjatuh dari balkoni. Wajah cuak Mikayla dipandang.

     "Nakal betul kau ni. Harap sangat otak anak kau nanti tak lembab macam kau. Puas aku nak melayan. Sudah, biar aku buat seorang. Kerja kau perhati sambil belajar." Herith merangkak ke balkoni tadi untuk melempar bom yang seterusnya.

     Dalam situasi lain, Ad berhenti melepaskan tembakan lalu menoleh ke arah Hezrick setelah melihat sebutir bom jatuh dari tingkat atas kemudian meletup di bawah.

     "Kau nampak tak?" Ad mengangkat sebelah kening.

     "Adik akulah tu. Dia dengan bom kan berkawan baik," jawab Hezrick tenang. Tanpa dia tahu yang bom itu hampir meragut nyawa Mikayla dan Herith di tingkat atas.

     Boom! Boom! Boom!

     Tiga buah kereta musuh meletup sekaligus membuatkan dahi Hezrick berkerut. Musuh-musuh mereka bergelimpangan jatuh di tanah. Sejak bila pula Enrique memasang bom pada kereta-kereta itu? Apa yang berlaku sebenarnya?

     "Mana perginya Tuan Puteri Mirezz tu?" Ad memandang aneh tempat Mikayla berniarap sebentar tadi.

     "What the fuck?! Mana bini aku babi?!" Hezrick membuntangkan mata melihat tempat yang isterinya duduk sudah kosong. Haa sudah!

     "Sejak bila kau kahwin dengan babi?"

     Hezrick meluru ke pintu tandas sebelum pintu itu ditolak, kosong. Bunyi beberapa letupan yang amat kuat dari luar membuatkan Ad terus menoleh ke arah balkoni sebelum senyuman lebar terukir di bibirnya.

     "Mission completed!"

     Jeritan suara Herith yang datangnya dari atas seiringan dengan beberapa butir bom yang jatuh ke bawah membuatkan Hezrick menghela nafas. Jangan kata yang isterinya bersama lelaki tak guna itu.

     Bunyi tembakan berbalas tembakan sudah tidak lagi kedengaran. Dia terus keluar dari bilik dan menuju ke atas. Sebuah pintu bilik ditolaknya. Kelihatan Mikayla yang duduk di birai katil menoleh ke arahnya.

     "Kenapa susah sangat nak dengar cakap aku? Aku suruh kau duduk kat situ diam-diam supaya aku boleh jaga kau. Benda senang macam ni pun susah nak buat ke??" Hezrick menggoncang-goncang kedua-dua belah bahu isterinya sebelum tubuh gadis itu dipeluk erat. Nasib baik gadis ini selamat.

     "Relaks bro. Yang penting kita dah selamat sekarang." Ad menepuk-nepuk belakang bahu Hezrick.

     "Polis akan datang tak lama lagi. Sila selamatkan diri sebelum terlambat! Terima kasih!" Kedengaran suara Freddy melalui speaker membuatkan wajah mereka berempat berubah cuak.

     "Sebelum aku terlupa, tadi Mikayla ada main bom. Nasib baik aku jadi penyelamat. Kalau tak, hancur berkecai dah bini kau tu." Sempat Herith bercerita tentang kejadian berbahaya sebentar tadi.

     "Serious kau main bom?!" Hezrick membulatkan mata memandang Mikayla yang tersenyum kekok.

     Hezrick meramas rambutnya. Bagaimana Mikayla boleh berminat untuk barmain dengan senjata berbahaya seperti itu?

     "Makin teruk dah bini kau ni." Ad menahan tawa melihat senyuman kekok sepupunya itu.

     "Lebih baik keluar sekarang! Aku nak letupkan rumah ni sebelum polis datang!" Satu jeritan suara garau dari luar menarik perhatian mereka.

     "Kau tak marah dia nak buat macam tu?" soal Herith sambil memandang Ad.

     "Buat apa nak marah? Aku percaya penjaga dia yang kaya raya ni akan belikan aku rumah lain." Ad tersenyum nakal sambil menepuk-nepuk belakang bahu Hezrick.

     Hezrick menjulingkan matanya ke atas. Menyampah betul. Semua nak ambil kesempatan di atas kesulitan yang dilakukan Enrique. Enrique juga satu, dah tak ada kerja lain ke nak buat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience