Bab 70

Action Series 24641

     Sebuah tandas terbahagi kepada enam tandas kecil. Satu daripada enam buah pintu tandas kecil dibuka dari dalam menandakan ada seseorang yang berada di dalam tandas itu sejak tadi.

     Dengan riak biasa, lelaki itu melangkah keluar dan terus meluru ke arah musuh yang sedang mencempung tubuh Mikayla.

     Bahu musuh disentuh sebelum satu tumbukan dilayangkan tepat mengenai batang hidung musuh. Si musuh hilang keseimbangan badan, tetapi lelaki itu sempat menahan menggunakan tangan daripada terus terjatuh ke lantai.

     Tubuh Mikayla yang dilepaskan musuh sempat disambut Hezrick. Terlihat saja musuh yang sudah bersedia untuk berlawan membuatkan Hezrick menghela nafas panjang. Terpaksa dia menumpaskan lelaki di hadapannya ini terlebih dahulu.

     Kedengaran bunyi tembakan di luar tandas membuatkan Hezrick terus melayangkan kaki kanannya dalam pusingan 360 darjah mengenai leher musuh. Tetapi musuhnya hanya menerima kesan yang kecil daripada serangan kakinya itu.

     "Erm bini aku tengah mengandung ni. Aku letak dia dulu eak? Kesian anak dengan bini aku tak selesa nak tidur, kejap-kejap." Hezrick terus meletakkan tubuh Mikayla sedikit jauh dari tempatnya berdiri tadi.

     Tudung yang tersarung di kepala isterinya dibetulkan. Dia dapat melihat melalui ekor mata, lelaki tadi sedang mengacu pistol ke arahnya. Bunyi picu ditarik juga jelas menerpa masuk ke dalam rongga telinga.

     Hezrick berdiri secara perlahan-lahan kemudian dia terus berlari ke arah si musuh sebelum pistol di tangan musuhnya disepak kuat.

     Bang!

     Prang!

     Tembakan tersasar mengenai cermin sehingga pecah. Hezrick menoleh ke arah isterinya bagi memastikan gadis itu tidak terkena serpihan kaca yang pecah. Setelah dipastikan, matanya menikam tajam wajah si musuh.

     "Kalau kena bini aku tadi, sumpah aku sunatkan kau buat kali kedua. Kau fikir aku tak pandai potong alat sulit kau ke?" soal Hezrick bengang sebelum dia melayangkan tumbukan pada wajah musuh namun musuh sempat menahan menggunakan lengan.

     Hezrick mengangkat kaki kanannya lalu menendang perut musuh sehingga jatuh terdorong ke belakang. Sisi wajah musuh dipijak menggunakan tapak kasutnya. Darah membuak keluar dari mulut musuh. Padu juga tendangan kakinya tadi. 

     "Ini yang dipanggil handal? Lemah sangat, bukan taraf akulah," kata Hezrick sinis.

     Tangan mencempung tubuh Mikayla dan terus meluru ke arah lelaki tadi. Kakinya menyepak lalu memijak kepala musuh sehingga pengsan. Freddy yang telah menumpaskan tiga orang lelaki di luar tandas menjadi back up kepada Hezrick untuk membawa Mikayla ke tempat yang lebih selamat iaitu di sebalik dinding kaca kalis peluru.

     Ruang yang 'ditempah' Hezrick telah dipisahkan oleh dinding kaca tersebut demi menjaga keselamatan pesakit dan pekerja yang berada di ruang hadapan hospital itu.

     The Demonio Dentro sudah tersedia maklum tentang kehadiran anak buah Mabruce Lee yang akan menculik Mikayla di sini.

     Tubuh Mikayla diletakkan ke atas katil di sebuah bilik terkawal. Bilik kebal itu cukup selamat untuk melindungi Mikayla daripada musuh. Patung silikon bersaiz tubuh isterinya didukung dan dibawa keluar. Kain hospital diambil untuk digunakan sebagai tudung.

     Patung silikon manusia itu akan dijadikan sebagai umpan untuk menarik perhatian si musuh supaya mengekorinya keluar dari kawasan hospital. Mereka berlakon seperti sedang membawa tubuh Mikayla masuk ke dalam kereta milik Freddy.

     Mabruce Lee menghentak tingkap kereta dengan kuat setelah perasan akan segala sistem komputer, radio dan microfone yang digunakannya di dalam kereta jenis Velfire itu terpadam secara tiba-tiba. Dia tahu ini semua kerja Enrique.

     Telefon bimbitnya dicapai, skrin ditekan-tekan tetapi langsung tidak bergerak dan akhirnya skrin telefon bimbit itu memaparkan satu perkataan iaitu 'error'.

     Telefon itu dicampak ke atas lantai kereta, telefon lain pula dicapai termasuklah telefon milik tiga orang anak buahnya yang berada di dalam kereta itu. Kesemua skrin dari telefon itu memaparkan perkataan yang sama.

     "Sial! Kejar kereta tu sekarang!" arah Mabruce Lee dengan nada bengang.

     Anak-anak buahnya hanya menurut. Kereta milik mewah yang disangkakan membawa tubuh Mikayla diekori dengan pantas. Kali ini, dia tidak akan mengalah. Tawaran yang begitu lumayan daripada ahli-ahli perniagaan yang lain membuat Mabruce Lee semakin 'gila'  untuk mendapatkan Mikayla. 

*****

     Senyuman sinis terukir di bibir Enrique setelah melihat skrin tab memaparkan wajah Mabruce Lee yang jelas kelihatan sedang tertekan.
   
     "Silap orang kau nak bermain. Nasib baiklah aku ni waras lagi tak letak bom dalam kereta kau. Matilah cepat-cepat senang aku nak kawal cerita sendiri lepas ni." Enrique meletakkan tab miliknya itu ke dalam beg.

     "Location Jalan Nizaul, 778, now." Enrique memberi lokasi 'perperangan' kepada anak-anak buah Mabruce Lee yang sudah menjadi kawan-kawan barunya.

     "Tapi betul jugak, kalau kau letak bom dalam kereta dia mesti meletup lepas tu mati. Habis cerita, kenapalah Ricky bodoh sangat tak terfikir nak buat macam tu?" Herith yang duduk di atas rumput.

     "Kesian kat orang tua tu nanti berkecai semua isi perut dia. Kita sebagai manusia tak boleh terlampau kejam terhadap manusia lain," jawab Enrique tenang.

     Belum sempat Herith membalas, telefon bimbit milik Enrique berbunyi. Enrique merengus kasar melihat private number yang menghubunginya. Punat hijau ditekan.

     "What the fuck, bro? Apa yang kau cuba sampaikan tadi?" soal Edward Benzlen iaitu rakan seperjuangan ahli penggodam sepertinya.

     "Aku cuma cakap apa yang terlintas dalam fikiran je, aku pun kurang sedarlah. Apa yang aku dah cakap tadi?" soal Enrique kembali.

     "Tadi kau cakap 'kita sebagai manusia tak boleh terlampau kejam terhadap manusia lain' seriuslah? Dulu kau suruh aku jadi syaitan macam kau, kenapa tiba-tiba berubah ni bro? Dah nak mati ke?"

     "Betul ke aku ada cakap macam tu?! Eh sial lah! Kau delete memory tadi daripada kepala otak kau, kau ambik yang baru ni... Kita sebagai manusia kena bersikap kejam nak mampus supaya segala syaitan, babi hutan dan anjing-anjing hutan atas dunia ni takut nak pandang kita." Enrique mula menghasut Edward Benzlen buat kedua kalinya.

     "Kita perlu sedar bahawa tiada manusia atas dunia ni yang sanggup bela kita kalau kita tak bela diri sendiri! Be a bastard guy!" Dengan penuh keberiaan Enrique menyambung kata-katanya.

     "Hm betul kut Enrique dah nak mati. Dia mana pernah tak beria macam ni." Herith menayangkan riak bosan sambil duduk di atas rumput menunggu ketibaan Hezrick dan Freddy di situ.

     Pinnnnnn!

     Bunyi hon panjang itu menjadi isyarat kepada Enrique dan Herith menandakan Hezrick dan Freddy sudah semakin hampir dengan mereka.

     "Bro! Nanti sembang, aku tengah on mission ni," ujar Enrique sambil melihat isyarat lampu kereta milik Freddy. Talian dimatikan.

     Herith sudah mengambil posisi di tengah-tengah jalan. Lutut kanan diletakkan di atas jalan berturap, bersiap sedia bersama senjata jenis groza.

     Vroom! Vroom!

     Kelihatan kereta Freddy semakin menghampirinya. Herith menghalakan muncung groza tepat pada sasarannya iaitu tayar hadapan kereta yang dinaiki Mabruce Lee.

     Mereka ingin menamatkan segalanya pada malam ini. Semakin dibiarkan, semakin luas strategi musuh bagi mendapatkan Mikayla. Hal seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

     Trutututututututututut!

     Puff! Puff!

     Peluru groza yang dilepaskan Herith tepat mengenai kedua-dua belah tayar hadapan kereta musuh sehingga pecah lalu hilang kawalan sehingga melanggar sebatang pokok besar. Bunyi kuat telah menganggu burung-burung di atas pokok yang mula berterbangan di udara.

     "Terbaiklah tembakan aku kali ni." Herith tersenyum banga. Enrique mengusap lembut kepala Herith duduk bercangkung di sebelahnya.

     Hezrick keluar dari kereta lalu meluru ke arah kereta yang sedang terbakar. Tubuh Mabruce Lee ditarik sebelum ditolak kasar ke atas jalan tar.

     "Kau dah kalah," kata Hezrick sinis.

     "Serahkan perempuan tu dan aku bersumpah takkan ganggu hidup kau lagi." Dengan beraninya Mabruce Lee bersuara, tangan memegang sebelah mata yang berdarah akibat terkena serpihan kaca.

     "Jangan harap!" Hezrick melayangkan kaki kanannya mengenai dada Mabruce Lee.

     Lelaki itu terandas ke belakang bersama senyuman sinis terukir di bibir. Dia masih belum kalah kerana anak-anak buahnya yang lain akan tiba di sini tidak lama lagi.

     "Ricky, aku masih ada ramai perempuan yang lebih seksi dan bergaya daripada Cynthia. Kau boleh tukarkan dia dengan perempuan lain. Aku tak ada masalah untuk berkongsi keuntungan jual perempuan tu pada mereka yang menawarkan harga tinggi, kau tahukan bini kau sangat berharga? Join aku Ricky, kita berdua akan digeruni musuh yang lain." Mabruce Lee mula berdiri secara perlahan-lahan.

     "Ada betulnya apa yang kau cakap tapi sorry tak boleh. Dia umpama nyawa aku dan aku tak akan beri pada orang lain terutamanya kau." Hezrick memasukkan kedua-dua belah tangan ke dalam kocek seluar.

     "Kalau macam tu, beri aku pinjam untuk beberapa hari?" Mabruce Lee masih mencuba untuk berbincang tentang hal itu tetapi sebenarnya dia ingin melengahkan masa bagi menunggu anak-anak buahnya.

     "Berserah je tak boleh ke? Sini aku hantar kau masuk penjara, biar polis tibai punggung kau yang besar tu." Herith meluru ke arah Mabruce Lee sebelum lengan lelaki itu ditarik menuju ke arah kereta miliknya. 

     Bang!

     Satu tembakan dilepaskan oleh anak-anak buah Mabruce Lee yang baru tiba di situ mengenai kereta Herith. Herith membulatkan matanya melihat kesan tembakan pada bumper hadapan, tercalar sedikit.

     "Kau tembak kereta aku?!"

     "Sikit je tu. Nanti aku belanja yang baru," kata Enrique. Sebenarnya dia yang memberi arahan menembak kereta Herith itu. Biar Mabruce Lee terasa bangga anak-anak buahnya masih ingin datang untuk menyelamatkannya. 

     "Janji tau. Kalau tak janji, jangan bercakap dengan aku sebulan," ujar Herith sambil memandang Enrique.

     "Janji." Enrique menayangkan senyuman kecil.

     "Position!" arah Mabruce Lee kepada anak-anak buahnya.

     Anak-anak buahnya hanya menurut tanpa kata. Mereka semua membuat bentuk bulatan mengelilingi Hezrick, Freddy, Herith dan Enrique.

     "Okey now, aku akan ambik perempuan tu. Kau orang semua dah masuk perangkap aku, pity you guys," kata Mabruce Lee bernada sinis sebelum langkahnya dibuka menuju ke arah kereta milik Freddy yang disangkakan Mikayla berada di dalam itu.

     "Kau menang. Ambiklah perempuan tu tapi nanti pulangkan balik, mahal aku beli tu." Hezrick berkata tenang.

     Mabruce Lee merengus kasar melihat patung silikon berbentuk tubuh manusia yang terbaring di seat belakang. Matanya menikam tajam wajah Hezrick sebelum dia berlari ke arah lelaki itu.

     Hezrick terus berpusing 360 darjah, kaki kanannya menyepak wajah lelaki tua itu sehingga jatuh tersembam di atas jalan berturap. Anak-anak buah Mabruce Lee hanya melihat ketua mereka dipukul tanpa rasa hendak menolong.

     "Apa yang kau orang tunggu lagi?! Seranglah tak guna!" jerit Mabruce Lee sambil mengangkat wajah, hidungnya mengeluarkan banyak darah.

     Anak-anak buahnya masih diam melihat Mabruce Lee walaupun lelaki tua itu sedang marah. Hezrick menggeleng kecil bersama senyuman sinisnya.

     "Tch tch tch, dah masuk perangkap aku? Kesian..." kata Hezrick bernada menganjing.

     "Mesti anjing-anjing kat rumah dia tu tak makan lagi, nanti siapa yang nak tolong beri makan?" celah Herith.

     "Kaulah tolong. Jangan lupa pulak, mati kelaparan anjing-anjing tu nanti." Freddy berkata tenang.

     "Kenapa aku? Aku tak pernah pegang anjing. Kau pernah pegang anjing kan?" soal Herith kepada Enrique mula.

     "Tengah peganglah ni." Enrique memicit-micit belakang bahu Herith tanpa rasa bersalah. Herith mencebik.

     "Shh aku tak habis bersembang lagi, diam sikit boleh tak?" soal Hezrick kepada rakan-rakannya.

     "Untuk kau, apa je yang tak boleh? Hey Mabruce." Enrique memandang Mabruce Lee yang masih terduduk di atas jalan. Lelaki tua itu menoleh lemah ke arah Enrique.

     "Sebenarnya Ricky nak bekerjasama dengan kau tapi lepas kau sign surat ni. Dia malu-malu kucing nak jujur pasal ni. Cap jari kau jangan lupa." Enrique menghulurkan sekeping kertas kepada Mabruce Lee.

     Mabruce Lee membaca isi kandungan kertas itu, satu patah perkataan pun dia tidak faham. Mungkin dalam bahasa Itali.

     "Untuk apa ni? Aku tak faham..." Mabruce Lee menggeleng beberapa kali.

     "Surat perjanjianlah, kau dengan aku akan berkongsi untung jual Cynthia," jawab Hezrick tenang.

     "Bayangkan jumlah yang kau dengan dia akan dapat lepas jual perempuan tu. Belum campur dengan keuntungan setiap bulan lagi. Kalau aku jadi kau, aku tandatangan je. Bukan senang nak dapat DNA keturunan Cynthia." Freddy cuba menyakinkan Mabruce Lee.

     "Kita perlu bijak atur strategi kalau nak kaya, dihormati dan digeruni orang lain. Jangan fikir panjang-panjang risau nanti terbelit urat otak susah pulak," ujar Herith.

     "Buat keputusan sebelum aku ubah fikiran," kata Hezrick pula.

     Tanpa berfikir panjang, Mabruce Lee terus menandatangani surat 'perjanjian' itu bersama cap jari. Tidak sangka, semudah ini Hezrick akan mempersetujui pelawaannya. Mungkin kerana lelaki itu kecut perut melihat anak-anak buahnya yang lebih ramai di situ.

     "Terbaiklah bos kau orang semua ni!" Enrique merampas kertas itu sebelum dia membuka langkah menuju ke kereta miliknya. Segala harta Mabruce Lee sekeli mata akan menjadi milik mereka.

     "Kau uruskan semua. Aku cuma mintak 10 peratus dari keuntungan tu. Selebihnya milik kau." Hezrick menghulurkan tangannya, Mabruce Lee menyambut tangan lelaki itu.

     Bersinar-sinar matanya mendengar kata-kata Hezrick. Fikirannya telah merancang pelbagai strategi untuk memusnahkan perniagaan Hezrick setelah dia memperolehi Cynthia Mikayla. Dia tidak akan berkongsi untung dengan sesiapa pun. Semua itu hanya merugikan dirinya.

     "Masuklah, aku bawak kau jumpa Cynthia." Hezrick mengarahkan Mabruce Lee menaiki kereta milik Freddy.

     Mabruce Lee menurut tanpa sebarang kata. Masuk saja di dalam kereta itu, pintu terkunci secara tiba-tiba membuatkan dia berasa aneh kerana hanya dia yang menaiki kereta itu. Bagaimana dengan mereka yang lain?

     Enrique tersenyum lalu melambai-lambai ke arah tingkap kereta. Kereta itu bergerak secara auto-driving membelahi jalan. Mereka semua hanya diam melihat kereta itu.

     Boom!

     Tiba-tiba kereta itu meletup dengan kuat. Hezrick tersenyum sinis dan terus membuka langkah meluru ke arah kereta Herith.

     "Sistem polis tak hidup lagi ke?" soal Freddy kepada Enrique yang sedang merenung kereta terbakar itu.

     "Belum." Enrique menggeleng kecil.

     "Suruhlah anak-anak buah baru kau kemas tempat sini sebelum ada yang perasan. Ingat, jangan tinggal satu bukti pun." Hezrick yang duduk di sebelah pemandu dalam kereta Herith sempat memesan kepada Enrique sebelum kereta itu beredar.

     Enrique hanya menunjukkan thumbs up pada Hezrick sebelum matanya diputarkan ke arah bekas anak-anak buah Mabruce Lee.

     "Datang mansion Ricky esok untuk tandatangan borang ahli baru, dia ada buat kenduri kesyukuran," kata Enrique sambil melangkah masuk ke perut keretanya.

     "Pandai-pandai je setan ni." Freddy menggeleng kecil. Masa bilalah Hezrick cakap macam tu.

Jangan lupa baca ending! 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience