Bab 15

Action Series 25243

     Selesai berkemas, Mikayla merenung wajah Amira yang nampak seperti sedang memikirkan sesuatu. Gadis itu hanya termenung sejak dari tadi. Selalunya ada saja perkara yang gadis itu akan beritahunya.

     Mikayla melabuhkan punggungnya di sebelah Amira, matanya masih merenung sisi wajah Amira tanpa gadis itu perasan akan kehadirannya.

     "Awak okay?" Mikayla menyentuh paha Amira.

     "Apa hubungan awak dengan Hezrick?" Amira membalas renungan Mikayla.

     Mikayla tersentak mendengar soalan itu, apa yang harus dia jawab? Dia sendiri pun tidak tahu. Lelaki itu tidak pernah beri kata-kata yang mengatakan bahawa mereka berdua sedang bercinta atau sebaliknya.

     "Tak ada hubungan pun cuma dia pernah belanja saya makan..." Mikayla mengawal riak wajah.

     "Eh? Kenapa pulak dia belanja awak?" Dahi Amira berkerut.

     "Err... mungkin sebab dia nak berkawan dengan saya, kan?"

     "Baguslah kalau macam tu. Lama-kelamaan nanti awak mesti boleh lupakan lelaki yang tidak berguna tu. Layan aje Hezrick, inilah peluang awak untuk rapat dengan dia..." Amira memegang belakang tangan Mikayla yang berada di atas pahanya.

     Mikayla hanya diam mendengar kata-kata Amira, kalaulah gadis itu tahu bahawa Hezrick adalah Ricky. Apa agaknya yang gadis itu akan lakukan?

     Tidak lama kemudian, telefon bimbit miliknya berdering menandakan ada panggilan masuk. Nama Hezrick tertera di skrin membuatkan Mikayla terus menekan punat hijau sebelum dia berlalu ke balkoni ruang tamu.

     "Selesa tak tinggal kat situ?"

     "Assalammualaikum..." Mikayla memulakan perbualan dengan memberi salam.

     "Maaf-maaf, aku excited sangat kau jawab panggilan aku tadi, Assalammualaikum..."

     "Awak patut jawab salam saya teruslah, Hezrick." Mikayla membetulkan cara Hezrick yang nampak seperti dia tidak begitu faham dengan situasi itu.

     "Wa...wa'alaikummussalam, okay dah. Kau pulak jawab soalan aku,"

     "Macam mana nak jadi imam saya ni?" Soal Mikayla tanpa ada rasa untuk menjawab soalan Hezrick tadi.

     "Aku cuba Kayla, aku buat bukan semata-mata untuk kau tapi untuk hari akhirat nanti," jawab Hezrick, nadanya kedengaran agak perlahan.

     "Baguslah kalau awak cuba, hari ni belajar apa dengan ustaz?" Sengaja Mikayla ingin menguji lelaki itu.

     "Bernikah kerana Allah, jawab soalan aku cepat."

     "Nasib baik ingat tajuk. Macam mana saya nak jawab? Saya tinggal kat sini tak sampai sehari pun lagi." Mikayla meletakkan kedua-dua belah lengannya ke atas besi penghadang balkoni.

     "Ya aku tahu tapi keselesaan kau tu penting bagi aku. Kalau kau nak tinggal dengan aku pun aku benarkan," Hezrick memberi cadangan kepada Mikayla.

     "Saya lebih selesa kat sini dengan Amira, awak jangan risaulah saya pandai jaga diri," jawab Mikayla tenang.

     "Tinggal dengan aku bukan kita duduk sebilik pun, tapi kalau kau nak, aku okay je..."

     Mikayla terdiam, dia sememangnya tidak mahu tinggal bersama Hezrick apa lagi menyusahkan lelaki itu. Lelaki itu bukan ada kena-mengena dengan dirinya. Lagipun Hezrick dan kawan-kawannya adalah lelaki yang tidak boleh dipercayai, mereka semua nampak begitu aneh.

     "Kayla..." Seru Hezrick perlahan.

     "Ya?"

     "Aku rindu kau," kata Hezrick perlahan. Tiga patah perkataan itu memberi maksud yang mendalam baginya.

     Sekali lagi Mikayla terdiam, bukan dia tidak mempunyai rasa yang sama seperti Hezrick, dia cuma tidak mahu terlalu berharap seperti dulu.

     "Kereta Amira lagi tiga hari siaplah tu. Esok aku betul-betul busy, tak dapat nak teman kau. Aku suruh Herith bawak kau orang berdua shopping, boleh?"

     "Tapi saya dengan Amira boleh naik teksi atau grablah," jawab Mikayla tenang. Semakin lama dia kenal Hezrick, semakin menyerlah sifat overprotective lelaki itu terhadapnya.

     "Kereta awam bahaya so dengar cakap aku. Aku nak masuk tidur, kau jangan duduk kat luar rumah waktu malam macam ni, masuk sekarang." Kata Hezrick seakan tahu yang Mikayla berada di luar.

     Mikayla masih tercegat di situ, pandangannya diliarkan ke sekeliling. Manalah tahu kut-kut Hezrick sedang memerhati dirinya.

     "Woi pekak ke?!"

     Jeritan Hezrick di talian itu menyentakkannya. Mikayla terus berlari masuk ke dalam rumah.

     "Apa-apa hal call aku." Kata Hezrick sebelum dia memutuskan talian mereka.

     Mikayla merenung lama skrin telefon bimbit yang masih menyala, Hezrick nampak sungguh risau akan keselamatannya. Tetapi mengapa? Dia masih tiada jawapan untuk itu. Jika lelaki itu benar-benar mencintainya, mengapa perlu menjaganya seperti seorang permaisuri raja yang memerlukan kawalan ketat?

     Soalan itu dibiar berterbangan di dalam minda. Dia pasti suatu hari nanti semua tanda tanya ini akan terjawab.

     "Boyfriend call? Untungnya awak sekarang, dapat teman lelaki kacak dan kaya pulak tu..." Amira tersenyum nakal.

     "Dia bukan boyfriend sayalah."

     "Huh? Janganlah malu-malu nak mengaku, saya support hubungan kawan baik saya ni..." Amira memeluk sisi tubuh Mikayla. Dia berdo'a hubungan Mikayla dan Hezrick sehingga ke alam perkahwinan. Mikayla hanya tersenyum kekok.

     Keluar membeli-belah bersama Herith dan Amira membuatkan dirinya rasa terpinggir oleh kerana mereka berdua itu mempunyai taste yang sangat tinggi berbeza pula dengan dirinya, tidak berminat dengan barang-barang berjenama.

     "Saya nak pergi duduk kat bangku sana, kaki saya dah sakit ni..." Mikayla memandang wajah Herith dan Amira.

     "Okay take care." Pesan Herith, tangannya dilambai-lambaikan pada Mikayla yang sedang berlalu pergi.

     Sedang dia duduk di bangku, matanya tertancap pada kedai aiskrim yang terletak di sudut hujung kawasan itu. Kakinya terus dihayunkan ke arah kedai tersebut.

     Selesai membeli, dia kembali duduk di bangku tadi. Aiskrim dimakan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Lama dia duduk di situ sehingga hatinya tiba-tiba rasa tidak enak.

     "Mana dua orang ni? Lambatnya..." Omel Mikayla sendiri, cawan aiskrim dimasukkan ke dalam tong sampah terdekat.

     Tangannya meraba-raba beg tangan bagi mencari telefon bimbit namun tiada. Dahinya ditepuk kuat setelah teringatkan telefon bimbitnya ada bersama Amira.

     "Kenapa cuai sangat ni Kayla?" Soalnya pada diri sendiri.

     Kakinya tetap dihayun perlahan-lahan ke hadapan, pandangan diliarkan ke sekeliling bagi mencari kelibat Amira dan Herith. Besarnya mall ini, susah untuk dia mencari dua ketul manusia itu.

     Tiba-tiba pergelangan tangannya dipegang kasar sebelum tubuhnya ditarik masuk ke dalam pintu di mana terletaknya tangga. Baru saja ingin menjerit, mulutnya ditekup lelaki itu.

     "Diam." Arah lelaki bersuara seram itu perlahan namun kedengaran cukup tegas.

     Topeng muka membataskan Mikayla untuk mengecam si gerangan tersebut. Jantungnya berdetak kencang apabila matanya dan sepasang mata helang itu bersambung tepat.

     Dia perlu bertenang. Hasil gerakan yang dia belajar dari televisyen harus digunakan pada saat-saat seperti ini. Tapak tangan lelaki itu digigit kuat sebelum dia melutut celah kangkang lelaki itu.

     Dengan pantas dia menuruni anak tangga sebaik sahaja tangan lelaki itu melepaskan pegangannya akibat rasa senak di celah kangkang, fuh...

     Wajahnya terasa panas, dia begitu panik ketika ini. Kakinya semakin laju menuruni anak tangga sehingga dia tergelincir sendiri di tengah-tengah tangga. Buku lalinya terasa sungguh sakit.

     "Auch ssst..." Dahi Mikayla berkerut mengerang kesakitan.

     "Sakit sangat ke?" Soal satu suara garau dari arah atas. Mikayla terus mendongak memandang si gerangan tersebut.

     "Mikhail, tolong saya tad... tadi ad... ada..."

     "Eh? Sejak bila pulak you jadi cacat? Sebab jatuh tangga tadi ke?" Soal Enrique bernada tenang.

     Kakinya menuruni anak tangga, kedua-dua belah tangannya dikeluarkan daripada kocek seluar sebelum dia membantu Mikayla berdiri.

     "Auch! Janganlah kasar sangat!" Wajah Mikayla merah padam menahan marah.

     "Oh I'm sorry," Enrique menayangkan mimik muka kesian. Kedua-dua belah tangan Mikayla yang berpaut pada lengannya dileraikan.

     "Jangan pegang-pegang akulah, haram." Enrique menepuk-nepuk lengannya bersama riak jijik terpamer.

     "Macam mana awak boleh ada kat sini?"

     "Saja jalan-jalan untuk tengok kau jatuh tangga, serious kelakar. Aku ada rakaman, nak tengok tak?" Enrique menjongketkan kedua-dua belah keningnya beberapa kali.

     "Awak boleh tengok je saya jatuh?!" Mata Mikayla membulat besar. Biar betul lelaki ini?

     "Habis tu kau nak suruh aku buat apa? Ratakan anak tangga ni? Memang taklah! Bukan bidang aku tu, aku ni kepala otak teknologi je..." Kata Enrique sambil menekan-nekan skrin telefon bimbitnya.

     "Ta..."

     "Tak ada tapi-tapi. Boleh jalan atau nak I piggyback you? Tapi you jangan raba badan I pulak sebab I ni pemalu orangnya..." Pintas Enrique bersahaja.

     "Jalan sendiri jelah..." Jawab Mikayla perlahan sambil menepuk belakang seluarnya beberapa kali. Pemalu apa cakap lepas macam ni?

     "Okay jumpa kat kereta, lambat seminit I tinggal." Enrique laju menuruni anak tangga.

     "Tunggulah saya!" Jerit Mikayla dalam nada suara yang masih terkawal.

     "Iye iye, tengah tunggulah ni." Enrique terus melabuhkan punggungnya di atas anak tangga itu. Dagu ditongkat dengan lengan.

     Dahi Mikayla berkerut teruk melihat perilaku lelaki itu. Apa kena dengan lelaki ini sebenarnya?

     Hezrick menerjah kasar pintu bilik Herith membuatkan lelaki itu terkejut beruk memandang wajah bengis abangnya. Pasti Hezrick datang ke sini untuk memarahinya disebabkan oleh apa yang berlaku pada petang tadi.

     "Aku suruh kau teman dua orang tu, bukan teman Amira je! Kalau jadi apa-apa pada Mikayla tadi macam mana?!" Soal Hezrick bernada bengang.

     "Nasib dia tak baiklah tu, mungkin Allah sengaja nak bagi dia pengajaran sebab dia dah banyak buat dosa maksiat dengan kau, apa kaitannya dengan aku?" Herith menayangkan wajah tenang.

     "Pandai kau menjawab ya setan?" Mata Hezrick menikam tajam wajah Herith.

     "Aku dah cakap aku tak nak jaga dia sebab aku risau terjatuh cinta, lebih baik aku jauhkan diri..."

     "Apa yang kau merepek ni sial?" Soal Hezrick bernada biasa.

     Pandangan Herith dengan Hezrick melekat pada Freddy yang sedang bercangkung sambil menyelongkar laci sisi katil Herith.

     "Entahlah, jantung aku berdegup kencang bila tengok muka dia, rasa geli-geli pulak... pfft!" Herith menekup mulutnya menahan tawa yang hampir terletus.

     "Oh cabut je jantung tu settlelah masalah kau. Aku pinjam ni, tahun depan aku pulangkan itu pun kalau aku ingat. Good night, cau bro..." Freddy mengangkat tinggi wayar yang dipegangnya sebelum dia melangkah keluar.

     "Aku dah lama perhati Fred, dia tak pernah pulangkan barang-barang aku yang dia pinjam. Aku rasa seluar yang dia pakai tadi tu pun aku punya..." Kata Herith sendiri. Tangannya mengurut dagu, wajahnya nampak seperti sedang memikirkan sesuatu.

     "Sumpah aku tak faham apa masalah kau ni bangang!" Kata Hezrick bernada bengang sebelum dia melangkah keluar tanpa menutup pintu.

     "Pot pet pot pet macam mak nenek, tak guna punya abang..." Omel Herith.

     "Aku dengarlah!" Jerit Hezrick dari luar.

     "Eh telinga babi tajam jugak ke?" Soal Herith sendiri bersama dahi yang berkerut.

     "Kau nak gaduh ke?" Hezrick menonjolkan kepalanya di muka pintu bilik Herith. Herith menggelengkan kepalanya beberapa kali bersama riak wajah kosong. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience