Bab 58

Action Series 24670

     "Tak ada makanan ke? Aku lapar gila ni. Bodoh punya Herith, dia makan semua ayam aku tadi." Suara Enrique memenuhi ruang tamu.

     "Tak nak tahu." Freddy bersuara bersama mata yang melekat pada kaca televisyen.

     "Air coffee latte aku pun dia minum sampai habis lepas tu buat muka tak bersalah," bebel Enrique lagi.

     "Tak nak tahu jugak." Freddy masih lagi menggunakan nada yang sama.

     "Kau nak tahu tak? Tadi Herith langgar belakang kereta kau. Lepas tu dia tak undur, dia biar macam tu je." Enrique masih ingin mengajak lelaki itu berbual.

     "Kau langgar kereta aku ke?" Freddy memandang Herith yang diam sejak tadi.

     "Masa aku nak parking, Enrique menjerit dalam kereta dan aku terkejut, itu yang terlanggar. Rabak jugak tu, pergilah tengok. Nanti aku suruh Ricky bayarkan ganti rugi." Herith menjawab panjang bersama riak polos.

     "Bullshit!" carut Freddy sebelum dia melangkah keluar dari rumah.

     "Makanan kat dapur," ujar Ad pendek sambil memandang Hezrick melabuhkan punggung di sebelahnya.

     "Aku dah makan seafood tadi." Enrique menjawab sambil menekan-nekan skrin telefon bimbitnya.

     "Kau makan seafood jugak? Ha mampuslah kau kali ni." Hezrick yang merenung wajah adiknya.

     "Kenapa muka kau naik merah-merah ni? Demam campak ke?" Enrique menyentuh pipi Herith.

     "Gatal..." Herith menepis tangan Enrique yang melekat pada kulit wajahnya.

     "Dah gatal garulah! Kau tunggu apa lagi?!" jerit Enrique.

     "Bisinglah!" marah satu suara yang sedang melangkah turun dari tangga dan terus menuju ke dapur.

     "Berani perempuan ni marah aku, jaga kau..." Enrique terus berdiri. Langkah Mikayla dibontoti.

     "Assalammualaikum, hai..." sapa Enrique ramah sambil melabuhkan punggungnya ke atas sebuah kerusi di meja makan.

     "Wa'alaikumsalam, nak apa?"

     "Tolong buatkan air susu, nak makan dengan roti."

     Mikayla tidak menjawab. Tangannya membuat air yang dipesan. Tiba-tiba Enrique berdiri di sebelahnya kemudian bersandar pada kabinet. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Matanya merenung sisi wajah gadis itu.

     "Nak tahu tak sebab apa aku datang sini?" soal Enrique sebaik sahaja segelas air susu dihulurkan kepadanya.

     "Tak tahu dan tak nak tahu," jawab Mikayla bersahaja. Kakinya diaturkan ke arah sebuah kerusi.

     "Kau dah letak nyawa kawan baik aku dalam bahaya dan sekarang boleh kau tak nak ambil tahu?" soal Enrique sinis.

     Dia tahu apa yang akan terjadi dan dia datang ke sini demi keselamatan Hezrick. Beberapa team di sini juga telah diarahkan mengawasi gerak-geri bos mereka.

     "Ke... Kenapa dengan Ricky?"

     "Ada orang sasar nak bunuh dia. Semuanya disebabkan kau. Kalau dia mati, mesti kau akan menyesal seumur hidup." Enrique tersenyum sinis melihat wajah pucat gadis itu.

     Mikayla menunduk dan memandang kedua-dua belah tangannya. Tak mungkin lelaki ini sanggup menipu soal hidup dan mati? Matanya mula berkaca-kaca membayangkan Hezrick ditembak di hadapan mata. Dia tidak akan membiarkan hal seperti itu terjadi!

     Sisi wajah kemerah-merahan Mikayla direnung. Hairan, gadis ini menangiskah? Bahu Mikayla disentuh membuatkan gadis itu tersentak dan terus mengangkat wajah.

     "Lah nak menangis kenapa? Kena sampuk dengan pontianak ke?"

     "Macam mana nak hentikan mereka?" Air mata Mikayla laju mengalir membasahi pipi.

     "Oh senang je tu. Jawapannya tak ada hahahahaha kau dah terperangkap sekarang. Kena menyamar jadi orang lainlah lepas ni."

     "Tolong... Tolong selamatkan Ricky..." Mikayla memandang Enrique dengan penuh berharap.

     Lama Enrique membalas renungan Mikayla. Otaknya berfikir untuk mengenakan gadis ini menggunakan cara yang berbeza. Tiba-tiba satu idea melintas dalam fikirannya.

     "Boleh, tapi dengan satu syarat." Enrique menjongketkan keningnya beberapa kali.

     "Huh?"

     Enrique tersenyum nakal. Bibirnya didekatkan pada cuping telinga gadis itu sebelum dia membisikkan sesuatu. Mikayla membulatkan mata memandang wajah kacak Enrique.

     "No! Saya takkan buat macam tu pada Ricky." Mikayla menggeleng laju.

     "Terserah pada kau. Aku tak nak tolong kalau terjadi apa-apa pada suami tercinta kau tu nanti." Enrique memalingkan tubuhnya dan berura-ura untuk beredar dari situ.

     "Enrique..."

     Enrique mengukir senyuman nakal mendengar seruan gadis itu. Dia tahu yang gadis ini sanggup melakukan apa sahaja demi keselamatan Hezrick.

     "Tak lama kan?"

     "Sehari je."

     "Hm okey." Mikayla memutuskan keputusannya.

     Enrique mengusap kepala gadis itu bersama senyuman lebar sebelum dia melangkah pergi. Mikayla melabuhkan punggungnya ke atas kerusi.

     Apa yang diminta Enrique benar-benar akan melukakan hati suaminya. Bagaimana cara untuk dia menolak? Suaminya dalam bahaya, jika Enrique tidak menjadi backup pada Hezrick, tentu lelaki itu akan terkorban.

     "Kayla minta maaf, abang..." ucap Mikayla perlahan.

     "Kenapa?" soal Hezrick yang sudah beberapa saat berdiri di situ. Dia mendengar ucapan isterinya.

     "Sa... Saya banyak buat..."

     "Jangan tipu aku." Ayatnya dipotong tegas oleh Hezrick.

     Mikayla terus menarik lengan suaminya menuju ke tangga. Pintu bilik dikunci. Tubuh Hezrick terus dipeluk erat. Dia tahu yang dia tidak mampu menyembunyikan sesuatu perkara kerana lelaki ini bijak membaca riaknya.

     "Enrique ajak saya jadi pasangan dia untuk sehari isk..." Dia menangis teresak-esak di dada lelaki itu.

    "Lelaki tu memang dah melampau." Hezrick ingin membuka pintu namun ditahan Mikayla.

     "Nyawa awak dalam bahaya." Semakin erat tubuh tegap lelaki itu dipeluk.

     "Aku tahu dan aku tak kisah. Asalkan kau sentiasa ada dengan aku..."

     "Tapi semua ni berpunca daripada saya..."

     Tubuh gadis itu terus ditarik ke arah katil. Mereka berdua duduk di atas birai katil itu. Kedua-dua belah mata Mikayla yang mengeluarkan cecair jernih diseka sebelum dahi gadis itu dikucup lama.

     "Aku yang pilih jalan ni. Aku sendiri yang tawarkan diri untuk lindungi kau."

     "Pertama kali aku tengok kau, aku rasa lain macam sampai aku cari semua maklumat tentang kau dan barulah aku berani munculkan diri. Aku buat kau rasa terikat dengan aku sementara aku perlu mencari maklumat yang jelas tentang identiti kau."

     Air mata isterinya yang masih mengalir diseka lembut. Mikayla hanya diam membalas renungan Hezrick. Menunggu cerita yang selanjutnya.

     "Dan aku berjaya buat kau rasa cinta aku dalam masa kurang 24 jam. Aku berjaya buat kau terikat dengan aku dan aku juga berjaya cari identiti kau walaupun lambat, identiti kau tersimpan rapi."

     "Tapi bila dah ramai sangat ahli kongsi gelap cari kau, aku rasa aku patut jadikan kau isteri aku secepat mungkin."

     "Dan sekarang walaupun kita berkahwin di siam, kau isteri aku yang sah. Aku tetap akan lindungi kau. Kau tak perlu risau tentang aku, aku pandai jaga diri."

     "Tapi macam mana dengan Enrique?"

     "Kita berlakon." Hezrick memberikan cadangannya.

     Mikayla mengangguk tanpa kata. Nampaknya kali ini giliran mereka berdua pula membodohkan lelaki gila itu.

*****

     Pintu kereta ditutup. Lengannya ditarik memasuki perkarangan sebuah rumah agam. Kata Hezrick, sesuatu akan ditunjukkan kepadanya hari ini.

     Beberapa orang yang berselisihan bahu dengan mereka berdua pasti menundukkan kepala. Mungkin suaminya juga adalah orang besar di rumah ini.

     Freddy dan Ad hanya diam mengekori mereka. Mereka memasuki sebuah bilik yang terletak di tingkat tiga. Bilik yang besar dipenuhi kerusi dan meja seperti bilik mesyuarat. Di satu sudut dinding terlekatnya skrin besar.

     "Duduk dulu," arah Hezrick.

     Dia memasang televisyen besar itu. Terpaparlah beberapa buah file. Hezrick mengimbas wajah serta tapak tangannya pada alat yang berada di tepi skrin untuk membuka sebuah daripada tiga buah file itu.

     Tet!

     Proses pengimbasan berjaya. Skrin itu memaparkan beberapa gambar seorang bayi yang berada di dalam katil bayi. Mikayla mengerutkan dahi melihat wajah bayi itu. Seperti wajahnya sewaktu kecil.

     Rakaman itu dipasang sebelum dia mengambil tempat di sebelah Mikayla. Ad dan Freddy juga hanya diam melihat peralihan gambar tersebut. Wajah suaminya dipandang sekilas sebelum matanya kembali melihat skrin.

     Air mata menitis di atas riba melihat gambar-gambar tersebut. Itu adalah dirinya dari bayi sehingga besar seperti sekarang. Rasa sebak di dada, adakah ini salah satu jawapan yang baru buat otaknya yang dipenuhi tanda tanya?

     "Mana awak dapat semua ni? Kenapa saya tak pernah ada gambar-gambar macam ni?" Mikayla memandang Hezrick.

     "Sebelum I lahir, ada seorang pak cik ni tolong ambilkan gambar. Tapi lepas I lahir, kerja ni jadi kerja I pula," jawab Ad bersahaja.

     "Huh? Kau baby lagi, macam mana kau buat kerja?" soal Freddy tenang. Kata-kata Ad itu kedengaran tidak logik.

     Tuk!

     Satu pen melayang mengenai dahinya. Ad mengerang kesakitan sambil menggosok kepala.

     "Jangan menipu boleh tak? Jawab betul-betul, bini aku nak tahu ni." Hezrick menggengam erat tangan isterinya.

     "Okey sorry, sebenarnya ayah I yang tolong ambilkan gambar you. Tapi lepas I habis kolej, I pula yang gantikan tempat dia," jujur Ad.

     "Saya... Tak faham..." Mikayla menggeleng kecil.

     "Lembabnya perempuan ni, sama lembab dengan Fred," sampuk Enrique yang baru melangkah masuk ke ruang itu.

     "Diam sial," tegas Hezrick. Freddy menarik mimik menyampah.

     "Tak baik mencarut bang, berdosa." Herith pula menyampuk dan membela Enrique.

     "Bini kau tengah free sekarang, kan? Jomlah ikut aku pulak." Enrique menarik lengan baju gadis itu.

     "Apa yang kau nak?!" Hezrick menepis kasar tangan Enrique.

     "Puan Kayla? Dah lupa ke?" soal Enrique bersama riak tidak bersalah.

     "Err ya, saya ikut awak." Mikayla seperti mengerti dengan apa yang hendak disampaikan Enrique.

     Dia terus bangun dan mengekori lelaki itu. Hezrick diam memandang isterinya melangkah keluar. Bermasalah betullah!

     "Kau biarkan je dia bawa lari bini kau? Tak takut dia terbunuh perempuan tu ke?" Freddy mengangkat sebelah keningnya.

     "Enrique tu baik macam ustaz dah sekarang. Dia cuma nak ajar Mikayla baca Iqra' kat bilik sebelah," ujar Herith bersahaja.

     "Huh?" Hezrick terus bangun dan menuju ke bilik sebelah. Kosong sahaja bilik itu.

     Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tawa Mikayla yang datang dari ruang tamu. Dia terus menuju ke arah itu. Kelihatan Enrique dan Mikayla sedang duduk di atas sofa sambil melihat sesuatu. Tubuhnya disandarkan pada dinding, telinganya pula dipasang.

     "Bunyinya lainlah." Mikayla membetulkan sebutan Enrique.

     "Sama jelah, ha dengan ha, sama kan?" soal Enrique.

     "Tak, bunyinya lain. Ha yang ni bunyi dalam dari perut dan ha yang ni bunyinya dari luar." Suara Mikayla memenuhi ruang itu. Susah sungguh hendak mengajar lelaki ini menyebut dengan betul. Tahu hendak menang saja.

     "Kalau yang ni? Kejap biar aku ingat balik..." Dahi Enrique berkerut-kerut melihat satu huruf yang mempunyai titik di tengah.

     "Ingatlah semula, huruf apa ni? Tahu ke tak?" soal Mikayla pada lelaki itu.

     "Kejap-kejap. Aku tengah cubalah ni. Macam pernah belajar dulu... Berfungsilah!" Dia menepuk kepalanya sendiri. Mengapa huruf itu langsung tiada di ingatannya?

     Hezrick yang berdiri di sebalik dinding hanya mengukir senyuman mendengar Enrique yang nampak tertekan memarahi otaknya sendiri kerana tidak dapat mengingat kembali huruf tersebut.

     "Jim," ujar Mikayla sepatah.

     "Haa! Yang ni jim!" jerit Enrique membuatkan Mikayla menutup telinganya. Lelaki ini nampak teruja dapat belajar begini.

     "Biar aku cuba dari mula, alif ba ta sa jim ha..." Enrique berhenti di situ setelah melihat seorang lelaki tua memasuki pintu utama.

     "Apa yang kamu berdua buat?" soal lelaki tua itu pada Enrique dan Mikayla menggunakan bahasa melayu pelat.

     Lelaki tua itu masih kelihatan gagah walaupun rambut beruban keperangan dan kulitnya juga sudah berkedut.

     "Belajar." Enrique mengangkat tinggi Iqra' yang dipegang.

     Lelaki itu mengangguk tanda mengerti sebelum matanya menikam tajam wajah Mikayla. Gadis ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience